Seorang lagi individu ditahan isu skandal tanah di Johor

JOHOR BAHRU, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang lagi suspek ditahan dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan membabitkan hartanah di Johor, menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit hasil pendapatan.

Penahanan individu itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan sejak 24 Februari lalu meningkat kepada tujuh orang.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), individu berusia 46 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu ditahan kira-kira jam 9.45 pagi, dan akan ditahan reman selama tujuh hari.

Pegawai SPRM turut merampas beberapa dokumen berkaitan daripada suspek.

Jumaat lepas, enam individu ditahan dalam siasatan yang didakwa rasuah dan penyelewengan terbesar hartanah di negeri itu.

Dalam operasi khas di sekitar bandar raya itu, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000, termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Selain itu, kira-kira 45 akaun bank dianggarkan lebih RM15.5 juta telah dibekukan.

The post Seorang lagi individu ditahan isu skandal tanah di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2llXQcN .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.