Sumber : CiteMalaya
Inilah Sebab Kenapa Perlu Lekat Tape Di Webcam Laptop! Mark Zuckerberg Pun Buat Perkara Yg Sama !!! | SIAKAP KELL – Kenapa Mark Zuckerberg letak tape pada webcam/mic laptop dia and should you do it too?
Baca sampai bawah untuk tahu sama ada anda adalah sasaran ‘hackers’ atau tidak. I’ve been researching about this for two years dan sudah mengalaminya.
Kenapa perlu letak tape di webcam? Ini cebisan kata-kata dari Pengarah FBI, James Comey.
“Saya melekat pita di atas kamera laptop kerana saya melihat seseorang yang lebih pintar daripada saya melekatkannya di kamera laptop mereka.”
Mereka yang disebutkan itu adalah kumpulan penggodam dan IT Paranoid. Bukti dari Edward Snowden dari NSA, juga adalah satu sebabnya.
Video di bawah adalah salah satu sebab thread ini diwujudkan. Kamera litar tertutup (CCTV) di Malaysia, secara live digodam straight dari Amerika Syarikat. Kasihan kakak Shell itu.
Terus ke minit 6.17 untuk rakaman CCTV pekerja Shell Malaysia
So video di atas menunjukkan bagaimana dia dapat akses CCTV menggunakan ‘open port’ IP address. Bayangkan kalau ada yang jenis psycho stalker.
Ini adalah sebab utama Mark Zuckerberg tutup webcam dia menggunakan tape. Once you’re in internet, you can be the target. Tambah-tambah lagi dia kaya. Bukan sebab dia gila tapi dia cerdik.
Mark Zuckerberg ini boleh dikatakan ‘Big Brother’. Dia pemilik Facebook, WhatsApp, Instagram. Facebook saja mempunyai lebih dari 1 billion pengguna.
WhatsApp menyimpan berjuta mesej setiap hari. Do you expect your naked photos can’t be leak?
Yes, photo dan video anda boleh dicuri secara online. That’s why jangan suka-suka tekan benda ini. Sesetengah aplikasi sangat berbahaya.
We call it an ‘Malicious App’. Mesti kadang-kadang phone korang penuh dengan advertisement pelik-pelik kan? Ada iklan 18$X, h@ntai semua ada.
Itu malware. Sesetengah malware atau malicious app tak curi data kita. Tetapi sesetengah apps, mereka akan curi data kita. Jaga-jaga.
Kalau phone korang ada gambar tak tutup aurat korang itu dan phone penuh ternak khinzir internet (virus), saya nasihatkan korang delete segera.
Kembali ke Mark Zuckerberg. Jadi kenapa dia menjadi sasaran sedangkan dia ‘Big Brother’? Sebabnya setiap personal information korang sangat bernilai. Payment pun connect dengan Facebook, Aldum pun connect dengan Instagram. Sangat vulnerable.
Target utama bagi hackers adalah orang yang berduit, ahli politik, berpengaruh dan boleh memanipulasikan ekonomi.
“Aku takde duit, aku selamat!”
Tidak, anda belum tentu selamat. Pernah dengar WannaCry Ransomware attack? Kalau virus ini infect pada laptop korang, menangis tak berlagu.
Virus WannaCry ini akan lock setiap folder korang dan untuk unlock document korang, you need to pay them dalam bentuk bitcoin.
Selebihnya kalau nak tahu macam mana diorang hack personal device korang, tonton video ini. Nak bahas panjang-panajng, nanti thread jadi tak menarik.
Pada tahun 2013, Edward Snowden pernah mendedahkan top secret mengenai Global Surveillance bersama syarikat telekomunikasi gergasi di EU.
Pendedahan yang dilakukan merangkumi secret intel ke setiap negara oleh CIA (Malaysia mungkin sudah kena). Tetapi entahlah, malas nak bahas.
Global surveillance yang dilakukan oleh agensi ini bertujuan untuk membanteras global terrorism. Tapi tak relevan woi.
