Friday, 31 March 2023

'Saya pilih untuk berdamai, tetapi ditolak' - Ali Puteh mahu berdamai dengan Hidayah & berjumpa dengan anak arwah abangnya



Sejak arwah Abam Bocey meninggal dunia tiga tahun lalu, adiknya, Ali Puteh langsung tidak mengetahui sebarang perkembangan akaun media sosial Abam kerana dia dan ahli keluarga lain disekat daripada melihat akaun milik arwah Abam. 


"Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya. 


"Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al-Fatihah buat arwah abang saya. 


"Bukan apa, sekiranya tdak boleh melihat akaun itu, takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua (disekat), namun sudah bertahun sebenarnya," katanya. 


Mengulas mengenai kesnya dengan kakak ipar, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, Ali pernah terfikir untuk berdamai di luar mahkamah. Namun hasratnya itu tidak kesampaian. 


"Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih. Namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran. Namun permohonan itu pun ditolak, mest ada yang tidak kena," katanya. 


Selain itu, Ali turut memaklumkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan Hamzah, anak arwah abangnya. Malah ibunya juga tidak sempat berjumpa dengan cucunya sendiri sebelum meninggal dunia. 


"Saya cuma memikirkan anak arwah abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun, kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah. 


"Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak menyalahkkan sesiapa, cuma akan mencuba sebaik mungkin untuk bayar (saman RM60,000) secepat mungkin," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

'Saya akan kopak benda ni, nak tenang apa?!' - Kad Touch n' Go tak berfungsi, lelaki ini ugut rempuh palang tol



Hanya kerana mengalami masalah kad Touch n' Go (TnG), seorang lelaki sanggup memarahi petugas tol di Plaza Tol Gombak dan mengugut akan melanggar palang tol jika masalahnya tidak diselesaikan. Cubaan petugas tol memintanya bertenang juga tidak berjaya kerana lelaki itu tetap tidak berpuas hati. 


"Saya akan kopak benda ni, nak tenang apa? Saya dah lama tunggu. Saya lalu ke Tol Gombak menghala ke Bentong, saya punya kad baru je beli tapi bila sampai je sini, palang gate tak nak bukak.  Lepas tu dia suruh saya bayar cash pulak. Habis, apa guna saya bayar beli Touch and Go ni," bentaknya.


"Semua lorong tak boleh pakai," kata petugas tol pula sambil menunjukkan kad kepunyaan lelaki itu.


"Tak boleh pakai dua, tiga lorong itu bukan masalah saya," jawab lelaki itu pula.


"Kad ni ada masalah," kata petugas tol. 


"Ni silap siapa ni? Habis macam mana saya nak lalu? Kalau tidak saya kopak benda ni,' kata lelaki itu.


Petugas tol sekali lagi meminta lelaki itu bertenang dan memintanya membayar sebanyak RM 6 jika mahu palang dibuka, tetapi lelaki itu tetap berdegil.


"Kenapa saya perlu bayar cash, dalam ni dah ada duit," katanya lagi.



Di media sosial, netizen 'pening' dengan sikap lelaki itu dan menyoal mengapa disulitkan perkara yang mudah. Jika lelaki ini menghulurkan RM6, palang dibuka, selesai masalah. Tetapi ada juga netizen mendakwa kad TnG jenis NFC mudah rosak dan sukar untuk mengesan mana-mana tol. 


Sumber: IniAlalalann, Tiktok Ciknibqgq18



Sumber : CiteMalaya

'Ini tahun keempat saya berpuasa' - Kongsi pengalaman berpuasa, netizen puji sikap Boss James



Pempengaruh terkenal, Boss James sudah tidak asing lagi. Jejaka kelahiran Kapar, Klang ini yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya menarik perhatian netizen dengan video-video yang dimuatnaiknya terutama sekali di dalam aplikasi TikTok. Kejayaan beliau telah menjadi inspirasi kepada netizen.


Di bulan Ramadan ini, video yang dimuatnaiknya menjadi tular. Video yang memaparkan mengenai Boss James mencabar dirinya berpuasa menarik perhatian netizen dengan tontonan 6.4 juta. Apa yang mengejutkan, ini merupakan tahun keempat dia berpuasa dan meraikan bersama teman beragama Islam.


@bossjames_oe Doakan ya semua 🤍 #bossjames #berjayamegamotors #foryou #inspirasiramadan #viral #tiktok ♬ original sound - Boss James


"Saya tak sangka video ini menjadi tular tapi secara niat baik saya lakukan ini kerana pasukan sebab kebanyakan beragama Islam dan gembira dapat beri impak baik," katanya.


Berkongsi pengalamannya berpuasa, Boss James berkata semua perasaan bercampur antara penat, letih dan sebagainya terutamanya ketika menjelang tengahari. Tetapi apabila memikirkan benda yang baik semuanya berjalan dengan lancar.


