[VIDEO] Berada Di Jambatan Kaca Pada Ketinggian 35000Ft Untuk Berseronok. Tiba-Tiba Bunyi Kaca RETAK Dan… NGERI !!!

[VIDEO] Berada Di Jambatan Kaca Pada Ketinggian 35000Ft Untuk Berseronok. Tiba-Tiba Bunyi Kaca RETAK Dan… NGERI !!!| Apabila anda melancong ke Gunung Yuntai di China, anda ditawarkan peluang istimewa untuk menikmati permandangan yang menakjubkan.Pelancong boleh berjalan melintasi jambatan kaca yang disambungkan di sisi gunung tersebut pada ketinggian 3 500 kaki.

Pada video ini, anda boleh melihat bagaimana keadaannya di sana. Anda juga boleh melihat mengapa jambatan ini ditutup setelah salah seorang pengunjung tiba-tiba “terdengar bunyi berdebap yang kuat diikuti dengan pekikan” sebelum dia berlari melihat kaca yang pecah.

Negara China sangat gemarkan jambatan kaca, kecuali sekiranya struktur penghubung itu retak. Seorang pengunjung bernama Li Donghai melaporkan di Weibo bahawa dia terdengar bunyi berdebap yang kuat yang diikuti dengan pekikan.Pada masa itu dia terlihat kaca yang retak lalu dia terus berlari.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa ada seseorang yang menjatuhkan cawan besi. Jambatan kaca yang mempunyai lebih setengah batu ini mula dibuka kepada pengunjung pada 20 September tahun lalu. Kini jambatan ini ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Sumber: Era Baru

The post [VIDEO] Berada Di Jambatan Kaca Pada Ketinggian 35000Ft Untuk Berseronok. Tiba-Tiba Bunyi Kaca RETAK Dan… NGERI !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.