Bayangkan setiap peranti pintar anda dapat diakses oleh mereka. Kamera phone, mic phone dan folder phone. Privasi anda diceroboh.
Korang tinggal phone korang di dalam bilik, tengah tukar pakaian tetapi tanpa disedari seseorang sedang merakam video korang secara live. Watching you!
This is happening in US. Malaysia are next with the uprising of ‘Internet of Things’. Please berjaga-jaga. Don’t be so open with internet.
Ini adalah sebab mengapa Mark Zuckerberg tampal laptop dia dengan pita pelekat. Aku conteng dengan marker pen, permanent.
Once you’re connected with the internet, you can be the easy target. Always keep you phone clean, no jailbreak, root etc. Aku adalah salah seorang mangsa cyber attack. Ini adalah realiti dan boleh berlaku kepada korang.
Terima kasih kerana meluangkan masau ntuk membaca. Mungkin anda juga perlu tampal tape pada webcam laptop anda sekarang.
Sumber : Fried @xjazli Via TheReporter
The post Inilah Sebab Kenapa Perlu Lekat Tape Di Webcam Laptop! Mark Zuckerberg Pun Buat Perkara Yg Sama !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Pernah Ada Tanda Garis Putih Di Kuku ? Baca Fakta MENGEJUTKAN Ni | Ingin bertanya adakah kebanyakkan dari kita mesti pernah mengalami atau ada garis putih pada kuku seperti gambar di bawah ini bukan? Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan putih ini muncul?
Baiklah, kami ingin berkongsi satu info ringkas yang berguna buat anda semua berdasarkan perkongsian dari sebuah blog ini .Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu.
Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembenetukan garisan putih ini.
Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.
Dan ada satu lagi penyebabnya. Bak kata kawan saya di MRSM dulu, beliau katakan kalau tanda putih muncul di kuku kita, bermakna ada seseorang sedang meminati kita. Lagi banyak muncul di kuku jari, lagi banyak secret admire kita. Hehe. Betul ke? Wallahualam…
Sumber : Ejeninfo
The post Pernah Ada Tanda Garis Putih Di Kuku ? Baca Fakta MENGEJUTKAN Ni appeared first on BISKUTMANIS.
Nelayan Ini Sangka Tangkap Ikan Pari, Rupanya Ia Adalah ‘Sesuatu’ Yang Lebih MENGEJUTKAN !!! | SIAKAP KELL – Seorang nelayan menyangkakan seekor ikan pari tersangkut pada jaringnya, setelah ditarik, rupa-rupanya ia adalah sebuah dron yang bersaiz besar!
Mat Daut Musa, 36 tahun dan isterinya, Hawa Ishak, 34 tahun telah turun ke laut untuk menarik jaring yang dipasang bagi menangkap ketam sebelum mendapati jaringnya ‘terlalu berat’ untuk ditarik.
Mereka kemudiannya menyedari bahawa hasil tangkapannya merupakan sebuah dron seberat 50 kg berbentuk pesawat putih.
“Pada mulanya saya menyangka ikan pari yang tersangkut di jaring ini kerana ia terlalu berat, namun sebaik menariknya saya lihat dron berbentuk pesawat putih timbul di permukaan air”.
Menurut Mat Daut, beliau ada mendengar khabar mengenai sebuah dron yang terhempas di sekitar daerah Pekan, Pahang namun tidak menyangka akan menjadi individu yang menemuinya.
“Saya panik dengan penemuan ini dan hampir melepaskan jaring itu. Namun isteri sempat menegur dan mencadangkan untuk membawanya ke jeti,” ujar Mat Daut.
Melihatkan kepada keadaan dron berkenaan, Mat Daut menjangkakan ia sudah terhempas dan berada di dalam laut kira-kira tiga bulan lalu memandangkan sayap dan badan dron itu berlumut dan mempunyai teritip.
Pasangan nelayan berkenaan yang menetap di Kampung Serun di Jalan Pekan-Rompin turut menyatakan bahawa dron tersebut yang berukuran tiga meter panjang berada dalam keadaan yang baik kecuali sayapnya sudah merekah.