"Kali pertama sebenarnya saya dipaksa puasa, tetapi lama kelamaan sudah terbiasa dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berpuasa. Puasa ini mengajar kita bukan sahaja tak boleh makan tapi emosi pun begitu sebab tak boleh marah,” katanya.


Beliau juga ditanya apakah status agamanya kerana dalam video tular itu kelihatan dia sedang membacakan doa makan dan selain  itu dia dilihat selalu memakai baju Melayu.


"Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi saya berfikiran terbuka, bagi mengenai agama ini ia susunan Tuhan, saya tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, doakan yang baik-baik saja.


"Saya selalu diajar, buat baik akan dibalas baik, of course bersyukur Alhamdulillah masa akan datang kita akan jadi lebih baik,” katanya. 


Sumber: Boss James, mStar Online



Sumber : CiteMalaya

'Harga kayangan, tapi kualiti hauk'- Customer bengang, baju kurung jenama terkenal yang dibeli koyak sana sini



Baru sahaja melangkah ke 9 Ramadan, tetapi segala persiapan raya telah dilakukan oleh orang ramai. Peniaga-peniaga di saat ini sangat sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.


Ada yang memilih untuk membeli-belah di kedai atau butik. Tetapi ada juga yang tidak mahu bersesak dan penat, lantas mereka memilih untuk membeli secara dalam talian. Ada yang mengatakan pembelian dalam talian lebih murah berbanding membeli di butik. Tetapi perlu diingat, ada juga kesan buruk jika membeli secara talian.


Seperti perkongsian wanita ini, ada pengadu yang telah memesan baju kurung jenama terkenal dengan harga RM489.


“Tiap tahun bermasalah, tiap tahun juga orang beli. Harga kayangan, kualiti hauk,” tulisnya.



Pengadu ini hampa dengan kualiti yang diterimanya. Didapati, ada kesan koyak di beberapa renda baju tersebut.


Pengadu telah membuat aduan dan pihak butik pula mengatakan pengadu boleh membuat pertukaran tetapi tiada jaminan baju yang diterima akan sempurna 100%.



Tinjauan di TikTok pula mendapati, ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan jenama pakaian ini.


“Dua-dua baju kita tak ok. Satu pasang dah macam gigi rongak. Batu hilang tinggal besi je. Lagi satu lace dah koyak belum pakai lagi,” tulis KPeahNOIR.


@kakpeahlovenovel Dua2 baju kita tak ok.. satu psg dah mcm gigi rongak.. batu hilang tinggal besi ja.. lagi satu lace dah koyak blm pakai lagi huhu.. #fyp #leeyanarahman #tiktokviral #bajuraya2023 ♬ Raya Raya Raya - DOLLA


“Baju ni royal ye. Lepas tu dia suruh aku return tapi royal habis. Dia bagi aku lecey. By the way lecey lagi murah daro royal. So dia bagi tudung, dia paksa aku beli tudung dia supaya cukup kan amount harga baju royal. Dah la tudung bawal corak lama dia kasi aku. Mintak corak baru, tak boleh. Memang aku tak halal kan. Lepas tu bagi aku lecey yang sarat manik. Aku ada anak kecik, aku memang tak puas hati,” tulis Nur Adlina pula.


@nuradlina1994

Baju ni leeyanarahman ni royal ye. Lepas tu dia suruh aku return tp royal hbs dia bg aku lecey btw lecey lg murah dari royal 😭 so dia bg tudung dia paksa aku beli tudung dia supaya cukup kan amount harga baju royal dah lah tudung bawal corak lame dia kasi aku, mtk corak baru tak boleh! Mmg aku tak halal kan..lepas tu bg aku lecey yg sarat manik aku ade anak kecik 😭 aku mmg tak puas hati

♬ original sound - Nur Adlina


Netizen pula bukan hanya menyelar tindakan pihak butik malah juga mengecam tindakan pembeli yang tidak serik-serik  membeli baju keluaran jenama ini yang sudah beberapa kali tidak mencapai kualiti yang memuaskan pelanggan.


Sumber: Twitter Ciraplaici, TikTok KPeahNoir, TikTok NurAdlina



Sumber : CiteMalaya

'Karipap Sampah! Memang semua inti berkulat + bau sampah!' - Pembeli kecewa peniaga jual karipap berkulat di Bazar Ramadan Kuantan



Seperti Ramadan sebelumnya, pelbagai rungutan daripada pembeli mengenai mutu jualan di bazar-bazar Ramadan. Bukan sahaja harga makanan yang dijual mahal daripada sebelumnya, malahan ada peniaga yang mengambil kesempatan tidak menjaga kualiti makanan dengan baik.


Di Kuantan, seorang wanita tidak menyangka karipap yang dibelinya di bazar Ramadan berkulat. Dia mengecam tindakan peniaga yang tidak telus dalam menjual makanan kepada pembeli.


“Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan, rasanya dah banyak kali viral pasal makanan-makanan yang tak elok. Tak sangka hari ni terkena pada saya juga. Hari ini saya ada beli dua paket karipap, tapi karipap yang dah berkulat,” katanya.


Pada mulanya, ibu dan kakaknya memberitahunya karipap itu berasa pahit dan bila mereka membuka inti karipap, mereka terkejut apabila mendapati inti karipap sudah berkulat.


“Mak dan kakak saya dah termakan, sekali gigit, kakak saya bagitahu karipap rasa pahit. Bila dibuka, terkejut tengok inti dah berkulat. Kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng. Bila dibuka satu-satu karipapnya, memang semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah!


“Seumur hidup saya ini makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ni dah sampai tahap berkulat, macam dah 3 ke 4 hari punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula,” katanya.


Dia begitu kecewa dan terkilan dengan sikap penjual itu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kesihatan kepada pembeli.


“Bayangkan kalau makanan sampah macam ni dimakan kanak-kanak atau ibu mengandung, berbaloi ke dengan untung jualan karipap tu menyebabkan oranng lain sengsara keracunan makanan? Nak menjual biarlah ikhlas dan bertanggungjawab.


“Di sini saya sertakan gambar-gambar close up setiap satu karipap berkulat tu, warga Kuantan boleh nilaikan sendiri macam mana. Saya memang bukan sejenis suka viral-viral kan, tapi bagi saya isu makanan berkulat dijual pada orang ni tahap melampau dan tak boleh diterima akal. 







“Esok saya akan datang sendiri berjumpa penjual kuih tersebut dan bawa karipap kulat ni untuk dia nilai sendiri tahap kualiti makanan yang dijual, harap akak jangan tutup gerai pulak ya,” tulisnya.


Rentetan isu ini, netizen menyelar tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab dan menyokong tindakan wanita ini yang akan berjumpa dengan peniaga itu sendiri.


Lokasi: Bazaar Ramadhan depan Tunas Manja Sungai Isap (gerai tengah-tengah sebelah gerai air balang)


Sumber: Emma Razali, Kelab Ibu cantik-MillGen



Sumber : CiteMalaya

Thursday, 30 March 2023

'Itu bukan saya, terpulanglah nak percaya atau tidak' - Mia Sara nafi buka tudung untuk enjoy di kelab malam



Terpalit dengan dakwaan membuka tudung semata-mata untuk berhibur di kelab malam baru-baru ini, pelakon Mia Sara Nasuha tampil membuat penafian. 


Dalam temubual bersama HLive, remaja berusia 17 tahun itu menjelaskan dia terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu sehingga mendapat banyak panggilan dari kenalannya. 


"Zaman sekarang, fitnah atau apa-apa adalah.. lagi-lagi zaman social media, ini adalah benda yang biasa berlaku. Orang boleh saja meletak gambar ini, gambar itu apa semua. Jadi saya di sini nak mengatakan itu bukan saya. Tapi kalau nak percaya, percaya. Kalau tak nak percaya, tak apa. 


"Saya sendiri pun terkejut apabila mendapat panggilan daripada sini sana, tengok macam.. tak tahu (dakwaan itu) daripada sumber mana datangnya semua dakwaan ini. 


"Jadi saya menerimanya dengan hati terbuka. Kalau saya cakap lebih-lebih pun, nampak macam saya yang salah. Terpulanglah sama ada orang nak percaya, percayalah. Kalau mereka nak teruskan spekulasi, teruskan.. menuduh ke, memfitnah ke, terpulang kepada mereka," katanya. 



Sementara itu, bapa kepada Mia Sara, Muhammad Ridhuan juga menggesa orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan tersebut kerana anaknya tidak melakukan perbuatan itu. 


"Saya harap ia berakhir di sini sahaja. Gambar dan video tersebut bukan anak saya. Saya tak faham kenapa perlu dikaitkan dengan anak saya. 


"Saya harap berhenti sebarkan spekulasi ini, lagi-lagi kita berada dalam bulan Ramadan," katanya. 


Sumber: Hlive



Sumber : CiteMalaya

'Wajah mereka bersih, tiada kesan terbakar' - Empat beradik maut dalam kebakaran dikebumikan dalam satu liang lahad



Empat beradik yang berusia dari tiga hingga lapan tahun muat dalam kebakaran di kediaman mereka di Muar malam kelmarin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, malam tadi. 


Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, telah dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 8.15 malam tadi. 


