Sunday, 30 April 2023

'Aku tak tahu, aku tengah baring mereka call tanya soalan' - Rakan dedah Dato' Hattan akui tak tahu dihubungi semasa 'live'



Rakan kepada penyanyi Dato' Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok menjelaskan kepada umum bahawa penyanyi itu sebenarnya tidak mengetahui temubual bersama penyampai berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham itu adalah temubual secara langsung. 


Baca: 'Awak tahu ke tak tahu dia punya sejarah ni?' - Cara Dato' Hattan jawab soalan Pembaca Berita Astro Awani undang rasa kurang netizen


"Saya terus menghubungi Dato' Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Dato' tahu ke yang panggilan tadi 'live'? 


"Jawapan yang diberikannya, 'Apa live? Aku tak tahu', katanya. Saya tanya lagi, biar betul Dato' tak tahu? 'Tak tahu, aku tengah baring mereka 'call' tanya soalan, aku jawablah macam biasa'.


"Kalau kita pun dalam situasi begini, mungkin kita pun jawab macam sembang biasa dengan kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Dato Hattan, 'Ohh ye ke'," katanya. 


Menurut Salimey, mustahil Hattan tidak mengetahui protokol semasa ditemubual secara langsung dan adalah tidak adil untuk menyalahkan Hattan sahaja kerana penyanyi itu tidak diminat untuk ditemubual dalam siaran berita Astro Awani. 


Sebaliknya, penerbit berita berkenaan seharusnya bersedia dengan soalan dan jawapan ang diberi kepada panel dan penyampai berita berkenaan. 


Sementara itu, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah meminta perbuatan mengaibkan wartawan sama ada oleh orang luar, arts, ahli politik mahupun menteri perlu dihentikan serta-merta. 


Malah, NUJ menggesa Hattan bertindak lebih profesional dan sekiranya tidak berminat untuk menjawab soalan itu beliau boleh menolaknya dengan cara baik. 


Ini kerana, sekiranya perbuatan seperti itu tidak dibendung dari awal, ia akan menyebabkan berlakunya rantaian kejadian yang mendorong individu lain bertindak kurang ajar dengan petugas media. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Saturday, 29 April 2023

'Tak kesian ke dengan arwah ayah sampai sanggup buat dosa besar?' - Ustaz Ahmad Dusuki bidas kenyataan Alya Iman



Pelakon Nur Alya Iman Azmil beberapa hari lalu mendedahkan dia memilih untuk tidak lagi bertudung kerana enggan terus menipu para pengikutnya di media sosial. 


Malah, anak perempuan kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata, dia lebih selesa tidak memakai tudung dan bersedia menerima segala apa kecaman netizen di media sosial. 


"Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerma atau jika tidak suka pun tak mengapa. 


"...memang lebih selesa tidak bertudung dalam kehidupan seharian. Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang," katanya. 


Kenyataan Alya itu mengundang kejutan pelbagai pihak termasuklah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang kemudian tampil membidas kenyataan tersebut. 


"Tak kesian ke dengan arwah ayah yang soleh sampai sanggup buat dosa besar? Kenapa bila pergi kubur atau mahkamah syariah, kalian boleh menutup aurat? 


"Kenapa saat kalian menjadi mayat, kalian ditutup aurat untuk menghadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru nak sebut tak nak digelar manusia hipokrit? 


"Tak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah yang soleh itu sampai sanggup melakukan dosa besar ini?" katanya menerusi satu hantaran di Instagramnya semalam. 



Sejak kebelakangan ini semakin ramai selebriti wanita beragama Islam yang selama ini memakai tudung memilih untuk tidak lagi menutup auratnya dengan alasan lebih selesa menjadi diri sendiri. 


Tidak cukup dengan itu, ada pula suami yang mempertahankan isteri dengan memberikan alasan enggan memaksa dan meminta hal itu tidak diperbesarkan. 



Sumber : CiteMalaya

'Akak tu cakap nasi dia dah habis, customer tu plak datang marah-marah' - Viral video peniaga nasi lemak dihamun pelanggan



Baru-baru ini tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita berbangsa India menjual nasi lemak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai bangsa. 


Seminggu kemudian, tular pula video menunjukkan seorang pelanggan bernama Kasthuri bertekak dengan peniaga berkenaan, Sangeetha, hanya kerana tidak sempat membeli nasi lemaknya yang telah habis dijual susulan menerima banyak sambutan pelanggan sejak videonya tular di media sosial. 


