Sumber : CiteMalaya
Lelaki Buang Wanita Kesayangan Dari Tingkat 19, Puncanya MENGEJUTKAN Ramai !!! | KITA VIRAL – CHINA – Seorang lelaki didakwa di mahkamah Rabu lalu atas tuduhan membunuh seorang wanita yang menolak cintanya dengan membuangnya dari tingkat 19 bangunan kediaman.
Tertuduh berusia 27 tahun dari Hangzhou itu, difahamkan telah menyimpan perasaan terhadap wanita berkenaan selama 8 tahun sebelum bertindak membunuhnya. Tertuduh juga dikatakan menaruh rasa cinta pada wanita itu sejak dari bangku sekolah lagi di mana kedua-duanya merupakan rakan sekelas.
Lapor South China Morning Post, tertuduh dan wanita kesayanganya itu sebelum ini amat rapat. Selepas tamat persekolahan, mereka bersama-sama meninggalkan negara asal untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat.
Sejak dari itu, mereka menjadi semakin rapat dan kerap menghubungi sesama diri dan wanita itu akan sentiasa menceritakan perkembangan dirinya pada lelaki terbabit.
Bagaimanapun, dia menolak lamaran lelaki itu untuk bercinta. Sebaliknya meminta ruang dan masa untuk mengenali hati budi masing-masing. Enggan berputus asa, lelaki itu kemudian cuba memenangi hatinya dengan menghadiah barang-barang berharga seperti beg tangan dan barang kemas.
Pada Januari 2017, tertuduh berpindah ke Hangzhou, dipercayai untuk mendekati wanita berkenaan. Dari situ, kedua-dua mereka mula menjadi rakan serumah yang juga tinggal bersama seorang lagi rakan wanita.
Suatu hari, hubungan mereka menjadi tegang apabila lelaki itu menemui gambar wanita terbabit bersama lelaki lain yang diletakkan di meja biliknya.
“Saya kejar dia untuk lapan tahun dan dia tidak pernah bersetuju untuk merakam gambar dengan saya,” kata tertuduh pada mahkamah.
Dalam pengakuannya, tertuduh memaklumkan dia terdengar wanita itu bercakap tentang dirinya pada telefon, yang mengatakan dia tahu tertuduh cuba menagih cinta daripadanya, tetapi malangnya tertuduh bukan lelaki pilihannya.
“Saya tidak dapat tidur pada malam itu dan terasa sakit yang tak terkata,” katanya.
Menurut laporan polis, siasatan juga mendapati lelaki itu pernah mencari kata kunci ‘suicide’ dan ‘sentence for murder’ di internet yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.
Pada pagi keesokan harinya, lelaki itu menyerbu ke dalam bilik dan mengangkat mangsa sebelum membuangnya dari balkoni kediaman mereka di tingkat 19.
Difahamkan, mahkamah masih lagi membicarakan kes tersebut dan hukuman masih belum ditentukan untuk kesalahan tertuduh.
Kredit : TheReporter
The post Lelaki Buang Wanita Kesayangan Dari Tingkat 19, Puncanya MENGEJUTKAN Ramai !!! appeared first on KITA VIRAL.
Suka Letak Telefon Di Kepala Anak? Elakkan Jika Tidak Mahu Terjadi Seperti Ini, Nauzubillah Menakutkan !!! | KITA VIRAL – Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan.
Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.
Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.
PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.
Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala anak-anak kecil?
Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.
-Kanser
-Tumor otak
-Parkinson
-Alzheimer
-Sakit kepala atau migrain
-Sakit mata atau rabun
Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:
Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit. Matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur.
Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.
Nana Farhanah
Bekas jurutera di Intel dan Western Digital
Sumber : TheReporter
The post Suka Letak Telefon Di Kepala Anak? Elakkan Jika Tidak Mahu Terjadi Seperti Ini, Nauzubillah Menakutkan !!! appeared first on KITA VIRAL.
Tersalah Air Buat Water Challange, Remaja Derita Cacat Seumur Hidup !!! | KITA VIRAL – Sungguh malang nasib seorang remaja wanita Jamoneisha merrit apabila wajah,leher ,bahu dan punggungnya melecur akibat bermain game Water challange yang dia pelajari dalam laman web youtube bersama rakan-rakan.
Bukan hanya rasa sakit, akan tetapi remaja wanita itu terpaksa mengalami cacat kekal di bahagian wajah termasuk bahagian bibir dan hidung.
Bahkan katanya, pihak hospital melarang remaja itu untuk menggunakan cermin selama dalam rawatan.
Menurut sumber kejadian itu berlaku pada 6 ogos lalu, semasa dia bertandang kerumah rakan-rakannya.
Mereka kemudian membuka laman youtube dan tertarik dengan satu game media sosial yang di namakan Water challange.
Rakan-rakan yang tertarik dengan game tersebut memanaskan air sampai mendidih kemudian menyiramkannya kepada mangsa yang ketika itu sedang tidur.
Mangsa yang menjerit kesakitan menahan pedih di seluruh bahagian tubuh, hingga katanya mangsa tidak dapat membuka mata.
Mangsa kemudian di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.
