Friday, 17 December 2021

10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan dirempuh treler dari belakang


10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.


Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.


"Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.


"Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.



ANAK MENINGGAL MENJELANG SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN


"Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit," kata Rolex Shapiai.


Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.


Selain, Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler. Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.


Rolex yang menetap di Sungai Rasau, Seksyen 16, di sini berkata, dia menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi dan tergamam mendengar khabar duka itu kerana sempat bertemu dengan Muhamad Rahimi sebelum anak sulungnya keluar rumah.


"Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.


"Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.


"Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.


Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.


"Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya. Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini," katanya.


Sementara itu, adik mangsa, Nur Faqihah Umirah Rolex, 16, turut sedih dengan pemergian Muhamad Rahimi kerana rapat dengan abang sulungnya.


"Kami semua sudah tidur tetapi tersentak selepas ayah kejut dan beritahu abang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.


"Emak mahu ke lokasi kejadian namun jalan sesak jadi kami terus ke sini (Unit Forensik).


"Saya sempat jumpa abang buat kali terakhir ketika di rumah dan malam tadi dia tidak sihat. Emak minta abang makan ubat dan katanya mahu makan apabila pulang ke rumah," katanya.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Bapa langgar bayi sendiri sampai cedera, tapi tipu pihak hospital kononnya anak ditendang lembu


Percubaan seorang buruh binaan warga Myanmar menipu pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kononnya bayi perempuannya berusia setahun cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu, gagal selepas 'kantoi' ketika memberi keterangan kepada pihak polis. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa dibawa ke HSB oleh bapanya berusia 27 tahun itu pada jam 10.56 malam dan memaklumkan kepada petugas HSB anaknya ditendang lembu ketika bermain di luar rumah. 


Bagaimanapun siasatan mendapati, mangsa sebenarnya telah dilanggar oleh bapanya sendiri ketika mengundurkan kereta di kediaman mereka. 


Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka melecet. Keadaannya dilaporkan stabil dan berada di bawah pengawasan Wad Unit Rawatan Rapi (ISU).


Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menganiaya, mengabaikan, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkan dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian. 


Jika disabitkan kesalahan, bapa mangsa boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Bapa mangsa yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun, dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan. 


Bapa mangsa kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

(Video) 'Kau tak puas hati? Buka topi kau, kita dua (bertumbuk)!!' - Peniaga + pekerja restoran marah Rider FoodPanda sebab lepak + tak check nombor order tetapi...


Tular di media sosial pertengkaran di antara pengusaha restoran di Setia Alam dengan penghantar makanan Food Panda yang dikatakan berpunca dari teguran peniaga berkenaan.


Video berdurasi dua minit menunjukkan salah seorang pekerja restoran yang terpaling gigih berdepan dengan penghantar makanan, sekali sekala mempertahankan majikannya. 


Berdasarkan video, pihak peniaga menegaskan mereka hanya meminta penghantar makanan itu memeriksa nombor yang dipercayai nombor pesanan. Bagaimanapun penghantar makanan itu pula menegaskan dia tidak berpuas hati dengan tindakan seorang wanita dari restoran tersebut yang menegurnya melepak dan bersembang. 


Keadaan menjadi semakin tegang berikutan beberapa 'wakil' pihak restoran tampil mengasak penghantar makanan itu yang menyebabkan dia tertekan lalu mengajak mereka menyelesaikan hal itu di balai polis. 


"Kau tak puas hati apa? Buka topi (helmet) kau! Buka topi kau, kita berdua (berbukut). Itu boss aku, kau tau tak?!" kata pekerja restoran. 


"Hey! Cakap elok-eloklah. Lanj**u! Kau ingat kau sape hah!?!" balas penghantar makanan Food Panda. 


"Lanj**u lah, ini lah, kau yang bermasalah," datang wanita dari restoran tersebut berdepan dengan penghantar makanan berkenaan. 


"Kau cakap apa tadi kat aku?!" soal penghantar makanan. 


"Aku cakap, check nombor," jawab wanita itu. 


"Selepas itu kau cakap aku lepak dan sembang-sembang. Apa masalah aku lepak?!" balas penghantar makanan. 


"Lepas tu kau tak lepak, dah siap nombor," jawab wanita itu lagi. 


"Dah kenapa? Aku lepak tak boleh ke? Siapa cakap tak boleh?" kata penghantar makanan. 


"Tak boleh la, customer complaint lambat," jawab wanita tersebut. 


"Kenapa tak boleh lepak? Haa... tak boleh jawab. Aku boleh report, tak ada masalah. Kau yang kurang ajar dengan aku," balas penghantar makanan. 



Susulan viral video itu, penghantar makanan terbabit yang dikenali sebagai Fiz MD tampil memberi penjelasan. 


"Cerita dia macam ni. Saya duduk kedai itu sidai 30 minit. Selama 30 minit cuma 2 minit saja saya duduk. Total 32 minit.


