'Kami tak pernah sebut nama dia' - Guru didakwa buat jenaka rogol tuntutan ganti rugi fitnah RM1 juta dari Ain Husniza Saiful Nizam
Guru yang didakwa melakukan jenaka rogol sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas beberapa bulan lalu, tampil menuntut ganti rugi fitnah sebanyak RM1 juta dari pelajar berkenaan, Ain Husniza Saiful Nizam (17).
Namun bapa kepada Ain Husniza, Saiful Nizam Abdul Wahab mempertikaikan kewajaran tuntutan itu kerana anak perempuannya tidak pernah mendedahkan identiti guru terbabit atau secara khusus menyebut sekolahnya dalam tuduhan awal.
"Surat itu dikeluarkan oleh guru berkenaan kerana fitnah, walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah," katanya.
Menurut Tweet Ain Husniza, dia diberi masa selama tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan yang dikemukakan oleh guru berkenaan, termasuk bayaran ganti rugi RM1,000,000.
April 2021, Ain Husniza membuat pendedahan secara umum di akaun TikTok mengenai perbuatan guru terbabit yang melakukan jenaka rogol sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif masyarakat. Tidak kurang juga ada yang pernah menjadi mangsa, tampil berkongsi pengalaman serupa.
Susulan itu, pihak Kementerian Pendidikan telah memindahkan guru lelaki itu ke Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam masa yang sama, Ain Husniza juga menerima ugutan rogol dari rakan sekolah menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis.
Sumber: Malay Mail
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment