Anwar takkan tunduk kepada sebarang gesaan untuk benarkan pengeluaran KWSP



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak isu pengeluaran simpanan pekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam pilihan raya negeri akan datang. 


Ini kerana, pihak berkenaan mahu menunggang isu tersebut untuk meraih undi rakyat sedangkan perbuatan itu sebenarnya hanya menyebabkan pencarumnya terkesan di kemudian hari. 


Enggan masa depan pencarum terjejas, Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP walaupun keputusan itu tidak popular. 


Namun, demi memastikan masa depan pencarum terjamin seperti akur janji dan akad dibuat oleh mereka sebelum ini, beliau perlu bertegas. 


"Saya percaya isu ini akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 


"Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia," katanya. 


Beliau juga tidak akan tunduk kepada sebarang gesaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP. Apatah lagi, keadaan sudah berubah, rakyat juga dibenarkan keluar bekerja berbanding sewaktu pandemik Covid-19. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.