"Selepas order saya siap, saya ambil order nak gerak hantar ke rumah custmer. Dia marah-marah saya sebab duduk melepak sembang-sembang dengan kawan. Padahal dia sidai saya 30 minit tak ada pun saya bising? Takkan disebabkan dua minit saya duduk dia nak bising? 


"Saya malas nak bergaduh, ambil makanan dan terus hantar ke rumah customer. Selepas itu saya ambil gambar kedai, nak report dekat CC Food Panda. Tiba-tiba pekerja dia menjerit kuat-kuat, 'Nak gaduh, datang sinilah!!'. 


"Saya pun pelik, apa salah saya? Dan saya pun datanglah, terus dia rekod video ini. Dia marah saya sebab lepak situ dua minit dan guna alasan sebab saya tak check nombor order dengan betul. Saya sehari 11 jam 12 jam kerja penat bang, takkan nak rehat dua minit tak boleh? 


"Saya cuba untuk settle elok-elok tetapi staff dia ajak saya bergaduh. Seorang lagi cucuk-cucuk depan muka saya dengan sudip ikan bakar. Macam mana saya nak settle? Sebab itu saya ajak pergi balai. Dia maki saya bodoh, babi, saya sabar. Tapi saya terlepas cakap lanc** sebab tak dapat tahan kenam aki dengan staf pekerja di situ dan ugut saya lagi cakap suami dia polis?


"Apa salah saya? Sebelum saya hantar makanan pada customer? Saya dah chat dengan customer on the way ke balai buat laporan polis. Sampai depan rumah, customer pun faham," jelasnya. 



Di media sosial netizen tidak bersetuju dengan cara pihak restoran yang dikatakan memprovokasi penghantar makanan terbabit. 


"Beriya provok ajak rider bergaduh dan mengampu serta menjilat boss. Cakap Malaysia ada undang-undang tetapi perangai masing-masing seolah-olah tak tahu apa itu undang-undang. Last perempuan tu cakap dia akan pastikan rider tu tak boleh buat Food Panda lagi? Apa dia ingat, Panda tu bapa dia punya?" kata Qamarol Radzuan. 


"Apa masalah rider tak boleh lepak? Vendor ada prosedur dia. Makanan kau siap, button ready to pick up itu tekan saja. Rider hantar lambat, itu masalah rider dengan customer. Apabila kau dah tekan button tu, notification prepare food dekat apps Panda. Kau dah settle, masalah rider itu sendiri hantar lambat ke, customer boleh complaint," kata Akhmal Hisyam. 


Sumber: Facebook Yamaha Army



Sumber : CiteMalaya

'Teringin nak ke Legoland sebelum akhir hayat saya' - Budak hidap penyakit jantung terbalik, sering sesak nafas & keletihan


Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Adam Amsyar, disahkan menghidap penyakit jantung terbalik (Mitral Valve Atresia) menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan. 


Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun dan pakar menjangkakan hayatnya tidak panjang. Penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit (termasuk Mohd Adam Amsyar) yang menghidap penyakit itu di negara ini. 


"Penyakit jantung terbalik adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya menjadi kebiruan. 


"Apa yang lebih membuatkan saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya. 


"Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital untuk melakukan pemeriksaan susulan selain menjaganya dengan betul, terutama jangan membiarkan dia keletihan dan sentiasa menggembirakannya," katanya. 


Abd Rahman yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak bongsunya itu yang memerlukan penjagaan rapi. Dalam masa yang sama, mereka mengalami masalah kewangan dan tidak mampu membelikan susu formula khas yang disarankan doktor pakar untuk meredakan kesakitannya. 


Meskipun menerima bantuan asnaf Baitulmal RM500 sebulan, Abd Rahman enggan berpeluk tubuh begitu sahaja, malah dia sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan seperti memotong rumput di sekitar kampung.


"Adam kerap mengalami sesak nafas dan kemudian tubuhnya kebiruan menyebabkan saya risau. Saya kena sentiasa berada di sisinya supaya dapat menghantarnya mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan. Saya juga risau meninggalkan Adam bersama kakaknya berusia 11 tahun kerana mereka berdua masih kecil," katanya. 


Sementara itu, Mohd Adam Amsyar menyatakan dia amat menyayangi bapanya itu yang sentiasa berusaha menggembirakan hatinya walaupun mereka hidup dalam keadaan susah. 


"Saya ada beritahu ayah teringin ke Legoland di Johor Bahru sebelum akhir hayat saya dan ayah berjanji bekerja lebih gigih bagi mencari wang untuk bawa saya. Kalau tak pergi Legoland pun tak apa sebab bersama ayah pun dah gembirakan hati saya," katanya. 


Bagi meringankan bebanan keluarga itu, Yayasan Sultanah Fatimah menghulurkan bantuan RM5,000 bagi membeli susu formula khas untuk jantungnya, bagi tempoh setahun. Selain itu, yayasan berkenaan juga memberi bantuan barang keperluan harian. 


Pengerusi yayasan berkenaan, Penasihat Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pihaknya akan terus memantau keluarga Abd Rahman bagi memastikan keperluan Adam termasuk perbelanjaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, yang perlu dilakukan dua kali sebulan. 


