Salam admin, saya ingin berkongsi cerita dan ingin meminta pendapat. Minta admin hidekan details saya.
Anda ada kisah atau cerita yang hendak dikongsikan? Hantarkan kepada kami melalui di SINI.
Sumber : CiteMalaya
Siapakah Sebenarnya Barbarossa Yang Sangat Ditakuti Oleh Orang Eropah Selama Berabad-Abad.. | KITA VIRAL – Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat watak jahat ‘Barbarossa’ bukan?
Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).
The Barbarossa Brothers.
Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.
Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean.
Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.
Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?
Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah).
Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki.
Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Greece dan Turki.
Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes.
Dalam peristiwa ini, adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.
Sejak saat itu, mereka melakukan aksi lanun terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian.
Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana kedua-duanya berjanggut merah.
Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun.
Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa.
“Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.
Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol.
Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.
Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria).
Kemudian mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.
Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada heroisme mereka.
Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang amburadul.
HASUTAN PIHAK SEPANYOL
Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj.
Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada Khairuddin untuk sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen.
Hati Aruj sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya kucar-kacir.
Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam pertempuran tersebut.
Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir.
Lalu, dengan yakin, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku, namun Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.
Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya.
Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya.
Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.
Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia.
Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.
Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat.
Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi keruan.
Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal.
Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.
Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.
Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal.
Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria.
Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.
Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.
Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John.
Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk mengenangnya.
Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.
Kredit : NewMalaysianPost
The post Siapakah Sebenarnya Barbarossa Yang Sangat Ditakuti Oleh Orang Eropah Selama Berabad-Abad.. appeared first on KITA VIRAL.
7 Tahun Kelakuan Suami Pergi & Balik Kerja Normal Sgt..Hinggalah Dapat 1 Mesej Pecah Segala Rahsia Suami Rupanya.. | KITA VIRAL – Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin. Kami bahagia, dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 6 dan 4 tahun.
Sepanjang tempoh perkahwinan, suami baik sangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Alhamdulillah. Anak-anak juga manja dengan bapa mereka.
Tiga bulan yang lalu, saya menerima mesej di WhatsApp dari seorang wanita yang saya namakan sebagai Z. Dia mengaku bahawa dia adalah kekasih suami saya.
Pada mulanya, saya ragu-ragu kerana saya tak perasan langsung perubahan pada suami. Dia pergi kerja pagi, balik petang seperti biasa.
Bila hujung minggu, dia lepak di rumah saja dengan anak-anak. Tak mahu berfikiran negatif, saya bertanya tentang perkara itu pada suami dan suami mengaku Z adalah kekasihnya.
Hancur hati ini mendengar pengakuan suami, saya menangis tanpa suara. Allahu, sakitnya rasa dikhianati. Suami beria-ria memujuk dan menjelaskan wanita itu adalah rakan sekerjanya.
Mereka mula rapat semenjak tiga tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon. Adakalanya mereka keluar makan tengah hari bersama-sama.
Saya mengaku yang saya bukan jenis memeriksa telefon bimbit suami. Suami kata, dia memang cuba berterus terang dari awal, namun keadaan selalu tidak mengizinkan.
Malam itu, saya menangis semahu-mahunya. Saya memohon pada Allah agar berikan saya kekuatan jiwa dan raga.
Selepas dari hari itu, saya mengumpul seluruh kekuatan untuk duduk semeja dengan suami dan kekasihnya. Suami mengaku sayangkan saya dan Z pada masa yang sama. Malah meminta izin untuk berkahwin dan berjanji akan berlaku adil.
Dari segi luaran, Z nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga saya, tetapi sekadar menumpang kasih.
Saya tidak tahu dari mana datangnya ketabahan saya semasa suami dan Z bercerita tentang awal perkenalan mereka dan bagaimana terbitnya rasa cinta. Allah beri saya kekuatan, saya hanya senyum. Hati saya? Saya tak tahu, kosong.
Menurut Z, dia terpikat dengan suami saya kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami.
Nekad betul ye? Saya suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa tiga tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa tiga tahun itu saya dibiarkan syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk saya. Namun Allah Maha Kuasa.
