Kapel rempit buat aksi 'wheelie' di Jalan Chendor, ditahan polis



Dua remaja yang juga pasangan kekasih berusia 17 tahun ditahan pihak polis atas kesalahan membuat aksi berbahaya ketika menunggang motorsikal.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mereka ditahan di Hadapan Rumah Kampung Kampung Balok.


Katanya, penahanan dua remaja terbabit dilakukan berdasarkan maklumat video yang tular di media sosial semalam, yang menunjukkan aksi seorang penunggang lelaki bersama pembonceng wanita menunggang sebuah motosikal berwarna putih jenis EX-5.


"Penunggang terbabit melakukan aksi mengangkat tayar hadapan `wheelie' di Jalan Chendor, Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu.


"Aksi itu bukan saja membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain.


"Hasil daripada semakan nombor pendaftaran motosikal dalam sistem M-cops Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuantan berjaya menahan dua remaja terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, dua remaja terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Semalam, tular video berdurasi 54 saat di media sosial aksi `wheelie' membabitkan dua individu yang menunggang dan membonceng motosikal di Jalan Chendor menghala ke Kemaman.


Sumber: Polis Trafik Kuantan, Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.