'Berlagak nak berjalan ke oversea, tetapi duit pinjaman tak nak bayar lagi'


Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih belum memperolehi gaji RM4,000 sebulan dikecualikan dariapda membuat sebarang bayaran, antara manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Selain itu, sekatan perjalanan terhadap peminjam yang telah disenarai-hitamkan juga ditarik balik.

Bagaimanapun, cadangan itu mengundang reaksi negatif netizen. Berdasarkan bancian yang dibuat baru-baru ini melibatkan 4,100 netizen, 30 peratus bersetuju dan 70 peratus lagi membantah cadangan itu dengan alasan hutang perlu dibayar tanpa perlu menunggu gaji mencecah RM4,000.


Netizen menggesa pihak kementerian menghapuskan kadar faedah yang dikenakan terhadap peminjam bagi menggalakkan mereka membuat pembayaran.

Sementara itu, Dr Azizul Azli Ahmad, juga mempunyai pandangannya sendiri mengenai isu ini.

MENGAPA semuanya nak percuma? Jumlah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah RM48.7 bilion sejak tahun 1997 hingga tahun 2017.

Terdapat 2.6 juga peminjam yang belum melunaskan hutang PTPTN mereka. Jumlah yang tak membuat sesen pun hutang PTPTN adalah 663,00! Daripada jumlah ini, hanya 19% peminjam yang disenarai hitamkan. 

Sepatutnya kutip RM18.8 bilion, tetapi PTPTN hanya hanya mengutip RM10.8 bilion sahaja, kurang RM8 bilion. Nak tahu banyak mana RM8,000,000,000?



Separuh dari keseluruhan pekerja di Malaysia masih memperolehi pendapatan RM1,600 sebulan pada tahun 2015. Cadangan kerajaan, bila gaji dah RM4,000 baru bayar hutang PTPTN adalah agak sukar dicapai. Kenaikkan gaji hanya kurang dari 15% sejak tiga dekad. 

Saya mula bekerja pada tahun 1998 dan gaji yang saya terima pada waktu itu RM1,800 dan hari ini graduan saya hanya terima gaji RM1,500 sebulan. 

PENDIDIKAN PENTING

Pendidikan adalah sangat penting bagi sesebuah negara dan menjana kekayaan keluarga kita. Kerajaan mahu kita pandai dengan bantuan pendidikan. Kerajaan tidak mampu sediakan biasiswa untuk semua manusia. 

Dalam buku The Colour of Inerquality, golongan berpendidikan sekolah menengah hanya memiliki purata kejayaan RM187,480 berbanding dengan golongan berpendidikan tinggi memiliki kekayaan RM436,000. Makin pandai, makin kaya maksudnya. 

Purata kekayaan bagi budak sekolah rendah UPSR dan budak PMR hanya 2% sahaja antara mereka, tak jauh beza. Lulusan sekolah rendah susah nak kaya. Jika ada, boleh dikira dengan jari. Purata kekayaan lebih tinggi diraih oleh pemilik diploma dan ijazah dengan purata kekayaan sebanyak 55% dari golongan lepasan sekolah menengah atau tanpa pendidikan. 


Dik, abang nak pesan. Sejak kebelakangan ini semua benda orang nak percuma dik. Tetapi bab hantaran kau nak macam Erra Fazira dulu kala. Abang tak boleh 'brain' bila ada yang up status di Twitter dan Facebook:

"Yeayyy! Dah boleh pergi ke oversea, tak perlu bayar PTPTN lagi" dalam group Backpackers Buddies. 

Berlagak nak berjalan ke oversea, tetapi duit pinjaman tak nak bayar lagi. Austria dan Australia pun tak tahu di mana nak 'berlagak'. 

Belajarlah menjadi warganegara yang baik, bukannya abang tak tahu duit-duit pinjaman PTPTN itu dah banyak masuk ke McD, iPhone, kedai makanan hipster, Outfit of the day (OOTD) Instagram dan belanja awek yang akhirnya menjadi isteri orang. 

"Alah, negara lain boleh saja bagi pendidikan percuma."

Ini ungkapan yang kita biasa dengar, kan? Cukai pendapatan yang mereka kena luar biasa tinggi dik. Lebih dari 26% dik. Kita yang baru nak GST 6% pun dah jatuh sebuah kerajaan apatah lagi nak kenakan cukai tinggi. 

Jangan harapkan semuanya percuma dalam hidup ini dik. Semakin mudah kita dapat, semakin kita tidak hargai. Belajar jadi warganegara yang cintakan negaranya, bukan asyik meminta-minta. 

"Alah, itu tanggungjawab negara, bukan kami kena fikir." 

Kau kena cakap pada ibu bapa kau baik bahawa makan, pakaian, tempat tinggal adalah tanggungjawab ibu bapa kepada kita. Jangan pandai buat anak saja tetapi tak pandai nak balas jasa! 

Kau marah orang pakai beg tangan jenama Birkin (yang dibeli) pakai duit rakyat. Kau tak bayar duit PTPTN guna pakai duit abah kau! Belajar jadi manusia, bukan menjadi babun agar otak lebih bergeliga. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.