Setelah mendengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan syarat, suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya menerima Z sebagai madu. Z pula menangis memohon agar saya tidak merumitkan lagi keadaan.
Sungguh itu bukan niat saya. Saya sudah penat berfikir, saya tidak memberikan suami pilihan sama ada mahu memilih saya atau kekasihnya kerana bagi saya, selepas terjalinnya hubungan cinta antara mereka, maka saya sudah dijadikan sebagai pilihan kedua.
Perbincangan hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali merayu agar saya menerima perkahwinan itu.
Malah dia melabelkan keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya? Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik.
Saya jalankan tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga.
Tolonglah, tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah hatinya untuk wanita itu.
Saya tidak menolak poligami itu sunnah Rasul tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas, maka lebih baik berundur lebih awal.
Saya meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan.
Saya tidak boleh menerima kecurangan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga semuanya selamat.
Dengan anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya.
Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang kuat seperti ibunya.
Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.
Kepada suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok. Terima kasih sebab jaga saya selama ini.
Saya harap bakal isteri awak dapat menjaga Along dan baby seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan dendam, saya okey. Awak tahu saya kuat kan? Terima kasih sekali lagi.
Kredit :– KRT
The post 7 Tahun Kelakuan Suami Pergi & Balik Kerja Normal Sgt..Hinggalah Dapat 1 Mesej Pecah Segala Rahsia Suami Rupanya.. appeared first on KITA VIRAL.
Beri Iphone 8 Dan ‘Sound’ Jurufoto Ambil Gambar Pengantin, Respon BALAS Jurufoto Ini Memang WIN !!! | KITA VIRAL – Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis perkahwinan, pasti ada jurugambar yang diupah pengantin untuk merakam hari bersejarah mereka.
Bagaimanapun, menjadi tak seronoknya golongan jurugambar nak buat kerja bila ada segelintir tetamu yang sewenang-wenangnya meminta mereka merakam gambar bersama pengantin dengan menggunakan telefon bimbit.
Lebih teruk lagi (jenis mulut takde insurans) boleh pula suruh jurugambar berhati-hati dan pegang erat telefon bimbit mereka yang dibeli dengan harga beribu ringgit.
Seperti yang berlaku pada jurugambar, Abd Jalil Jalil, dia menganggap individu berkenaan tiada adab nak meminta pertolongannya.
ABANG rasa semua photographer merasai apa yang abang rasa. Apabila kita ambil gambar keluarga, kawan-kawan dalam satu-satu majlis perkahwinan dan lain-lain, kita akan menghadapi dilema yang mana penyakit ini tak boleh dibendung langsung.
Iaitu kamera handphone yang mana photographer menjadi sasaran untuk membuat kerja yang tiada dinyatakan dalam kontrak.
Hari ini kesabaran abang teruji apabila ada seorang individu yang menyuruh abang shoot gambar dia bersama pengantin. Dia kata, iPhone 8 dia ini mahal dan baru dibeli.
“Pegang baik-baik yer!”
Lalu spontan abang jawab, “Maaf dik, abang tak boleh lepaskan genggaman kamera ini. Yang abang pegang seerat-eratnya kamera ini satu set berharga RM31,500+.
“Abang tak boleh pegang sebelah tangan, takut jatuh nanti. Kau suruh budak yang itu ambil gambar kau.”
Lalu terkedu dia.
Kalau nak suruh orang shoot dengan handphone, berbudi bahasalah. Tak payah cerita kamera kau iPhone 8 mahal ini pegang baik-baik ye. Pui!
Kadang-kadang kita kena ajar juga orang seperti ini. Jadi harapan abang kepada semua photographer, sama-samalah kita menghadapinya dengan bijaksana.
Sekian cebisan rasa jurugambar lama.
Semoga menjadi peringatan kepada semua. Hormatilah kerja mereka sebagai jurugambar dan kamera mereka jauh lebih mahal dari telefon bimbit anda. Itu hakikat, jangan dipertikaikan.