Mat Daut turut menyatakan penemuan benda asing yang tersangkut pada jaringnya ini adalah pertama kali dalam tempoh 10 tahun menjadi nelayan di perairan Nenasi dan Merchong.
Ketua Polis daerah Pekan, Superitendan Amran Sidek mengakui pihaknya ada menerima laporan mengenai penemuan dron berkenaan dan akan melakukan siasatan. Setelah siasatan selesai baru dron tersebut akan dikembalikan kepada pemiliknya.
Kredit : Era Baru
The post Nelayan Ini Sangka Tangkap Ikan Pari, Rupanya Ia Adalah ‘Sesuatu’ Yang Lebih MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.
PELIK Keluar Rumah Setiap Pagi, Suatu Hari Tuannya Ikut, Rupanya Itu Yg Dilakukan Anjing Tiap Pagi, Sedihnya… | SIAKAP KELL – Setiap pagi apabila Ali Ilhan pergi bekerja dia akan membiarkan anjing kecilnya, Cesur berjalan-jalan di luar, tidak hanya akan mengurungnya di rumah.
Cesur selalunya dapat pulang ke rumah dengan selamat, jadi Ali tidak terlalu risau jika dia membiarkan anjingnya ke luar rumah.
Tetapi pada suatu hari, memandangkan dia tidak begitu sibuk dan terburu-buru seperti biasa, Ali akhirnya dapat meluangkan masa untuk Cesur. Dia kemudian mengikuti langkah anjing kecilnya, ke mana sahaja dia pergi.
Apabila Ali menyedari lokasi yang dituju oleh Cesur, hatinya mula tersentuh…
Rupa-rupanya Cesur telah membawa Ali menuju ke sebuah tanah perkuburan di mana ayah Ali dimakamkan di situ.
Selama dua tahun lalu, anjing kecil itu merupakan sahabat yang sangat baik dan setia buat Mehmet Ilhan, 79 tahun.
Tetapi ketika Mehmet dimasukkan ke hospital, Cesur mula bersedih hati…
“Kerana ayah saya lumpuh, mereka mempunyai hubungan yang berbeza,” kata Ali kepada The Dodo. “Apabila ayah saya berada di hospital pada hari-hari terakhirnya, Cesur mula hilang selera makan.
Mehmet kemudian meninggal dunia pada bulan Januari.
Apabila mayatnya dibawa pulang, Cesur duduk di sisi Mehmet, tidak mahu berganjak dari situ. Sebaik sahaja keranda itu diusung ke tanah perkuburan.
Cesur juga tidak ketinggalan mengikuti langkah orang ramai. Dia dengan penuh semangat menyertai perarakan pengebumian tersebut.
Semasa pengkebumian, Cesur duduk di kaki keranda, kepalanya tunduk, kelihatan sepi sepanjang upacara pengebumian.
“Tiada siapa yang boleh menyentuhnya sehingga bapa saya dibawa ke kubur dan dikebumikan,” kata Ali.
Apabila Ali menemui hari selepas pengebumian, Cesur masih berkabung untuk Mehmet.
“Orang-orang yang bekerja di tanah perkuburan berkata perkara pertama yang dilakukan Cesur pada waktu pagi ialah melawat makam ayah saya,” kata Ali.
Ali tidak pasti berapa lama anjing kecil itu akan merasa kesedihan atas pemergian Mehmet, tetapi walau apa pun yang terjadi dia berjanji akan menjaga anjing itu dengan baik.
“Cesur adalah haiwan mulia,” kata Ali. “Kini, dia akan hidup bersama saya.”
Kredit gambar| Facebook | Ali Ilhan.
Kredit : Era Baru
The post PELIK Keluar Rumah Setiap Pagi, Suatu Hari Tuannya Ikut, Rupanya Itu Yg Dilakukan Anjing Tiap Pagi, Sedihnya… appeared first on SIAKAP KELL.