Menurut seorang pengguna Twitter, JagSingh berkata, Sangeetha pada hari kejadian menjual 50 bungkus nasi lemak dan semuanya telah habis dijual. 



Disebabkan masih saki baki lauk yang banyak, Sangeetha memaklumkan kepada pelanggan bahawa nasi lemak sudah habis dan dia hanya dapat menjual lauk sahaja sekiranya pelanggan masih mahu beratur mendapatkannya.


Terjemahan dari @HousofHilton:


"Akak tu cakap nasi dia dah habis, tinggal lauk je. So dia memang dah inform semua customer siap-siap dan beritahu kalau nak, boleh beli lauk yang tinggal. 


"Time tu customer (Kasthuri) yang marah-marah itu datang, masuk barisan dan ada seorang lagu customer di hadapannya. Customer itu meinta ayam, dan akak itu pun attend la. 


"Kasthuri salah anggap yang kakak nasi lemak itu masih jual, so dia mulalah maki akak nasi lemak itu. Siap mention satu nama yang dia kenal. 


@ark.478 A different view of what happened. Small businesses need our support ❤️#akkanasilemakserikembangan #akkanasilemak #letsnotfight ♬ original sound - ArK


"Akak (Sangeetha) tu pula pergi call orang tu, cakaplah customer ini tengah marah-marah. Kasthuri dah pergi, tiba-tiba datang balik ke gerai tu sebab tak puas hati kenapa call orang tu. Gaduh lagi. 


"Anak lelaki kepada akak nasi lemak itu tak tahan sebab customer itu maki-maki," katanya. 


Sementara itu netizen turut mempertikaikan tindakan Kasthuri yang dikatakan memperbesarkan hal yang remeh. 


"Macam ini la kalau dah viral, memang cepat habis. Beli esok je la kak dan datanglah awal sikit. Kedai nasi lemak lain banyak lagi, boleh cuba yang lain. Benda makanan tak elok nak marah-marah. Nanti akak juga yang kena viral, malu akak," Abah Real. 


@shree7980

She say she nvr talk rude she the call to my cousin talk rude then my cousin call back asking me so i ho again asking but she say she talk so himble and polite romba poiii manipulate the story

♬ original sound - Kasthuri Palamasivam


Semakan di TikTok Kasthuri mendapati, wanita itu dilihat menyangkal dakwaan tersebut. Malah dia mendakwa Sangeetha terlebih dahulu menuduh dia berkelakuan biadab. 


Usaha untuk menghubungi Kasthuri masih gagal berikutan TikToknya hanya dapat dihubungi oleh kenalannya sahaja. 



Sumber : CiteMalaya

KKM nafi bayi berusia 19 bulan maut akibat strok haba, ibu mangsa minta orang ramai berhenti buat spekulasi



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan berita yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 19 bulan meninggal dunia akibat strok haba. 


Sebaliknya, siasatan awal yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati, mangsa meninggal dunia disebabkan severe dehydration with underlying sepsis.


(Severe dehydration with underlying sepsis bermaksud kekurangan cecair yang teruk yang disebabkan oleh sepsis, iaitu infeksi yang menyebabkan keradangan di seluruh tubuh. Ini boleh menjadi keadaan yang serius dan memerlukan rawatan segera.)


Sementara itu, ibu kepada Nur Imani Ahmad Faris Fazli, Yawaree Samoh, 25, meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai kematian anaknya itu. 


"Saya tidak sangka dan rasa macam tidak percaya akan kehilangan Imani tetapi saya perlu reda dengan takdir Allah.


"Cuma saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga," katanya. 


Sumber: Bernama



Sumber : CiteMalaya

Cuaca panas belum capai tahap bahaya, tiada keperluan untuk laksanakan aktiviti pembenihan awan - MetMalaysia



Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak bercadang melakukan pembenihan awan dalam masa terdekat walaupun banyak kawasan di Malaysia terutamanya di utara semenanjung merekodkan peningkatan cuaca panas. 


Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Met Malaysia, Ambun Dindang berkata, setakat ini tiada keperluan untuk melakukan aktiviti pembenihan awan kerana keadaan cuaca panas dan jerebu masih belum mencapai paras bahaya. 


Sedangkan aktiviti itu lazimnya bertujuan meningkatkan paras air empangan dan juga mengurangkan kesanjerebu. 