Susulan kisah Adam itu disiarkan Harian Metro, ramai individu menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan ke Legoland. Pihak Legoland juga mengambil maklum mengenai perkara itu dan menawarkan diri untuk menunaikan impian kanak-kanak berkenaan. 


"Legoland Malaysia terharu membaca kisah Mohd Adam Amsyar dan mahu menunaikan impiannya. Kami sedang memproses beberapa butiran lanjut termasuk SOP berikutan keadaannya yang tidak boleh berjalan jauh dan cepat letih. 


"InsyaAllah impian adik Mohd Adam Amsyar akan kami tunaikan dalam masa terdekat," kata wakil taman tema berkenaan. 


Abd Rahman yang dihubungi berkata, dia terharu apabila mendapati ramai individu dan pihak mahu membantu menunaikan hasrat anak bongsunya itu. Namun dia menjelaskan tidak berniat mahu meminta simpati atau bantuan, tetapi ingin berkongsi mengenai kisah mengenai anaknya itu. 


"Saya terharu dan segan sebenarnya. Saya bukan mahu meraih simpati dan mahu bantuan dengan menceritakan penyakit Adam tetapi lebih kepada berkongsi kisahnya. 


"Wakil Legoland Malaysia juga baru menghubungi saya, memaklumkan mahu membawa keluarga ke taman tema itu dalam masa terdekat. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi tuan-tuan semua," katanya sebak. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

'Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau' - Long Tiger sembang kari, peguam syak dia lari kerana terima ancaman bunuh dalam penjara


Suatu ketika dulu, Long Tiger pernah berkata, "Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau".


Perkembangan terkini kes individu dikehendaki, Long Tiger, lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru pada Rabu lalu, Polis Kedah telah mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia Thailand dengan menutup laluan sempadan negara.


Semua anggota Polis Kedah telah dikerah untuk mengesan dan memburu Long Tiger atau nama sebenar, Ab Hamim Abd Hamid, 33, warganegara Myanmar (Rohingya). Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dibuat dan pasukan khas (Task Force) ditubuhkan untuk membantu polis Kontinjen Johor. 


Peguam belanya, Datuk Shaharudin Ali mendedahkan, terdapat cubaan mencederakan atau membunuh Long Tiger di dalam penjara beberapa minggu lalu. 


Satu laporan polis telah dibuat dan setakat ini, Datuk Shaharudin Ali tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan polis. 


"Kami khuatir dan tidak tahu sama ada Ab Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental ke atas dia di dalam tahanan reman," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat anggota polis yang bertanggungjawab ke atas tahanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan tahanan lari. 


"Polis sudah membuka kertas siasatan untuk empat anggota itu yang disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan, cuai menyebabkan pembolosan tahanan. Kita juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Thursday, 16 December 2021

'Jika betul itu muntah paus dengan berat 5 kilogram, ia dianggarkan bernilai RM500,000' - Prof UMT


Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari memaklumkan, sekiranya muntah paus seberat lima kilogram yang ditemui seorang wanita baru-baru ini merupakan muntah puas yang tulen, ia bernilai kira-kira RM500,000. 


Bagaimanapun, bagi memastikan objek itu tulen atau sebaliknya, pihaknya perlu melakukan kajian terperinci. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu sampel objek tersebut dari Jabatan Perikanan Negeri. Kajian dan ujian yang dijalankan pada objek tersebut mengambil masa kira-kira seminggu.


"Jika ia (muntah paus) tulen dan berkualiti tinggi, nilai dengan berat yang dikatakan lima kilogram itu, ia dianggarkan bernilai sekitar RM500,000.


"Setakat Januari lalu sehingga kini, kita sudah melakukan analisa membabitkan 18 sampel, namun semuanya didapati tidak tulen.


"Saya juga teruja untuk melakukan ujian terhadap sampel muntah paus yang ditemui di perairan Marang itu," katanya. 


Selain menunggu sampel tersebut, pihaknya juga sedang menunggu beberapa sampel lain yang dipercayai muntah paus yang ditemui di perairan negara bagi menentukan ketulenannya. Muntah paus yang bernilai tinggi mempunyai tiga bahan utama, ambrein 25%-45%, epicoprosterol 30%-40% dan coprostanone 3%-6%.


Sekiranya objek tersebut tidak mempunyai tiga bahan aktif berkenaan, ia langsung tidak bernilai dan tidak berharga di pasaran. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Pesara polis tembak kucing rayu dikurangkan jumlah jaminan, alasan kena tanggung 7 anak


Seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan khianat iaitu menembak seekor kucing jantan dan melepaskan tembakan di tempat awam.


Zainol Abidin Md Zain, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.


Dia didakwa dengan sengaja membunuh haiwan itu menggunakan selaras senapang patah di kawasan kebunnya di Kampung Setia, Kuang, Selangor pada 6.40 petang 1 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga didakwa melepaskan tembakan di tempat awam menggunakan senjata sama pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 43 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan M Mariappan merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan Zainol Abidin seorang pesara dan menanggung isteri serta tujuh anak.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 24 Februari 2022 untuk sebutan kes.


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Kanak-kanak perempuan 8 tahun dikesan positif Covid-19 varian Omicron selepas pulang dari Nigeria


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu lagi kes varian Omicron dikesan di negara ini yang membabitkan jangkitan dari luar negara, kelmarin. 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes baharu itu dikesan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.


Difahamkan, ujian RT-PCR yang dijalankan ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Sebaik saja tiba di Malaysia bersama dengan ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember lalu dengan penerbangan transit di Doha, Qatar, kanak-kanak itu dan ahli keluarganya sekali lagi menjalani ujian RT PCR Covid-19 di KLIA dan keputusan ujian RT-PCR yang keluar pada 7 Disember lalu mendapati kanak-kanak itu positif Covid-19. 


Kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari. 


Kontak rapat iaitu ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa keluarga itu dari KLIA ke tempat kediaman diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. 


Sementara itu, 35 orang kontak rapat dalam penerbangan tersebut turut disahkan negatif melalui ujian RT-PCR Covid-19 ketika ketibaan dan pada hari kelima. Pun begitu, KKM meneruskan pemantauan kes dan kontak yang dikenal pasti dilaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa. Punca jangkitan kes masih dalam siasatan. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Senarai 463 kawasan terjejas bekalan air ekoran pencemaran bau diesel di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih


Ekoran pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah menghentikan operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) yang menyebabkan sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Selangor terjejas. 


Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar kawasan itu.


Daripada 463 kawasan yang dinyatakan, 172 kawasan di Petaling, 54 kawasan di Hulu Langat, 194 kawasan di Sepang, 23 kawasan di Putrajaya dan 20 kawasan di Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. 


Berikutan itu, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan untuk menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terjejas. Sebanyak 81 lori tangki air akan dihantar ke kawasan yang terjejas. 



Perkembangan terkini berkaitan dengan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran media sosial Air Selangor. Sebarang aduan dan pertanyaan, pengguna dinasihatkan menghubungi Air Selangor di talian 15300, atau aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Sumber: Facebook Air Selangor



Sumber : CiteMalaya

Suspek paksa lelaki OKU rakam dirinya buat amang seksual terhadap kanak-kanak diculik, di dalam kereta


Lelaki yang menculik seorang kanak-kanak perempuan selama enam jam di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor Bahru pada Selasa lalu, telah berjaya ditahan polis semalam. 


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu berjaya ditahan pada jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Johor. 


Selasa lalu, sepasang suami isteri melaporkan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka. Enam jam kemudian, mangsa ditemui oleh orang awam yang kemudian diserahkan kepada pihak polis. 


Siasatan awal polis mendapati, suspek telah menculik mangsa dan membawanya ke Stulang Laut. Suspek dalam masa yang sama telah menyamun seorang lelaki OKU berusia lingkungan 20 tahun yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM500. 


Tidak cukup dengan itu, suspek mengarah lelaki OKU berkenaan merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan yang diculiknya di dalam kereta Proton Waja berwarna kelabu. 


Selesai melakukan perbuatan terkutuk tersebut, lelaki OKU berkenaan ditinggalkan di tepi jalan Stulang Laut, manakala kanak-kanak perempuan itu pula ditemui oleh orang awam di hadapan kedai makan kira-kira 1.5 kilometer dari rumah ibu bapanya dalam keadaan ketakutan dan trauma. 


Suspek kini direman selama lima hari sehingga 20 Disember. Polis turut merampas kenderaan yang digunakan suspek dan sebuah telefon bimbit. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. 


Hukuman bagi kesalahan Seksyen 392 Kanun Keseksaan adalah penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, Seksyen 14 (a) AKSTK dengan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 363 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. 


Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

Wednesday, 15 December 2021

1.3 juta penjawat awam terima bonus Januari depan yang melibatkan peruntukkan RM1.3 bilion


1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara akan menerima bayaran bantuan khas kewangan yang akan dibayar bersama dengan gaji bulan Januari depan, melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion. 


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman berkata, pihaknya telah menerima surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan kelmarin. 


Dalam pembentangan Belanjawan 2022 lalu, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700, manakala sejuta pesara menerima RM350. 


Jumlah bayaran bantuan khas kewangan itu merupakan jumlah tertinggi sejak 2019 di mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima bantuan khas RM600 dan RM300. 


Ketika era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, penjawat awam pernah menerima bayaran bonus paling tinggi RM1,500 dan pesara menerima bayaran RM750 termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Belanjawan 2018. 


Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian bantuan itu adalah setimpal dengan pengorbanan mereka yang mencurah masa dan tenaga ketika pandemik. 


"Saya sendiri berasal dari sektor swasta, saya faham keluhan itu, tetapi saya fikir kalau dibandingkan dengan bonus tahunan pekerja swasta, ia bukanlah pada kadar berlebihan," katanya. 


Sumber: Utusan Online



Sumber : CiteMalaya

Kantoi curang, isteri terkejut tengok gambar perempuan lain pandu kereta BMW suami dalam surat saman AES


Kita biasa mendengar peribahasa "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya", begitu juga dengan jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES. 


AES atau Automated Enforcement System (Perangkap Had Laju) adalah salah satu kaedah penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan mampu merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan seterusnya saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan. 


Di Jerman lain pula ceritanya apabila surat saman AES dihantar kepada seorang lelaki yang memiliki kereta jenis BMW, di mana pemandunya pada ketika hari kejadian adalah seorang wanita. Kelibat wanita dalam surat saman itu mengejutkan si isteri, sekali gus membongkarkan kecurangan suaminya. 


Menurut peguam kepada si isteri, Fatma Poyraz-Devrim berkata, anak guamnya berasa pelik kerana dia tidak memandu pada hari kejadian seperti tarikh yang dinyatakan pada surat saman tersebut. Malah dia juga tidak mempunyai lesen memandu. 


'Pendedahan' yang tidak dijangkakan itu membuatkan dia berasa gementar lalu menuntut jawapan dari suaminya. Setelah puas didesak, lelaki itu mengaku bahawa wanita dalam gambar surat saman tersebut merupakan teman wanitanya. 


Pada hari perbicaraan kes tuntutan cerai, kekasih lelaki berkenaan tidak dapat hadir ke mahkamah dan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bersama dengan kereta itu. 


Hakim juga mendapati, si isteri bukan individu yang memandu kereta BMW tersebut pada hari kejadian dan dia akhirnya dibebaskan dari kes kesalahan memandu melebihi had laju. 


Sumber: Daily Mail



Sumber : CiteMalaya

'Tak sempat nak bermanja...' - Pengantin baru ditahan polis, disyaki terbabit dalam samun bersenjata


Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah Kemaman pada jam 12 tengah hari sebaik saja selesai akad nikah pada Isnin, 13 Disember 2021. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama dengan dua lagi rakannya yang berusia 29 dan 33 tahun yang telah ditahan dan didakwa di mahkamah pada 22 November 2021. 


Semakan rekod turut mendapati, pengantin baru berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes Seksyen 15(1) ADB 1952.


Difahamkan, suspek melakukan jenayah samun berkumpulan itu bersama dua rakannya pada jam 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam. Ketika kejadian, mangsa yang sedang bekerja di rumah sarang burung itu didatangi oleh empat suspek dengan salah seorangnya memiliki senjata api. 


Telefon bimbit mangsa dirampas, dua guni berisi sarang burung juga turut dilarikan. 


Suspek kini direman selama seminggu sehingga 20 Disember untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Cuba lari & rempuh anggota polis, pemandu maut ditembak


Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.


Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.


Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.



Lapor Astro Awani, suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. 


Sumber: Bernama, Harian Metro, Astro Awani




Sumber : CiteMalaya

4 anggota polis didakwa cuai, punca Long Tiger bolos dari lokap


Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas dari tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi tadi.


Katanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat. Berkepala botak, OKT terbabit memiliki ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dengan berat sekitar 65kg.


“OKT ketika dalam tahanan tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah.


"Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.


“Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tangkak, hari ini.


Abdul Hamim sebelum ini ditempatkan di Penjara Sungai Udang, Melaka sebelum dibawa ke lokap polis IPD Tangkak semalam. Dia kemudia dibawa ke lokap mahkamah sebelum berjaya meloloskan diri dari pintu utama mahkamah.


Mohd Fadhil berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang terlihat Abdul Hamim atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera menghubungi pihak polis.


Setakat ini, empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 kerana kecuaian, selain siasatan lanjut akan dilakukan terhadap polis yang bertugas di mahkamah.


“Polis masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya, serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.


“Tertuduh yang masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari dari tahanan,” tambah beliau.


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Tuesday, 14 December 2021

Suami pecahkan tingkap kereta isteri sehingga serpihan kaca terkena pada anak, direman 4 hari


Padah merosakkan tingkap kereta isteri sehingga menyebabkan serpihan kaca terkena pada anak mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, seorang lelaki ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.37 pagi 13 Disember 2021, sempat dirakam oleh isteri suspek berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbit sebelum membuat laporan polis. 


Siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu sedang memandu kereta Perodua Axia bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum didatangi oleh suaminya berusia 30 tahun yang mengekori dengan menunggang motosikal Honda Wave. 


Suspek kemudian bertindak menahan kereta mangsa dan mengetuk tingkap bahagian penumpang hadapan, menyuruh mangsa membuka tingkap dengan alasan mahu memberi wang kepada anak. Mangsa bagaimanapun hanya membuka sedikit tingkap dan menyebabkan suspek berang lalu menarik tingkap itu sehingga pecah dan tercabut serta serpihan kaca terkena pada salah seorang anak lelakinya.


Tidak berpuas hati dengan tindakan suspek, mangsa terus membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, pegawai penyiasat bersama anggotanya pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan dan merakam percakapan saksi kejadian.


Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan, suspek juga telah ditahan pada hari yang sama dan direman selama empat hari sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

Abaikan anak sehingga maut terjatuh dari tingkat 16, ibu mangsa didakwa di mahkamah


Seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya berusia 5 tahun 7 bulan yang maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Selayang pada November 2021. 


Tertuduh berusia 24 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuatn tidak bersalah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. 


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak itu. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong pada jam 9.40 pagi hingga 10.48 pagi 17 November 2021. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 


Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar terdahulu mencadangkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan yang bersesuaian dengan mahkamah. 


Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin kerana dia hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai sebarang pendapatan. 


"Suami saya hanya bekerja sebagai penghantar makanan, sejak kehilangan arwah anak saya (mangsa), kesihatan saya tidak begitu stabil mohon mahkamah berikan jaminan yang rendah," katanya yang juga mempunyai seorang lagi anak berusia empat tahun. 


Hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan. Sekiranya syarat jaminan itu dilanggar, jaminan dibatalkan. 


Mahkamah menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. 


Dalam kejadian 17 November lalu, mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil berada di tepi tingkap yang tidak dipasang jeriji sebelum terjatuh dari ketinggian 16 tingkat. Ketika kejadian, ibu mangsa keluar rumah dan mangsa ditinggalkan di bawah jagaan ibu saudaranya. 


Ekoran dari kejadian itu, ibu saudara mangsa berusia 36 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah ditahan untuk membantu siasatan. 



Sumber: Kosmo


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

'Berderau darah masa tu' - Pelancong terkejut kena bayar ganti rugi RM5,000 gara-gara jetski terbalik


Hasrat satu keluarga untuk menikmati percutian di Langkawi bertukar menjadi 'tragedi' apabila mereka terpaksa mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk membayar ganti rugi terhadap kerosakan pada jetski yang disewa. 


Perkongsian mengenai insiden itu dikongsi oleh Dla Afindi di Facebook Langkawi Hari Ini (LHI), yang telah mengundang banyak reaksi netizen. 


Menurut Dla, hari terakhir percutian di pulau peranginan itu, mereka sekeluarga melakukan aktiviti air dengan menaiki jetski. Malangnya, jetski yang dinaiki oleh adiknya terbalik disebabkan ombak kuat. 


"Hari last di Langkawi, repeat naik jetski. Second day dah naik dua biji, so last day booked dua, tetapi dapat satu je. Kebetulan masa itu, jetski yang satu lagi ada masalah. 


"Adik saya pun naik jetski, macam biasa dia suruh cepat-cepat sign form. Dek kerana keseronokkan dan keterujaan, sampai terlupa baca isi kandungan dalam borang yang ditandatangan itu. Sama saja macam semalam, sign cepat-cepat sebab diorang suruh sign je kan. 


"Diorang pun naik berdua, masa itu dah nak dekat maghrib, cecah jam tujuh petang. Jetski diorang (adik saya) terbalik sebab ombak kuat. Mujur ada bot ternampak dan diorang (adik saya) minta tolong," katanya. 


Namun, mereka tidak menyangka pihak pengurusan telah mengenakan penalti dan ada dijelaskan dalam borang bahawa sekiranya jetski terbalik, pengguna perlu membayar ganti rugi sebanyak RM5,000. Dla akui, mereka terkejut dengan amaun denda yang dikenakan.


Atas budi bicara pihak pengurusan, mereka dikenakan penalti sebanyak RM3,000 sahaja. Tetapi angka itu masih tidak dapat diterima kerana jumlah itu melebihi kemampuan mereka. 


Dla berkata, dia ada membuat pencarian di Google mengenai insiden seumpama itu dan mendapati ada yang pernah mengalami kejadian yang sama. Pihak pengurusan menjelaskan, ganti rugi tersebut dipinta untuk membaikpulih jetski yang telah rosak dimasuki air. 


Setelah berbincang dengan pihak pengurusan berkenaan, akhirnya mereka dikehendaki membayar jumlah yang tidak dinyatakan kepada umum. Memandangkan tiada pilihan lain, pengadu berkata mereka terpaksa membayar ganti rugi itu. Dla berharap apa yang berlaku pada mereka menjadi pengajaran kepada yang lain agar lebih berhati-hati apabila mengendali kenderaan sewa. 


"Ingatlah apa yang anda baca hari ini kalau mahu naik jetski di masa akan datang. Mungkin memang adik saya salah dan gagal mengawal jetski, tetapi kami menerima kesilapan kami dan membayar ganti rugi dipinta. 



Sumber: Facebook Langkawi Hari Ini



Sumber : CiteMalaya

'Dia tak dapat bermain, menangis atau demam, mukanya akan bertukar kebiruan' - Bayi hidap jantung berlubang, pasangan rayu dana RM13,000 untuk tanggung kos pembedahan


Sepasang suami isteri terpaksa mengandakan usaha mencari pendapatan bagi menanggung kos pembedahan anak perempuan mereka yang disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. 


Pasangan Alif Luqman Azizan, 30, dan isterinya, Nuridayu Kamarudin, 31, dikurniakan cahaya mata, Nur Aina Rizqin Alif Luqman yang kini berusia 18 bulan. Mereka sekeluarga pada waktu ini menumpang di rumah ibu Nuridayu di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka. 


Difahamkan, kos pembedahan Nur Aina berjumlah RM20,000 dan pihak Hospital Serdang memberi pasangan itu tempoh selama tiga bulan sejak Oktober lalu untuk menyediakan dana tersebut. 


Dalam tempoh itu, Alif Luqman hanya menjual air balang dan bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM40 hingga RM50 sehari. Sementara itu, Nuridayu yang menghidap sakit buah pinggang kronik dan asma juga mengambil tempahan acar buah untuk membantu mengumpul dana. 


Setakat ini, mereka berjaya mengumpul RM7,000 sahaja. Pasangan itu kini buntu memikirkan cara untuk mencari baki RM13,000 dan bimbang jika pihak Hospital Serdang menghubungi mereka untuk menggesa melakukan pembedahan tersebut. 


"Kami bimbang bulan Disember ini, pihak hospital akan menghubungi kami untuk pembedahan anak kami yang perlu dilakukan secepat mungkin. Bagaimanapun, dana yang diperlukan belum cukup dan harap orang ramai dapat membantu agar anak kami berpeluang menikmati kehidupan seperti anak-anak lain," katanya. 


Pada awal kelahiran, Nur Aina disahkan menghidap jantung berlubang dan ketika itu terdapat dua lubang. Ketika berusia empat bulan, salah satu lubang telah tertutup sendiri dan doktor memaklumkan lubang yang ada dikhuatiri akan turut membesar mengikut pembesaran anaknya. 


Keadaan itu juga menyebabkan si kecil itu tidak boleh bermain terlalu penat, menangis atau demam kerana bahagian dada dan mukanya akan bertukar kebiruan. 


Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank RHB milik Nuridayu 15408600027033.


Sumber: Sinar Harian



Sumber : CiteMalaya

Jangan teruja sangat jumpa muntah ikan paus konon boleh jadi kaya + tetiba mengaku sedara ekspress


Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata.


Ini kerana, tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi 'jutawan segera' atau mendapat wang yang banyak setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini.


Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pengesahan ketulenan perlu dibuat untuk memastikan sama ada ketulan ambergris yang ditemukan itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam industri minyak wangi atau hanya kandungan lemak semata-mata.


"Bersesuaian dengan harganya yang sangat tinggi di pasaran, ketulenan ambergris perlu melalui satu analisis makmal yang kompleks dan perlu dirujuk kepada satu standard yang khusus.


"Setakat ini, UMT adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England," katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Ambergris adalah bahan berwarna kelabu atau kehitaman kusam yang padat, berlilin dan mudah terbakar. Bahan berharga ini dihasilkan oleh rembesan saluran hempedu yang terdapat di dalam sistem pencernaan ikan paus sperma.


Ambergris sangat dihargai oleh pembuat minyak wangi sebagai bahan penetap yang membolehkan aroma minyak wangi tahan lebih lama, namun kesukaran mendapatkan ambergris menyebabkan kebanyakannya kini digantikan oleh ambroksida sintetik.


Semalam, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai 'emas terapung di lautan' itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lepas.


Mengulas lanjut, Hasrizal berkata muntah ikan paus yang bernilai tinggi akan mempunyai bahan aktif yang terdiri daripada tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).


"Tanpa kandungan tiga bahan aktif berkenaan ketulan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai. Setakat ini, PPPL UMT telah melakukan analisis bagi menentusahkan ketulenan 18 sampel yang dipercayai ambergris sebelum ini.


"Kesemua 18 sampel yang dihantar untuk dilakukan ujian itu tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif yang menjadi elemen penting kepada ketulenan sesuatu sampel ambergris dan ia langsung tidak mempunyai harga di pasaran," katanya.


Untuk menjalankan proses tersebut, UMT mengenakan sedikit bayaran untuk membuat analisis dan keputusannya boleh diketahui dalam tempoh seminggu.


Sehubungan itu, UMT sedia menawarkan kepakarannya untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai wanita tersebut untuk memudahkannya membuat keputusan.


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Kerajaan tak patut benarkan rakyat keluarkan wang simpanan KWSP, elak jadi miskin di hari tua


Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.


Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko tergolong dalam kemiskinan hari tua.


Pada masa ini, sebanyak 48 peratus daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang amat rendah.


"Kerajaan tidak seharusnya membenarkan lagi pengeluaran. Bagi menambah simpanan KWSP, ahli yang membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP mereka perlu bekerja selama empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sepanjang tempoh COVID-19," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.


Beliau berkata berdasarkan umur persaraan yang dijangka tidak dinaikkan, pekerja tersebut tidak akan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi untuk persaraan mereka.


"Dengan Malaysia mencapai jumlah penduduk yang semakin berusia menjelang 2030 dan dalam semangat sebenar Keluarga Malaysia, kerajaan turut bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang normal.


