Pelakon muda larikan bini orang ditahan polis


Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan pada jam 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di IPD Ampang. Polis turut merampas telefon bimbit untuk membantu siasatan selepas suami kepada wanita terbabit membuat laporan. 

Menurut sumber dari Harian Metro, pelakon itu membawa lari isteri orang yang juga merupakan pengurusnya yang berusia 24 tahun kelmarin. Perkara itu hanya disedari oleh suaminya selepas pulang ke rumah pada jam 8 malam. 

Tambah sumber, pasangan itu menjalinkan hubungan terlarang sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek, sehingga keluar dari rumah dan mengikut pelakon berkenaan. 

Susulan laporan polis yang dibuat oleh suami kepada wanita itu, polis telah memanggil suspek untuk membantu siasatan sebelum ditahan. 

Semakan juga mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan dadah. 

Suspek direman hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.