"Jerebu berpotensi berlaku jika banyak kawasan merekodkan titik panas. Sehingga kini, kawasan merekodkan titik panas di negara kita dan negara jiran hanya sedikit dan ia tidak menyumbang kepada jerebu. 


"Kita menjangkakan hujan akan berlaku dalam beberapa hari mendatang. Ini membantu memulihkan kualiti udara dan seterusnya dapat mengurangkan suhu tinggi terutama di utara semenanjung yang banyak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga," katanya. 


Jelas Ambun lagi, Malaysia kini sedang mengalami Fasa Peralihan Monsun dan di awal peralihan ini cuaca agak panas terutamanya di utara semenanjung Malaysia. 


Walau bagaimanapun, negara dijangka akan menerima banyak taburan hujan sehingga awal Mei nanti. 


Sumber: Berita Harian



Sumber : CiteMalaya

Friday, 28 April 2023

'Awak tahu ke tak tahu dia punya sejarah ni?' - Cara Dato' Hattan jawab soalan Pembaca Berita Astro Awani undang rasa kurang netizen



Sedang hangat dibicarakan di media sosial ketika ini mengenai Dato' Hattan atau nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin, 58, yang didakwa tidak profesional semasa menjawab soalan pembaca berita Astro Awani dalam siaran langsung. 


Difahamkan, pihak Astro Awani menghubungi Dato' Hattan untuk berkongsi cerita mengenai Allahyarham Mael atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim yang baru semalam meninggal dunia. 


Pembaca Berita (PB): "Apa yang dapat Dato' kongsikan mengenai perkara ini? Kerana kita tahu lirik-lirik lagu XPDC ini sangat, orang kata 'makan dalam'."


Dato' Hattan: "Lagu-lagu XPDC ni banyak ditulis oleh.. awak tahu ke tak tahu dia punya sejarah ni??"


PB: "Datuk boleh ceritakan?" 


Dato' Hattan: "You buat kajian ke tak buat kajian?" 


PB: "Silakan Dato'." 


Dato' Hattan: "Dia... bukan Mael yang tulis lirik. Mael yang banyak membantu, yang banyak buat diri untuk XPDC. Allahyarham juga.. siapa dia nak bagi tahu? Apalah you ni.. tak buat homework ke (bila) you nak tanya pasal Mael?" 


Tidak beberapa lama kemudian, panggilan ditamatkan.


@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis....awak tau tak tau dia punya sejarah ni... WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan... DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh...silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu... WAA : Saari Amri... DH : Apa la u ni... WAA : Saari Amri Dato...(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa...apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael.... WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypã‚· #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypã‚·゚viral ♬ original sound - Salimey Abu Bakar


Siaran berita itu sempat dirakam dan dimuat naik semula ke media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang kecewa dengan cara Dato' Hattan menjawab pertanyaan pembaca berita berkenaan. 


"Sepatutnya Hattan perlu bersikap profesional. Kalau pembaca berita itu silap, dia kena betulkan. Bukannya memalukan pembaca berita itu," kata Hafifi. 


"Kalau pembaca berita itu tahu semua, baik dia cakap seorang saja dari awal sampai habis," kata Nasir. 


"Pembaca berita bukan expert dalam bidang muzik. Mereka buat research tentang berita saja. Sebab itu stesen TV call wakil artis untuk explain," kata SHS. 


Sumber: Astro Awani, TikTok Salimey1



Sumber : CiteMalaya

'Bila dah ada problem, CEO Tenview jual nama saya & orang pun percaya' - Boy Iman ceritakan hal sebenar isu penipuan Horray X Fest



Baru-baru ini pelakon Boy Iman bersama tiga lagi rakannya yang lain ditahan polis kerana terbabit dalam kes penipuan penganjuran festival Horray X Fest Rayay di World Trade Centre, Kuala Lumpur. 


Dalam kenyataan awalnya, Boy Iman menafikan segala dakwaan tersebut dan menegaskan dia dianiaya serta meminta orang ramai mendoakannya. 


Hari ini, melalui Instagramnya, Boy Iman tampil memberi penjelasan penuh mengenai dakwaan tersebut. 


DAH JADI KES POLIS, BOY IMAN DEDAH SEGALA-GALANYA


"Tujuan saya buat video ini adalah untuk menerangkan perkara sebenar dan menyangkal dakwaan-dakwaan yang banyak menceritakan yang bukan-bukanlah tentang saya kononnya saya ini scammer la, saya ni mastermind la, saya tak berubah la, saya menipu duit vendor la dan sebagainya. 


"Saya harap dengan penjelasan dan kronologi ini, semua boleh faham mengenai apa yang telah berlaku. Sebelum ini saya tak boleh cerita sebab saya ini hanyalah pekerja. Jadi, saya perlu menghormati polisi syarikat dan dalam masa sama ada dua orang lebih tinggi daripada saya dalam carta organisasi iaitu CEO dan DM syarikat. Bila sudah menjadi kes mahkamah dan kes polis, bolehlah saya bercerita. 


"Saya bukanlah penganjur Horray X Fest, saya bukan dalam Board of Director (BoD) dan tuan syarikat. Sebaliknya saya hanyalah pekerja sahaja. Jadi bila cakap macam tu, akaun syarikat saya tak boleh sentuh, saya tak terlibat dalam urusan akaun syarikat. 


"Sebab semua orang, semua vendor buat transaksi ke akaun syarikat. Jadi yang ada akses kepada syarikat ada tiga orang iaitu dua Board of Director dan CEO Datuk Alif Hakim. Tapi tak guna panggil dia datuk, sebab itu semua tipu. 


POLIS BERITAHU CEO TAK ADA GELARAN DATUK


"Saya pergi berjumpa dengan pegawai penyiasat IPD Dang Wangi dan dia kata CEO itu tak ada gelaran Datuk dan gelaran yang digunakannya adalah tipu, dia bukan anak orang kaya. Apa yang dia ceritakan kepada saya dan kakitangan yang lain semuanya adalah tipu. 


"Maknanya dia bukan anak orang kaya, dia bukan duduk di penthouse, kondominium mewah, bapa dia bukanlah presiden persatuan mamak, semua benda-benda itu adalah tipu. Dan juga dia ada dua tiga rekod kes lah. 


"Perkara ini telah diperakui oleh bapa dia. Bapa dia pun telah menceritakan perkara sebenar yang anak dia memang anak rekod dua tiga kes dan yang paling besar adalah kes ini. 


IDEA PENGANJURAN HORRAY X FEST DARI CEO TENVIEW


"Jadi, asalnya idea penganjuran Horray X Fest ini adalah daripada dia. Konsep perniagaan, jenama Horray X Fest semuanya datang daripada dia. Saya telah dijemput oleh Encik Elmi (kenalan lama) sebagai funder untuk membantu dia. 


"Sebab Encik Elmi ini dah melabur duit, takut duit itu hangus dan ajak saya untuk membantu CEO ini kerana umur dia kan 23 tahun. Jadi dengan adanya orang macam saya 43 tahun yang ada ilmu tentang event, perniagaan, termasuklah pengalaman dalam bisnes, untuk membantu dan support dia. Dia tawarkan kerja kepada saya, jawatan dan gaji. Jadi saya pun terima dan bantu. 


"Mula-mula kita nak buat dekat KLCC Convention Centre, selepas itu ditukar ke PWTC. Jadi bila dah tukar, tugas saya sebagai Sales Marketing Director adalah untuk menjadikan event ini menarik. Maknanya siapa yang dijemput untuk datang, artis mana, macam mana susun atur floor plan, macam mana nak buat marketing dan sebagainya. 


BOY IMAN BUAT SALES MARKETING, BOD YANG CONTROL ACCOUNT COMPANY


"Tetapi duit syarikat bukanlah di bawah saya. Duit syarikat hanya ada seorang sahaja yang boleh bagi arahan iaitu CEO kepada kewangan (Dua BoD Tenview). 


"Itulah sebenarnya yang terjadi dan saya sangkal segala dakwaan, saya membantah sekeras-kerasnya cerita bahawa sayalah mastermind behind the scene untuk Horray X Fest ini. Bukan! 


"Saya memang buat kerja, saya memang lead sales and marketing tetapi GM lead management, CEO lead bahagian akaun. Saya telah menasihatkan beliau, kalau kita tak boleh buat, kita tunda kepada tarikh baru. Tetapi beliau degil, nak juga buat dan beliau buatlah benda itu. 


"Sampailah dah dekat tarikh, barulah dia nak bagi notis yang dia cancel event ini. Kalau korang kenal Aliff Akim ini, korang akan tahu macam mana confident level dia, dia punya kepoyoan, so kita yang bekerja ini kena ikut CEO. Kalau kita dah advice, dah cakap, tapi degil tak nak dengar, nak buat macam mana? 