Ibu mangsa Ebony yang datang dari keluarga miskin bagaimanapun turut meminta bantuan di laman media sosial bagi membiayai perawatan anak gadisnya itu.
Menurutnya rasa sakit yang di alami oleh anaknya itu adalah sesuatu yang tidak diinginkan oleh orang tua manapun.”hatiku sakit saat ini”katanya
Polis penyiasat kes tersebut berkata Game Water challange merupakan satu game yang menggunakan air hangat dan sejuk di simbah ke seluruh tubuh.
Kemungkinan mereka yang menyaksikan video itu menyangka air yang digunakan dalam game tersebut adalah air panas.katanya.
Sumber : EBerita
The post Tersalah Air Buat Water Challange, Remaja Derita Cacat Seumur Hidup !!! appeared first on KITA VIRAL.
Awal Tanda² Suami Mula Curang Boleh Tahu Dari Mimpi..Ramai Isteri Tidak Sedar Ni !!! | KITA VIRAL – Bermimpi suami curang dengan wanita lain atau mimpi ada wanita menyiram pokok yang anda tanam merupakan sebuah mimpi yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berumahtangga.
Bermimpi suami curang dengan wanita lain atau mimpi ada wanita menyiram pokok yang anda tanam merupakan sebuah mimpi yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berumahtangga.
Sebahagian orang mentafsirkan mimpi itu adalah suatu kejadian yang akan berlaku di hadapan hari yang bakal menimpa kita.
Sebahagian juga beranggapan ia hanyalah mainan tidur, namun dalam kes sebegini pernah kami membaca satu kisah dimana seseorang wanita mengalami mimpi buruk dan juga mimpi ngeri berkali kali akibat perbuatan orang.
Bahkan mimpi itu datang berulang-ulang kali sehingga mangsa datang berjumpa dengan seorang ustazah untuk mengertikan mimpinya itu. Menurut ustazah itu, wanita itu mengalami mimpi yang sedekian rupa kerana ada seseorang yang cemburu melihat kebahagiaan mangsa dan suaminya.
Sekiranya anda sering mengalami mimpi-mimpi buruk sewaktu tidur, anda mungkin boleh cuba kaedah ini:
-Berwudhu
-Membersihkan selimut dengan bismillah
-Berbaring di sisi sebelah kanan (posisi jantung di atas)
-Menghadap kiblat
-Membaca taawwudz, dilanjutkan membaca surat al-Ikhlash dan muawwidzatain (al-Falaq dan an-Naas) (masing-masing sekali dibaca tiga kali seraya menangkupkan kedua telapak tangan, meniupnya, dan mengusapkannya ke bagian tubuh yang terjangkau)
-Membaca tasbih (33 kali), tahmid (33 kali), dan takbir (34 kali)
-Membaca Ayat Kursi dan dua ayat terakhir surat al-Baqarah
-Berdoa dengan doa yang diajarkan Nabi
-Beristighfar dan melakukan muhasabah sampai tertidur. [Pirman / Kisahikmah]
Bermimpi pergi kesuatu majlis bersama suami
– Anda akan berpisah dengan suami anda kemudian dia akan kahwin dengan wanita lain…..
Bermimpi suami tidur dengan wanita lain
– Kehidupan rumah tangga akan hancur….
Bermimpi tanaman yang anda tanam di siram orang lain
– Ada orang lain yang cuba mengganggu keharmonian rumah tangga anda,dimana kemudian pasangan anda akan berbuat curang.
Bermimpi bergaduh dengan suami
– Salah seorang pasangan akan ditimpa satu penyakit.
Bermimpi keluar darah dari faraj
– Rahsia yang tidak diketahuai suami anda perlu di selesaikan dengan cepat,kalau tidak anda sendiri yang akan menanggung akibatnya.
Bermimpi berdua dalam bilik
– Akan ada masalah kecil yang akan menjadi besar.
Bermimpi didatangi seorang wanita mengandung mengaku isteri suami anda
– Seseorang telah menabur fitnah kepada suami atau anda.
Mimpi tidur dengan lelaki lain
– Anda sebenarnya tahu tentang makna mimpi itu,anda mempunyai seseorang yang spesial namun anda masih ragu untuk mengakuinya pada masa yang sama anda berusaha untuk bersamanya tanpa diketahui suami,jika anda melanjutkan kearah yang salah rumah tangga anda akan hancur.
Bermimpi dipeluk suami
– Akan mendapat rezeki yang melimpah salah satunya dapat anak
Bermimpi dicemburui suami atau isteri
– Persediaan dalam pemakanan,pakaian dan wang cukup….
Bermimpi shopping dengan suami
– Akan mendapat kesenangan dalam rumah tangga.
Bermimpi mandi bersama
– Akan beruntung tidak lama lagi.
Itulah antara mimpi mimpi baik dan buruk dalam hubungan keluarga,makna mimpi yang kami kongsikan bukan lah satu fakta yang kebenarannya penuh,ianya hanya satu tafsiran yang mungkin terjadi atau sebaliknya.
Kredit : OhMyMedia
The post Awal Tanda² Suami Mula Curang Boleh Tahu Dari Mimpi..Ramai Isteri Tidak Sedar Ni !!! appeared first on KITA VIRAL.