Ibu bapa mangsa, Nabila Sedu, 31, dan Thein Ko Htut, 30, dilihat masih sugul dan tidak bermaya ketika jenazah keempat-empat anak mereka disemadikan. 





Dalam tragedi itu, kesemua kanak-kanak berkenaan ditemui tidak bernyawa dalam bilik air di bahagian dapur rumah selepas rumah sewa yang didiami mereka terbakar 70 peratus. 


Ketika kejadian, ibunya keluar sebentar kira-kira 10 minit untuk mencari barang kelengkapan untuk berbuka puasa. 


Sementara itu, pendakwah bebas, Ebit Lew, berkongsi gambar wajah empat beradik berkenaan di media sosial mengundang rasa simpati netizen. 




Menurut Ebit Lew, tiada kesan terbakar pada wajah mangsa yang dipercayai lemas disebabkan asap kebakaran. 


"Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya. 


"Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar, ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap atau haba panas," katanya. 


Difahamkan, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan merupakan keluarga susah serta tidak mempunyai barangan elektrik dan televisyen. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

'Terima kasih doakan abang dik' - Ali Puteh tak melenting digelar babi, siap ajak netizen tingkatkan amal ibadah bersama-sama



Pelawak Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan hari ini berkongsi ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-34 menerusi hantaran di Instastory. 


"Alhamdulillah, hari ini meningkat lagi usia ini. Selamat hari jadi Ali, 30 Mac 2023."




Ali sebelum ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen berikutan pengakuannya yang mengatakan dia tidak mampu membayar saman RM60,000 selepas tewas dalam perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh balu arwah Abam, Siti Nor Hidayah. 


Biar apa pun penjelasan yang dibuat oleh Ali, ramai yang masih tidak dapat menerimanya dan tidak kurang juga yang melemparkan kenyataan 'pedas' tanpa bertapis terhadap Ali di media. 


Terbaru, Ali berkongsi gambar tangkap layar seorang individu bernama Mohd Jagat yang mengelarnya sebagai babi. 


"Babi ini tak sesuai ada dalam masyarakat kita. Sepatutnya dihumban ke penjara. Harap dia tak dapat bayar duit RM60,000 tu. Semoga si sial laknatullah ini akan sengsara di dunia dan akhirat. Amin," tulisnya. 




Tidak melenting dengan kata-kata itu, Ali berkata, di bulan yang mulia ini sepatutnya sama-sama meningkatkan amal ibadah. Dalam masa sama, Ali menjelaskan pembayaran RM60,000 itu juga hampir selesai. 


"Bulan puasa bulan yang baik, mari sama-sama kita tingkat ibadah kita semua. Alhamdulillah dah nak selesai pun bayaran. Terima kasih doakan abang dik," katanya. 


Sumber: Instagram Ali Puteh




Sumber : CiteMalaya

'Tergamak korang buat ayah sendiri macam ni?!' - Wanita kecewa, bapanya yang hidap strok ditinggalkan di luar rumah hampir 1 jam



Kejam dan tidak bertanggungjawab! Itu perkataan yang patut diberikan kepada dua lelaki tergamak membiarkan bapanya yang menghidap strok berada di luar rumah selama hampir satu jam. 


Perkara itu didedahkan sendiri oleh adik perempuan mereka apabila pengawal keselamatan datang mengetuk pintu rumah memberitahu mengenai bapanya.


“Empat beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk pintu rumah aku, bagitahu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir satu jam. Dua lelaki (abang) cakap nanti ada perempuan turun ambil.


“Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati iman korang? Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit, strok tak boleh jalan, pakai pampers, kau buang ayah kau macam ni je?


“Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas, bincang baik-baik, letak baik-baik ayah kat rumah aku. Bukan campak-campak macam ni,” katanya.


@ceqta_anita

4beradik , 3 lelaki 1 perempuan .. Tanpa pengetahuan aku , 1 ramadhan 5.30petang , security ketuk pintu rumah aku , bgthu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir 1 jam , 2 lelaki (abg) cakap nanti ank prempuan dia turun ambil .. Tergamak korang buat ayah mcmni ? mana hati iman korang ?anak jenis apa korang ni?? Mentang² ayh tgh sakit , strock xblh jln , pakai pampers , kau buang² ayh kau mcmni je ? Mana iman korang ? Mana otak waras korang ? Sihat tubuh badan !! Naik atas bincang baik² letak baik² ayh kat rumah aku , bukan campak² mcmni . Ni org tua kita , yg lahirkan kita , yang jaga kita sampai dh besar panjang .. Tapi ni korang balas jasa ayh ? Allahuakbar !! Akhir zaman !!! Hilang pertalian adik beradik aku sangup , tpi bukan hilang org tua .. Aku share kisah hidup aku ni , bukan nak minta viral .. cuma aku mohon pada ank² yg masih ada org tua , hargailah dorang selagi masih ada !!! Jangan menyesal bila org tua kita dh xde nanti 😭😭😭 .. Aku mohon yg tgk vtt aku ni , doakan kesihatan aku utk aku berbakti pada ayh 🤲🤲 ..

♬ original sound - ANGLINKTIBANDUNG


Kata wanita ini, dia lebih rela tiada pertalian lagi dengan adik beradik asalkan dia tidak hilang orang tua.


“Ini orang tua kita, yang lahirkan kita yang jaga kita sampai dah besar panjang. Tapi ni korang balas jasa ayah? Allahuakbar! Akhir zaman hilang pertalian adik beradik aku sanggup, tapi bukan hilang orang tua," katanya. 


Menurut wanita berkenaan, dia tidak berniat untuk menularkan kisah ini tetapi sebagai pengajaran dan ingatan kepada semua untuk berbakti dengan sebaiknya kepada orang tua.


“Aku share kisah hidup aku ni bukan nak minta viral, cuma aku mohon pada anak-anak yang masih ada orang tua, hargailah diorang selagi masih ada. Jangan menyesal bila orang tua kita dah tak ada nanti. Aku mohon yang tengok, doakan kesihatan untuk aku berbakti pada ayah," katanya.


Sementara itu di ruangan komen, netizen mengecam tindakan kedua-dua abang wanita ini, apatah lagi perbuatan itu dilakukan dalam bulan Ramadan. Netizen juga mendoakan kemudahan buat wanita ini untuk terus berbakti kepada bapanya.


Sumber: TikTok CeqTaaHairSalon&Lashes



Sumber : CiteMalaya

4 beradik maut dalam kebakaran ketika ibu keluar sekejap untuk beli kelengkapan berbuka puasa



Empat beradik dilaporkan maut dalam kebakaran selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian jam 7.49 petang Rabu, 29 Mac 2023. 


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran itu telah menyebabkan rumah tersebut musnah 80 peratus dan anggotanya berjaya menemui keempat-empat mangsa di bilik air. 


Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun, manakala dua lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemui dalam bilik air dalam keadaan tidak sedarkan diri. 


Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan kemudian mengesahkan kesemua mangsa Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, telah meninggal dunia dan mayat empat beradik itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sementara itu, ibu mangsa berusia 31 tahun tidak menyangka tragedi itu menimpa anak-anak kesayangannya. Sedangkan dia hanya keluar sebentar untuk mencari kelengkapan berbuka puasa. 


Difahamkan, ibu mangsa keluar sebentar untuk pergi ke kedai berhampiran, manakala suaminya yang berusia 31 tahun pula bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar Muar. 


Empat beradik berkenaan ditinggalkan di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci. Namun, polis percaya keadaan api yang terlalu marak menyebabkan empat beradik terbabit gagal mencari jalan keluar dan dipercayai masuk ke bilik air untuk menyelamatkan diri. 


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz percaya kebakaran itu berpunca akibat litar pintas. Namun, masih menunggu hasil laporan lanjut daripada pihak Bomba. 


Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. 


Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Suami cemburu kelar leher isteri kerana bercakap dengan lelaki lain melalui phone, sambil berbogel separuh badan



Seorang lelaki di Thailand nekad membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di wilayah Krabi, semalam. 


Suspek mengaku dia telah mengelar leher mangsa yang ketika itu separuh bogel sambil bercakap dengan lelaki lain melalui telefon, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.


Bagaimanapun, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek, Prachuap Nuanchan, 58, di ladang udang di daerah Ranot, Songkhla. Prachuap mengaku membunuh isterinya, Rattanakul, 58, di kediaman mereka di daerah Khlong Tom, Krabi.


Menurut Prachuap, pada hari kejadian dia pulang ke rumah selesai habis waktu bekerja dan mendapati isterinya sedang berbaring separuh bogel sambil bercakap dengan lelaki lain melalui telefon. Berang dengan perbuatan Rattanakul, Prachuap terus mengambil parang dan mengelar lehernya sehingga mati. 


Suspek kemudian memberitahu polis bahawa, bukti di sebalik dakwaannya itu boleh dikesan melalui log panggilan telefon bimbit mangsa, bagi 'menghalalkan' jenayah yang dilakukannya.


Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan dia membesarkan anak tirinya sejak berusia dua tahun hingga dewasa.


Prachuap dan Rattanakul sebelum ini sama-sama bekerja menyara keluarga. Namun baru-baru ini, Rattanakul mengambil keputusan untuk bersara dan berehat di rumah.


Prachuap mendakwa, Rattanakul pernah bercakap buruk mengenai ibu bapanya, malah mengugut dia menggunakan pisau.


