'Kami ada bukti bahawa Hattan diberi taklimat sebelum temu bual secara live' - Astro Awani



Masih lagi isu mengenai Dato' Hattan menempelak penyampai berita Astro Awani. Timbul cakap-cakap di media sosial yang mendakwa pihak penerbit tidak memaklumkan sesi perbualan penyanyi berkenaan akan disiarkan secara live. 


Penerbit eksekutif program berita itu, Ibrahim Sani, bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan pihaknya ada memberi penerangan ringkas kepada Hattan sebelum disiarkan secara langsung. 


Menurut Ibrahim, adalah tidak benar dakwaan mengatakan pihaknya tidak memberi penerangan kepada penyanyi berkenaan bahawa dia akan ditemubual secara langsung. Malah mereka juga mempunyai bukti yang Hattan telah diberikan penerangan awal mengenainya.


"...atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung," katanya menerusi ciapan di Twitter seperti yang dilaporkan oleh Kosmo! Online, Isnin, 1 Mei. 



Satu lagi sumber mengatakan, pihaknya telah menghubungi Hattan pada jam 9.22 pagi dan memaklumkan mengenai temubual tersebut sebelum Hattan meminta mereka menghubungi semula pada jam 10 pagi. 


"9.22am. thats the time we called you and briefed (what to ask and discuss) and you said "ha okay call lah 10am nanti". 


"We've been doing breaking news for many years. We know the drill. Impossible for us to not letting people know it is live. We need to manage timing kot," kata sumber berkenaan.




Terdahulu, rakan kepada penyanyi itu tampil memaklumkan Hattan tidak mengetahui dia akan ditemubual secara langsung dan mendorong kepadanya untuk bersembang seperti biasa. 


"Apa live? Aku tak tahu. Aku tengah baring mereka call tanya soalan. Aku jawablah mcaam biasa," kata Hattan seperti yang diceritakan semula oleh Salimey.


Isteri kepada Hattan, Datin Arianie juga tampil mendakwa suaminya menerima banyak kecaman di media sosial sehingga memaksanya menetapkan akaun Instagram Hattan kepada mod privasi. 


Tidak cukup dengan itu, masih ada netizen yang mengganggu melalui mesej dengan menghantar kata-kata kesat termasuk mengugut bunuh dan santau isteri dan anak Hattan. 


Sumber: Kosmo! Online



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.