Wednesday, 1 March 2017

Hans Isaac Kecam Individu Tuduh Tunangnya Tidak Jujur

MENJELANG hari-hari bahagia mereka, nampaknya pelakon Hans Isaac dan pasangannya, Aileen Gabriella Robinson, masih perlu berdepan dengan kata-kata negatif masyarakat.
Lebih mencabar, kata-kata negatif itu bukan sahaja daripada netizen, tetapi juga daripada seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan teman lelaki Gabriella.
Dalam satu status yang dimuat naik sebaik pengumuman perkahwinan dibuat Hans dan tunangannya itu, lelaki tersebut mendakwa dia masih berhubungan dengan Gabriella sehinggalah dua hari lepas.
Lelaki itu turut mendakwa, dia sudah kerap meminta untuk memutuskan hubungan, namun Gabriella tetap mahu meneruskan hubungan mereka.
Dalam jawapannya kepada status tersebut, Hans menganggap apa yang ditulis lelaki berkenaan tidak lebih sekadar luahan kekecewaan dan mahu mencari perhatian, setelah hubungan dengan Gabriella yang mesra disapa Gabby itu tidak berakhir seperti yang diharapkan.
Hans bagaimanapun menyifatkan tindakan lelaki itu mencemar nama baik tunangannya dan mencalar reputasinya sebagai artis.
Pelakon filem Cuci itu juga sempat menjelaskan hubungan Gabby dan lelaki berkenaan sudah lama berakhir.
Dalam masa yang sama, Hans memberitahu, dia dan Gabby membuat pengumuman tentang perkahwinan mereka kerana mahu berkongsi kegembiraan dengan peminat yang selama ini menyokong kerjayanya selama ini.
“Saya dan Gabby akan berkahwin. Saya harap anda semua berkongsi kebahagiaan dengan kami. Salam sayang untuk semua yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa berfikiran positif,” tulis Hans.
Hans, pada Selasa, mengumumkan bakal mengahwini Gaby yang juga bekas Miss Tourism International, pada 29 Julai ini.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mJcbRx .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Post a Comment

Powered by Blogger.