Walaupun pada awalnya dia melarikan diri selepas membunuh mangsa, namun Prachuap mengaku dia sememangnya ada merancang untuk menyerah diri kepada polis agar dia dapat kembali melihat wajah isterinya buat kali terakhir dan meminta maaf di atas perbuatannya.


Prachuap kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dengan niat. 


Sumber: Thaiger



Sumber : CiteMalaya

Wednesday, 29 March 2023

Video anggota polis di Sandakan terima 'sesuatu' daripada orang awam, sedang disiasat



Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di Sabah mengesahkan menerima aduan berhubung sebuah klip video tular di media sosial membabitkan anggota polis dipercayai menerima sesuatu daripada seorang individu dalam keadaan mencurigakan.


Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota berkenaan.


"Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas ke atas anggota terlibat dan juga pihak pemberi," katanya dalam kenyataan hari ini.


Abdul Fuad berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu mohon berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.


@utusantvofficial Kejadian di Sandakan, Sabah. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #rasuah #polis ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio


Dalam klip video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua anggota polis lelaki dan dua lelaki awam, yang seorang daripada lelaki awam itu menghulurkan sesuatu kepada seorang daripada anggota polis terbabit dalam keadaan mencurigakan di luar sebuah lot kedai dengan bidai ditutup.


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Pencuri telefon maut dalam kemalangan, pemandu Mazda CX3, rakan dan abang mangsa ditahan untuk siasatan lanjut



Susulan kematian pencuri telefon yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat kelmarin, pemandu kereta Mazda CX3 bersama rakannya, serta pemandu Proton Wira (rakan mangsa) telah ditahan polis malam tadi untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pemandu Mazda itu bersama rakannya ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Tongkang Pechah, manakala rakan suspek pula ditahan di rumahnya di Tongkang Pechah. 


Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh tanpa niat dan Seksyen 379 kanun keseksaan kerana mencuri.


Dalam kejadian kelmarin, polis mendapati pemandu Mazda ternampak suspek yang tidak dikenali mencuri telefon bimbit miliknya yang diletakkan di dalam lori milik kilang yang kemudian melarikan diri dengan menaiki Proton Wira. 


"Pemandu berusia 32 tahun dan rakannya berusia 42 tahun yang bekerja di kilang sama bertindak mengejar suspek menggunakan Mazda CX3 sejauh 12 kilometer sehingga berlaku kemalangan," katanya. 


Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.


"Pemandu Proton Wira adalah abang kepada si mati dan polis masih menunggu laporan makmal mengenai hasil ujian dadah dan alkohol mereka," katanya. 


Sementara itu, pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia yang sebelum ini dilaporkan parah adalah tidak tepat, sebaliknya mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

'Kami sepatutnya mendarat di Malaysia' - 184 pelarian Rohingya dipaksa terjun & berenang ke pantai Indonesia



Kira-kira 184 pelarian Rohingya dilaporkan mendarat di pantai Indonesia kelmarin selepas dipaksa terjun daripada sebuah bot. 


Penduduk di bandar Peureulak, Aceh Timur berkata, mereka menemui sekumpulan pelarian terbabit yang terdiri daripada 94 lelaki, 70 wanita dan 20 kanak-kanak, lalu memaklumkan kepada pihak polis. 


Ketika ditemui, majoriti pelarian Rohingya beragama Islam itu kelihatan lemah, dipercayai sudah tidak menjamah makanan berhari-hari. 


Ketua Mukim Peureulak, Nasri berkata, lebih kurang lima daripadanya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala yang lain tleah ditempatkan sementara di sebuah masjid untuk diberi makanan dan rawatan perubatan. 


Menurut salah seorang pelarian, Ali, berkata, mereka sebenarnya dalam perjalanan meuju ke Malaysia daripada Myanmar. Setibanya di lokasi, mereka diminta terjun daripada bot dan dipaksa berenang ke pantai, oleh kapten bot berkenaan yang kemudian segera meninggalkan mereka. 


Pada waktu ini, pihak berkuasa tempatan sedang berbincang dengan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa mengenai pelindungan untuk kumpulan pelarian itu. 


Sumber: AFP, Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

Lelaki maut dalam kemalangan jalan raya, selepas curi telefon bimbit



Cubaan seorang lelaki bersama rakannya melarikan telefon bimbit mangsanya tidak berjaya apabila dua suspek terbabit mengalami kemalangan dalam kejadian di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat, Johor. 


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 3.30 petang dan kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan Mazda, Proton Wira dan Perodua Axia. 


Difahamkan, telefon bimbit milik pemandu Mazda telah dicuri oleh suspek yang kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Wira. 


Berlaku aksi kejar mengejar dan apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Mazda berusia 31 tahun bertindak melanggar bahagian belakang kereta Wira menyebabkan suspek hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari bertentangan.


Kesan dari kemalangan tersebut, suspek emngalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya pula hanya mengalami kecederaan ringan. 


Pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Pemandu MAzda tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melibatkan kematian. 


Sumber: Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

'Saya bukan penjenayah, sampai begini kerjaya saya terganggu' - Ali Puteh akui tak ada job, sukar nak bayar saman RM60,000



Pelawak Ali Puteh mengakui dia tidak dapat membayar saman RM60,000 kepada Nor Hidayah berikutan dia sudah lama tidak menerima sebarang tawaran untuk bekerja dalam industri hiburan. 


"Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada 'job'. Sekarang saya berniaga di media sosial, saya guna platform yang ada untuk cari duit. 


"Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara. Sebaliknya, ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah. Jadi, saya pelik.. sampai begini kerjaya saya terganggu. 


"Saya merasakan ia tidak adil, tapi nak buat macam mana? Saya harap apabila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan," katanya memetik laporan daripada Harian Metro, Selasa, 28 Mac 2023. 


Walaupun tidak dapat membayar RM60,000 itu sekali gus, namun Ali memaklumkan proses pembayaran itu adakan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. 


Menggulas mengenai rumah pusaka arwah ibunya, ali menjelaskan dia tidak boleh menyerahkan rumah itu kepada Hidayah dan pihaknya akan membayar saman RM60,000 itu bagi mengelakkan rumah tersebut disita. 


"Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah dihubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. 


"Tetapi saya malas nak teruskan hal ini lagi di mahkamah. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. InsyaAllah rumah itu akan selamat. 


"Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. 


"Tapi kami pelik bukannya sita harta saya, sebaliknya harta arwah mak saya," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Tuesday, 28 March 2023

(Video) 'Sial la betina macam kau ni, aku sumpah mak bapak kau mampus!' - Wanita dakwa dianiaya & dipukul oleh bekas peserta program realiti TV



Tular di media sosial video audio seorang lelaki yang dipercayai bekas program realiti TV yang memaki hamun teman wanitanya sehingga membabitkan ibu mangsa. 


Berdasarkan audio tersebut, lelaki terbabit dipercayai bengang dengan tindakan mangsa yang mendedahkan perangai sebenarnya lelaki itu di media sosial, berbeza dengan penampilannya di mata masyarakat. 


Berikut transkrip daripada klip audio tular berkenaan.


@annshrniee Aku takkan balas perbuatan kau, biar Allah sendiri yang membalasnya. Kau dengan mak kau aniaya aku cukup2, kau pukul aku macam binatang. Kau maki aku ikut suka kau. Ingat Allah tu tak tidur. #fypシ #narcissistic #toxicrelationship ♬ original sound - Ainie


"Siallah betina macam kau ni, p*** mak. Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus. Tak reda dapat anak macam kau bodoh!


"... aku cakap hari ni eh depan Al-Quran. Aku dengan tension-tension macam ni, dengan nak berbuka puasa, engkau naikkan angin aku, buat perut aku... Kau tengok, orang kenal aku lah bodoh!" kata lelaki terbabit. 


Difahamkan, mangsa berkongsi mengenai perangai lelaki itu sejak awal tahun lalu di TikTok disebabkan tidak berpuas hati hubungannya dikhianati di mana lelaki yang mengaku dirinya sebagai ustaz itu curang dengan perempuan lain. 


@annshrniee Tolong nilaikan sendiri😅🥀 #fypシ #toxicrealtionships #sadstory ♬ suara asli - musicstory._
@annshrniee Reply to @nabileaams takut you terkejut je 😅 #fypシ ♬ original sound - Shayanggg❤ - Ainie
@annshrniee Reply to @amintakkisah ♬ original sound - Shayanggg❤ - Ainie


Mangsa mendakwa, telefon bimbitnya pernah dipecahkan, pernah ditampar sehingga mengalami kecederaan dan lebam di badan. Hal itu membuatkan mangsa terpaksa membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan dirinya. 


Lebih membuatkan mangsa terkilan apabila ibu kepada lelaki itu pernah menghina dan mendakwa mangsa tidak layak untuk anaknya yang kacak. Meskipun sebelum ini pernah meminta bantuan kewangan daripada mangsa, semua itu telahpun 'dinyahkan' daripada ingatan. 


@annshrniee Semoga wanita diluar sana tak merasai perkara yang sama. Bila keluarga pasangan hanya mengharapkan duit kau sepanjang masa. Bila tak diberi, habis keluar cerita yang buruk2/dihina/dimaki/kutuk belakang. Semoga kita dijauhkan daripada dapat bakal/mertua puaka. #narcissistic #toxicrelationship #berandatiktok #fypシ ♬ Satu Rasa Cinta - Arief
@annshrniee Replying to @zazahohohuhuhehe ♬ DUKA SEBALIK TAWA - PUTERI KHAREEZA


"Apa yang I post bukan fitnah atau nak menjatuhkan sesiapa tetapi wanita yang mengenali dirinya, tolong jauhkan diri. Tolong selamatkan diri. Kita sama-sama menjauhkan diri daripada dia. 


"Saya tak pegang status agamawan, pakaian saya cuma biasa-biasa. Allah Maha Adil, Allah melihat segala perbuatan jahat kau ustaz. Tebal mana serban kau di kepala, cantik mana ayat kau susun rapi. 


"Aku takkan balas perbuatan kau. Biar Allah sendiri yang membalasnya. Kau dengan mak kau aniaya aku cukup-cukup, Kau pukul aku macam binatang. Kau maki aku ikut suka kau. Ingat Allah tu tak tidur. 


@annshrniee Lillahi Ta'ala, Dengan Nama Allah dengan apa yang i post bukan fitnah atau nak menjatuhkan sesiapa, tapi wanita yang mengenali dirinya tolong jauhkan diri. Tolong selamatkan diri, kita sama sama jauhkan diri. . Saya tidak pegang status agamawan, pakaian saya cuma biasa2. Allah maha adil, Allah melihat segala perbuatan jahat kau ustaz. Tebal mana serban kau dikepala, cantik mana ayat kau susun rapi utk orang percaya kata2 munafik/penipuan kau, panjang mana purdah mak kau sekalipun.. aku yakin Allah tu akan beri balasan seadil-adilnya walaupun kau kata masih ramai yg akan sanjung kau. Aku serahkan semuanya pada Allah. . Ada yang tanya masih contact ke tak block ke, saya cuma boleh minta doa kalian utk doakan urusan saya dipermudahkan kerana ada urusan yang masih tidak selesai. #narcissistic #toxicrelationship #foryourpage #berandatiktok #fyp ♬ original sound - Ainie


".. ibunya pula sokong 100 peratus kalau anaknya naik tangan pada aku. Dan skandalnya hanya ketawa bila dapat tahu aku dimaki, dipukul, gaduh teruk sebab dia rasa dialah pemenang.


"Macam kelakar sebab aku yang ada dan support semasa kau jatuh dan bangun. Aku yang bantu financial, perniagaan dan keinginan kau. Tak sangka ini pengakhiran jalan cerita kita. 


"Kau dan mak kau taburlah fitnah sepuas-puasnya tentang aku. Allah Maha Adil," katanya. 


Sumber: TikTok



Sumber : CiteMalaya

'Terkantoi baru-baru ini' - Farid Kamil dakwa rumah tangganya retak disebabkan orang ketiga



Pelakon Farid Kamil dilihat kecewa selepas keluar dari Makhamah Rendah Syariah Petaling dan dalam masa sama menjelaskan dia sudah berusaha untuk memujuk isterinya, Diana Danielle. 


"Alhamdulillah. Saya bersyukur hari ini kerana Allah telah memberi petunjuk dan hidayah di mahkamah. So, saya dah cuba sedaya upaya saya memujuk Diana, atas kesalahan yang tak munasabah.


"Hari ini saya dapati, seperti yang saya maklum bahawa ada pihak ketiga yang menyokong beliau daripada belakang. Siapa pihak ketiga? Itu wartawan boleh bertanya kepada Diana. 



"Sebab saya kalau seboleh-bolehnya saya nak tegakkan undang-undang Islam, saya nak tegakkan hak sebagai seorang suami yang rumah tangganya diganggu orang ketiga.


"Yang mana saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu dan apabila kita menuntut jawapan daripada dia tentang perkara tersebut, perpisahan yang diminta. 


"Saya sayangkan keluarga saya, anak-anak saya, saya tidak pernah lagi diuji sebegini rupa. 


"Saya baru confirm baru-baru ini dan saya aware daripada tahun lepas lagi. Ia bukan masalah berlarutan, cuma terkantoi baru-baru ini. 


"Saya harus menyelamatkan isteri saya daripada diperlakukan seperti itu. Saya sayangkan anak-anak saya, kerana tanpa isteri, saya takkan dapat berjumpa dengan anak-anak saya. Saya dah tak dibenarkan berjumpa dengan anak, dah 23 hari, telefon anak juga tidak dibenarkan," katanya. 



Farid juga memaklumkan, sejambak bunga merah yang dibawanya turut dibuang. Apatah lagi, cincin yang dibeli sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka juga tidak diterima oleh Diana. 


"Saya dah beli cincin, sebagai celebration untuk 11 tahun perkahwinan. Tak adalah mahal sangat," katanya. 


Sumber: Xtra



Sumber : CiteMalaya
Powered by Blogger.