Sumber : Abd Jalil Jalil via The Reporter
The post Beri Iphone 8 Dan ‘Sound’ Jurufoto Ambil Gambar Pengantin, Respon BALAS Jurufoto Ini Memang WIN !!! appeared first on KITA VIRAL.
Suami Miskin Sungguh² Nak Bawa Isteri Ke Turki, Isteri TERKEJUT Temui ‘Rahsia’ Dalam Dairi Suami !!! | KITA VIRAL – Di suatu kampung, seorang gadis telah memilih seorang lelaki biasa Dan juga miskin ,lelaki itu hanya kerja kampung yang kini sudah menjadi suaminya.
Suatu hari, mereka telah menonton tv. Ada rancangan travelog di Turki. Si isteri teruja dengan keindahan panorama di sana. Suaminya pun berkata,
“Abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.”
Isterinya membulatkan mata, tersenyum gembira,
“Yeay!”
Hingga akhir tahun itu, suaminya tak bawa pun isterinya ke sana. Di usia mereka 30-an, sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya,
“Abang janji, tahun ni nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.”
Isterinya senyum gembira dan menganggukkan kepalanya.
Namun, hingga awal umur mereka 40-an, suaminya tak tunaikan janjinya.
Di usia mereka meningkat 50, sekali lagi suaminya berkata kepada si isteri tersayang,
“Abang rasa, abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki hujung tahun ni.”
Isterinya senyum gembira dan mengangguk setuju.
Namun, hingga hingga lewat usia mereka 50-an, kata-kata suaminya itu hanya tinggal kata-kata.
Suatu hari, suaminya jatuh sakit. Sakitnya melarat hingga doktor mengesahkan hanya menunggu detik dan ketika saja.
Isterinya setia duduk di sebelah suaminya di hospital. Suaminya bersuara lemah,
“Abang minta maaf. Tak dapat bawa awak ke Turki. Tapi, kenapa selama ini dan sampai hari ini, awak tak pernah bangkit, ungkit atau marah tentang hal tu?”
Isterinya mencapai tangan suami tercinta.
“Abang, bila abang cakap nak bawa saya ke Turki, kata-kata abang tu dah pun bawa jiwa saya seolah-olah berada di sana dengan abang.
Dah cukup sekadar membayangkan. Sudah cukup membahagiakan. Walaupun hanya angan-angan, tapi bagi saya cukuplah sekadar impian. Yang lebih penting, Allah dah bagi pada saya cukup bahagia.
Allah bagi suami yang membanting tulang empat kerat sehari-hari untuk menjaga saya dan anak-anak.
Allah bagi suami untuk saya letakkan kepala di bahunya saat saya sedih, saat saya menangis. Adakah tidak cukup lagi semua ini?
Panorama dalam rumah kecil kita, lebih indah dan membahagiakan. Nak indah lagi, tunggu saja kita berjumpa kembali di Syurga sana. Lebih indah dari Turki.
Perbelanjaan ke sana mesti mahal. Tapi, perbelanjaan ke Syurga lagi mahal. Jualkan dunia ini dengan isinya pun tak mampu untuk membeli tiket ke Syurga. Tiket itu ada pada reda abang pada isterinya ini.”
Suaminya menitiskan air mata mendengar kata-kata isteri. Tak lama kemudian, suaminya itu meninggal dunia. Setelah selesai dikebumi, isterinya mengemas barang-barang peninggalan suaminya.
Ketika mengemas, terjumpa sebuah buku dairi tulis tentang Turki. Di dalamnya ada sekeping tiket untuknya. Di sebelah tiket, ada nota kecil.
“Maafkan abang, duit abang hanya cukup untuk beli sekeping tiket ke turki.”
Isterinya menitiskan air mata. Apa guna ke sana lagi, andai hati ini telah dibawa pergi bersama arwah suami.
Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )
Kredit : EBerita
The post Suami Miskin Sungguh² Nak Bawa Isteri Ke Turki, Isteri TERKEJUT Temui ‘Rahsia’ Dalam Dairi Suami !!! appeared first on KITA VIRAL.