BILA DAH KANTOI, CEO JUAL NAMA BOY IMAN UNTUK LEPASKAN DIRI


"Bila dia dah ada problem, dah kena henyak dengan vendor, NGO, polis, dia boleh tuduh saya behind the scene, mastermind dan dia pergi cerita dekat vendor, dia pergi cerita dekat polis dan itulah yang berlaku pada saya. Yang mana saya ini selebriti dan pernah ada rekod buruk dulu, lalu orang pun percayalah. 


"Orang cakap, 'Haaa, Boy Iman buat perangai balik'," katanya. 



Boy Iman berharap dengan video penjelasannya yang panjang lebar itu dapat membersihkan namanya yang sudah tercemar disebabkan CEO syarikat Tenview. 


Dalam pada itu, Boy Iman juga meminta orang ramai bersabar dan menunggu video 'part two' di mana dia akan menunjukkan dokumen bukti untuk menyokong kenyataannya. 


Sumber: Instagram Boy Iman



Sumber : CiteMalaya

'Guna hashtag #tangga, ingat kelakar sangatlah?' - Netizen kecam View Hau tunggang isu curangnya dengan Mira untuk kepentingan diri



Lumrah hidup sebagai influencer, apa sahaja yang dilihatnya boleh menarik perhatian netizen, pasti akan digunakan demi kepentingan diri. 


Baru-baru ini, influencer View Chin yang terbabit dalam skandal dengan staffnya sendiri memuat naik gambar di Instagram memaparkan dirinya memakai Baju Melayu di hari raya pertama. 


Apa yang menjadi persoalannya ialah, lelaki itu dilihat sengaja bergambar di tangga, malah dengan beraninya meletakkan tanda pagar (hashtag) tangga dalam kapsyen. 


Untuk pengetahuan, bekas isterinya, Shermine, sebelum ini pernah mendedahkan perbualan mesej di antara View Chin dengan Mira yang selalu 'melepak' di tangga.



Tindakan View Chin itu mengundang rasa meluat netizen yang menganggap dia cuba mengambil kesempatan untuk menunggang di atas isu skandalnya sendiri. 


"Dah rasa baguslah tu (guna) hashtag tangga? Bebal," kata Sue. 


"Lah, menganjing diri sendiri ke hashtag tu? Nampak takde otak," kata Nurdalili. 


"Dia ingat buat hashtag macam tu kelakar sangatlah? Loser, try again br," kata tee.mohd. 


"Dah buat salah, menganjing orang pulak time-time raya ni. Biadab betul! Loser!" komen Aini Ishak. 


Sumber: Instagram View Hau



Sumber : CiteMalaya

'Dia rosakkan rumah tangga orang, dia pula macam tersakiti?' - Mira guna hashtag 'sabar' dalam kapsyen gambar terbaru, dikecam netizen



Biar pun dikecam teruk di media sosial, perkara itu tidak menghalang Mira atau nama sebenar Amirah Aqilah untuk kembali aktif di media sosial. 


Sebelum ini, jurucakap Mira, View Chin, memaklumkan Mira sedang bersembunyi sementara menunggu keadaan reda selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan menyondol suami orang (View Chin) sehingga meruntuhkan rumah tangga pasangan itu. 


Semalam, Mira memuat naik gambar terbarunya di pejabat yang memperagakan pakaian merah dan biru dengan kapsyen "Strong and Smile" serta tanda pagar 'ready' seakan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sudah sedia untuk kembali bertugas sebagai host. 



Walaupun ada yang mengecam dan memerlinya di ruangan komen, Mira dilihat enggan peduli namun sempat menekan butang 'like' pada komen yang memberi sokongan kepadanya. 


Dalam posting terbaru, Mira berkongsi video bomerang yang menunjukkan dirinya dalam kereta Mercedes Benz dialuni dengan lagu Hadapi Dengan Senyuman. 


"Assalamualaikum semua, lets go start your work with a smile," tulisnya pada kapsyen dan tanda pagar, #sabar. 



Tindakan Mira menggunakan hashtag tersebut mengundang rasa tidak puas hati netizen yang beranggapan Mira cuba meraih simpati orang ramai. 


"Memang penyondol-penyondol zaman sekarang tak tahu malu eh? Dia yang merosakkan rumah tangga orang, dia pula yang jadi mangsa keadaan?" komen Aivy Nuneza. 


"Sendiri yang salah, nak acah-acah jadi mangsa bagai. Memang tak ada rasa malu langsung," kata Fatin Nabila. 


"Dia yang runtuhkan tokong, dia pula macam tersakiti ek. Oh memang jenis tak tahu malu orangnya," kata Elly AJ.




Sebelum ini, Mira pernah menafikan bahawa dia bukan punca View Chin dan Shermine bercerai. Jelasnya, hubungannya dengan View Chin bermula selepas pasangan itu bercerai pada Disember tahun lalu. 


Sumber: Facebook Amirah Aqilah




Sumber : CiteMalaya

Thursday, 27 April 2023

'Air dalam badan mengering, paru-paru mengecut' - Lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat strok haba



Semalam negara dikejutkan dengan pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun akibat strok haba dan dehidrasi. 


Pada hari yang sama, Berita Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, meninggal dunia pada Selasa lalu, dipercayai akibat mengalami strok haba. 


Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya, Nur Imani, seminggu sebelum kejadian mengalami batuk dan muntah-muntah. 


Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah. 


Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, dia disahkan meninggal dunia. 


Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut. 


Sejak beberapa hari lalu, Malaysia mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan. 


Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.


Sumber: Berita Harian



Sumber : CiteMalaya

'Saya kena jujur, tidak ada' - Adi Putra akui tak diberi bonus walaupun filem Mat Kilau raih keuntungan lebih RM90 juta



Meskipun filem epik Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan 'box office' lebih RM90 juta, pelakon utamanya, Adi Putra mengakui dia tidak menerima sebarang bonus daripada pihak berkenaan. 


"Saya kena jujur, tidak ada. Tapi saya tetap bersyukur," katanya ketika ditanya wartawan Harian Metro yang disiarkan pada Khamis, 27 April 2023. 


Berbeza dengan penghargaan yang diberi oleh penerbit filem lain, Adi Putra berkata dia dan barisan pelakon lain dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, mereka menerima bonus penghargaan daripada penerbit, susulan kejayaan filem itu di pawagam. 


"Terima kasih penerbit filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kerana memberi kami bonus penghargaan. 


"Berapa jumlah bonus, itu rahsia. Apa boleh dikata, syukur Alhamdulillah," katanya. 


Bagi Adi Putra, bukan barisan pelakon sahaja yang mendapat bonus, kru filem yang menjayakan naskah itu juga mendapat bonus sebagai tanda penghargaan. 


"Apa yang penting, penerbit menghargai barisan pelakon dan tenaga kerja. Pasukan filem ini saling hormat menghormati dan menghargai katanya. 


Unuk rekod, filem Air Force The Movie yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment dan SixFun Media berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM30 juta. 


Sebelum in, pelakon Johan As'ari yang terbabit dalam filem Mat Kilau juga mengakui dia tidak mendapat sebarang bonus daripada penerbit filem tersebut. 


"Saya memang tak dapat bonus pun daripada penerbit. Tapi saya tidak tahu pula dengan pelakon lain. Penerbit tak janji pun nak bagi bonus dan itu hak dia dan saya tak boleh marah. Saya juga tidak terkkilan tak dapat bonus itu," katanya. 


Terdahulu, penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali berkata, prekuel filem Mat Kilau yang seterusnya akan berjaya mencatat 'box office' buat kali kedua meskipun tanpa sentuhan pengarah Syamsul Yusof dan barisan pelakon lama. 


Ini kerana dia yakin pengarah dan pelakon gantian akan memberikan hasil kerjasama yang baik sekali gus mendapat sambutan hangat daripada penonton buat kali kedua berdasarkan track filem pertama. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Wednesday, 26 April 2023

'Inilah diri saya sebenar, bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian' - Alya Iman



Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti memilih untuk tidak lagi bertudung dan salah seorangnya, pelakon Alya Iman, 22, di mana tindakannya itu mengejutkan orang ramai terutamanya peminatnya. 


Alya pada 1 Syawal lalu berkongsi gambar penampilan baharunya tidak bertudung di media sosial dan difahamkan sudah bersedia menerima kritikan netizen. 


Bagaimanapun, pelakon muda itu mempunyai alasannya tersendiri mengapa dia berbuat demikian. 


Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata, dia lebih selesa menampil dirinya yang sebenar berbanding terus berpura-pura menjadi seseorang yang bukan dirinya. 


"Saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar. Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah menjadi hipokrit dan membohongi semua orang. 


"Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa," katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online, Rabu. 


Anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata, keputusan untuk tidak bertudung itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dirinya yang sebenar. 


"Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar, bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian. 


"Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang.


"Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu. Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarga dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja," katanya. 


Sumber: Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

4 mat rempit ditahan kerana merusuh & pukul anggota polis yang sedang bertugas Op Selamat



Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.


Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kulai semalam.


Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari kejadian pada pukul 3.04 petang.


"Anggota polis berkenaan membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika menjalankan tugas Op Selamat.


"Hasil siasatan awal keempat-empat individu itu mengaku terlibat dalam kejadian merusuh tersebut dan perlumbaan haram," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.


Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula semalam (25 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan. - Bernama



Sumber : CiteMalaya

PMX anjur majlis rumah terbuka di 6 negeri, cabar maruah kerajaan negeri - Takiyuddin



Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis rumah terbuka Malaysia Madani di enam negeri mengundang rasa kurang senang Perikatan Nasional (PN). 


Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu melampau dan seperti mencabar maruah kerajaan negeri. Malah, ia dikatakan tidak menyumbang kepada hubungan baik di antara kerajaan negeri dan pusat, apatah lagi bermanfaat. 


"Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak. 


"Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan," katanya. 


Bagi Takiyuddin, penganjuran masjlis rumah terbuka itu jauh tersasar dan tercemar daripada matlamat sebenar perayaan kerana ia menyasarkan negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. 


Jelas Takiyuddin, adalah lebih manis sekiranya Putrajaya menganjurkan rumah terbuka di peringkat kebangsaan sahaja. Sekali gus menunjukkan tanda hormat terhadap bidang kuasa negeri. 


Dalam pada itu, Takiyuddin bimbang Putrajaya menyalahgunakan jentera serta agensi kerajaan, selain bermotifkan politik. 


Justeru, bekas menteri itu menuntut kerajaan pusat memberi jaminan untuk memastikan semua janji dan slogan kerajaan yang dilaungkan selama ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir sahaja.


Sumber: MalaysiaKini



Sumber : CiteMalaya

'Saya suka lelaki kelakar, penyayang & minat perniagaan' - Nadia Brian tak tolak kemungkinan lelaki takut mendekatinya kerana anggap dirinya jenis 'high maintenance'



Tiga tahun hidup bersendirian, pelakon Nadia Brian tidak menolak kemungkinan bahawa kaum lelaki enggan mendekatinya kerana dia bekerjaya dan 'high maintenance'.


Selain itu, Nadia, 31, juga selalu sibuk dengan komitmennya sebagai pelakon dan perniagaan sedikit sebanyak mempengaruhi hubungannya dengan mana-mana-mana lelaki ketika ini. 


Tetapi bagi Nadia atau nama sebenar, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, perkara-perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai punca untuk lelaki tidak berani meluahkan perasaan terhadapnya. Sebaliknya mereka harus memandang positif bahawa Nadia mampu berdikari dan menjana pendapatannya sendiri. 


"Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau 'high maintenance'. Di mata mereka saya boleh buat segala perkara tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti. 


"Mungkin itu persepsi mereka. Janganlah takut atau bagi alasan, sebaliknya berasa beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online. 


Jelas Nadia, dia berkeinginan untuk mendapatkan pasangan yang mempunyai minat yang sama dengannya dan sudah tentu lelaki itu seorang penyayang dan kelakar orangnya. 


"Semestinya saya mahukan seseorang yang memahami saya sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan. Dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk, lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya. 


"Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyayang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar, boleh buat saya gelak dan tidak stres," katanya. 


Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan. Namun rumah tangga itu tidak bertahan dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas setahun kemudian. 


Sumber: Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

Bisnes rugi jutaan ringgit, View Chin kembali ke #tangga office



Sebelum ini media sosial heboh dengan pendedahan influencer TikTok menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri sehingga menjahanamkan rumah tangganya. 


Dalam satu temubual eksklusif bersama media, View Chin mengakui pendedahan bekas isterinya, Shermine, telah menyebabkan perniagaannya mengalami kemerosotan tinggi membabitkan jutaan ringgit. 


Ini kerana pihaknya terpaksa menghentikan operasi perniagaan dan ada pihak memutuskan untuk berhenti bekerjasama dengannya. 


Semalam, View Chin memuat naik klip video pendek di Instastory yang menunjukkan dia kembali ke pejabat dengan kapsyen "Rasa lama tak balik office", berserta tanda pagar #Tangga. 


22 April lalu, View Chin juga memuat naik gambar dirinya berada di tangga. "Hari raya pertama, korang makan apa? #tangga #warna," seolah-olah sudah sebati dengan sindiran netizen sebelum ini. 


Semalam, Amirah Aqilah juga memuat naik video lama yang memaparkan dirinya sedang menjadi host semasa bertugas dengan muzik latar berkaitan dengan 'kenangan'. 


Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira, dipercayai rindu pada saat-saat dia mengenali siaran langsung. 


Sumber: IG View Chin, Mira



Sumber : CiteMalaya

Suami degil nak keluar walaupun tak sihat, punca isteri halang depan kereta - Polis



Beberapa hari lalu tular di media sosial video seorang wanita berpaut di hadapan sebuah kenderaan yang bergerak di persimpangan lampu isyarat mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Persoalan netizen kini terjawab apabila polis memaklumkan wanita itu sebenarnya cuba menghalang suaminya keluar berikutan lelaki itu tidak sihat.


Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, Jalan Pantai Port Dickson yang membabitkan pasangan suami isteri warga Indonesia. 


Siasatan mendapati, wanita berusia 32 tahun itu bertindak menghalang suaminya berusia 58 tahun daripada keluar rumah biarpun telah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. 


"Suami isteri ini adalah warga Indonesia tampil ke balai polis Port Dickson (semalam) untuk memberi penjelasan sebenar kejadian berlaku selepas mengetahui ia tular di media sosial. 


"Pasangan itu memberitahu sebelum kejadian mereka sudah bertengkar di rumah kerana si suami hendak pergi ke rumah anak mereka di Teluk Kemang. 


"Namun, wanita itu menghalang suaminya keluar memandu kerana bimbangkan keadaan kesihatan suaminya yang selalu terjejas. 



"Sebelum ini, lelaki itu baru saja mendapat rawatan di Hospital Port Dickson akibat pelbagai penyakit. Lelaki itu tetap tidak menghiraukan isterinya dan terus keluar dari rumah dengan memandu kereta jenis Proton Wira miliknya. 


"Tanpa disangka, isterinya kemudian membonceng motosikal ditunggang jirannya dan akhirnya dapat mengesan suaminya di persimpangan lampu isyarat berkenaan dan menghalang kereta suaminya untuk meneruskan perjalanan," katanya. 


Pasangan suami isteri berkenaan memohon maaf di atas perbuatan mereka dan mengaku ia boleh mengundang kemudaratan pada diri dan orang awam lain. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

Tuesday, 25 April 2023

Seorang remaja (OKU) maut disambar petir ketika bermain bola di padang, rakannya pula kritikal



Seorang remaja lelaki (OKU) dilaporkan maut, manakala rakannya pula kritikal akibat dipanah petir semasa ermain bola sepak di padang, Pekan Papar, Sabah, hari ini. 


Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 3.55 petang itu telah meragut nyawa Muhammad Zulqilfie Redzwan, 13, dan petugas perubatan yang datang ke lokasi kejadian turut mengesahkan perkara itu. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4 petang. 


Sepasukan bomba dengan jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dikerahkan ke lokasi kejadian. 


Tiba di lokasi, mereka menemui dua remaja lelaki berusia 13 tahun disambar petir sewaktu bermain sukan bola sepak. 


"Seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa pula diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bomba menamatkan operasi pada jam 4.40 petang. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

'Kalau tak suka, itu masalah kamu' - Zizie Izette kongsi penampilan barunya, enggan ambil pusing apa kata orang



Penampilan baharu pelakon Zizie Izette Abd Samad mengundang perhatian ramai yang rata-rata memuji kecantikannya. Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin itu mula menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas 'Billboard' ucapan rayanya bersama suami dan madunya tular. 

Ramai yang memuji keputusan Bung Moktar menggunakan gambar itu sebagai tanda sebenar lelaki sejati kerana berani menampilkan dua isterinya untuk tatapan umum. 




"Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah kamu dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal ini. Kalau tak suka, itu masalah kamu. 


"Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing aa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan," katanya menerusi hantaran di Instagramnya tujuh jam lalu. 



Penampilan baharunya itu menerima banyak tanda suka daripada rakan artis dan juga pengikutnya. Di kesempatan itu, ramai yang mengucapkan selamat hari raya kepada Zizie. 


Bagaimanapun ruangan komen pada gambar itu telah ditutup kepada umum atas sebab-sebab yang tidak diketahui. 


Sumber: Instagram Zizie Izette



Sumber : CiteMalaya
Powered by Blogger.