"Kerajaan perlu memikirkan skim lain untuk membantu mereka daripada mengeluarkan simpanan KWSP yang bertujuan untuk keperluan hari tua.


"Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan kepada pekerja individu. Sebagai warganegara, sepanjang hayat dan kerjaya mereka, mereka telah banyak menyumbang kepada negara. Ia adalah peranan negara untuk menjaga mereka apabila mereka bersara," katanya.


MEF turut mencadangkan dasar semasa yang membenarkan satu pertiga pengeluaran selepas 50 tahun dan pengeluaran semua simpanan KWSP pada umur 55 tahun dikaji semula.


"Berdasarkan umur persaraan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, tidak lagi relevan untuk KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.


Beliau berkata berdasarkan situasi semasa amat membimbangkan apabila mendapati bahawa hanya tiga peratus daripada rakyat Malaysia mampu bersara dengan selesa.


"Ini jelas bahawa terdapat keperluan segera untuk penyelesaian yang meluas meliputi program jaringan keselamatan sosial yang berkesan, dasar pasaran buruh yang kukuh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga kerja serta dasar untuk menggalakkan automasi dan pendigitalan untuk membantu meningkatkan produktiviti dan menjadikan penguasaan ekonomi lebih besar supaya pekerja mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperoleh lebih pendapatan, seterusnya meningkatkan caruman mereka kepada KWSP," katanya.


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Berang ditegur tonton video lucah punca suspek pukul mangsa, 10 pelajar terbabit dalam kes buli dibuang MRSM serta-merta


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini mendedahkan, siasatan pihaknya mendapati kes buli yang berlaku di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar baru-baru ini adalah berpunca dari tindakan mangsa menasihati salah seorang suspek berhenti menonton video lucah. 


Hasil siasatan itu katanya diperolehi daripada mangsa buli yang menjelaskan dia sebelum itu menegur salah seorang suspek untuk tidak meneruskan perbuatan yang tidak bermoral itu. 


"Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit. 


"Mangsa mengatakan, kalau tidak berhenti menonton video lucah, dia akan mengadu dengan guru atau warden. Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa," katanya. 


Tindakan mangsa itu juga mengundang kemarahan enam suspek lain dan salah seorang pelajar Tingkatan 3 mengarahkan enam suspek terbabit menumbuk dan menendang mangsa. 


Sehari selepas kejadian buli itu, kesemua pelajar diarahkan pulang ke kediaman masing-masing pada 10 Disember kerana cuti semester. 


Setakat ini, 10 suspek yang dipercayai terbabit dengan kes buli termasuk pelajar yang bersubahat telah ditangkap sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 


Selain itu, sebanyak 11 buah telefon bimbit telah dirampas dan akan dihantar ke forensik untuk diperiksa kandungannya. 


Polis akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik saja semua siasatan selesai dilakukan. 


Ketika ini, mangsa masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor kerana mengalami kecederaan tisu lembut akibat dari dipukul suspek. Mangsa dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 


Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf memaklumkan, 10 pelajar yang terbabit dalam kes buli itu ditamatkan pengajian serta-merta berkuatkuasa hari ini. 


Mara katanya, amat memandang serius kegiatan buli yang berlaku dan hukuman itu diambil menunjukkan bahawa pihaknya sangat tegas dan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang membabitkan pelajarnya. 


"Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. Ibu bapa pelajar berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan dibuat jawatankuasa," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Monday, 13 December 2021

(Video) 'Kita semua sama, hanya berbeza status' - Anggota polis kongsi makanan dengan banduan dipuji netizen


Tular di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang anggota polis yang baik hati berkongsi makanannya dengan banduan di penjara, ketika makan berdekatan dengan sel tahanan. 


Video itu dikongsikan pengguna TikTok @PakPol39 atau nama sebenarnya Ismail Syarifudin yang juga dikatakan selalu berkongsi video rutin hariannya menjaga banduan. 


Dalam video tular itu, Ismail sedang menikmati makanannya sambil duduk di kerusi berdekatan dengan sel tahanan. Menurut sumber, menu makannya pada waktu itu adalah bakso homemade dan ayam goreng yang dibeli dari restoran makanan segera. 


Ismail kemudian menawarkan makanan kepada banduan tetapi mereka menolak dengan alasan sudah kenyang. Namun, akhirnya mereka memberanikan diri mengambil makanan yang diberi oleh anggota berkenaan. 


"Kita semua sama je, hanya berbeza status. Saya sebagai penjaga dan kamu sebagai tahanan," katanya. 


Ismail juga berasa senang bilamana banduan-banduan berkenaan mengatakan bakso homemade dikatakan sedap. Video tersebut masih tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen. 


@pakpol39

Mari Kita Belajar Memanusiakan Manusia ##fypã‚· ##fyp ##foryoupage ##viral

♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) - Witt Lowry


"MasyaAllah pak polisi, baik banget," kata Novandamuhrizky. 


Sumber: Tik Tok @PakPol39



Sumber : CiteMalaya
Powered by Blogger.