YouTube Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman TV Di Amerika Syarikat
YouTube sebelum ini sedia hadir dengan YouTube Red yang menawarkan akses kepada kandungan eksklusif daripada para penerbit YouTube. Kini, melangkah setapak lagi kehadapan, YouTube melancarkan perkhidmatan penstriman televisyen mereka tersendiri – terhad untuk pasaran Amerika Syarikat.
Dinamakan sebagai YouTube TV, ia membolehkan pengguna mengakses kepada kandungan televisyen biasa melalui YouTube pada langganan $35 sebulan. Selain itu, pengguna juga diberikan akses kepada YouTube Red secara percuma apabila melanggan YouTube TV – sekaligus membolehkan pengguna menikmati langganan saluran televisyen dan juga kandungan eksklusif YouTube.
Antara saluran televisyen yang kini disertakan adalah termasuk ABC, FOX, NBC, CBS, dan sekitar hampir 35 saluran lain.
Pada harga langganan berkenaan, pengguna diberikan akses kepada enam akaun – dan boleh menonton tiga siaran pada waktu yang sama melalui peranti berbeza.
Buat masa ini, tarikh pelancaran akhirnya masih tidak diketahui. Perkhidmatan ini dijangka akan hanya eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa terdekat ini.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2l90ZkL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment