Apple Mungkin Memperkenalkan Sokongan AR Bersama-sama iPhone 8 Tahun Ini
Apple pada tahun ini mungkin menerima sedikit tekanan tinggi dalam membawa pelbagai teknologi baru ke telefon pintar mereka – memandangkan ia merupakan ulang tahun ke-10 sejak iPhone telah diperkenalkan. Beberapa desas-desus sedia kedengaran, dan terkini pihak penganalisa berkongsi menyasarkan Apple mungkin mengintegrasikan sokongan AR (augmented-reality) pada iPhone 8.
Ia dikatakan seramai sekitar 1000 jurutera sedang membangunkan teknologi berkenaan di Apple, dan kita mungkin melihatnya seawal pada iPhone 8 tahun ini.
Perkara ini mungkin dijangka ramai, memandangkan Tim Cook sendiri pernah memberikan penekanan terhadap arena AR dalam beberapa temuramah sebelum ini. Malah, pengguna kini dilihat lebih terbuka untuknya lanjutan daripada pengenalan permainan Pokemon Go – dan perkembangan arena teknologi secara keseluruhan.
Selain daripada teknologi AR, iPhone 8 yang dijangka diperkenalkan bersempena ulang-tahun ke-10 turut dilihat membawakan fungsi seperti skrin OLED, sokongan pengecasan pantas, pengecasan tanpa-wayar dan beberapa ciri-ciri baru lain.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m4ohHO .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment