China mahu beri insentif wang galak rakyat tambah anak kedua
BEIJING, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua.
Langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian, Sabtu lalu, lapor akhbar China Daily.
Katanya, ia berikutan tinjauan menunjukkan kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan.
Setahun selepas China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak, kadar kelahiran pada tahun 2016 mencipta rekod dengan 17.87 juta bayi dilahirkan berbanding 1.3 juta tahun sebelumnya.
Ia merupakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun.
Menurut laporan Bloomberg, dasar itu juga membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050.
Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan.
“Ia menepati jangkaan, tetapi halangan masih ada dan perlu ditangani. Bagi mendapat anak kedua adalah hak kepada setiap keluarga di China tetapi kemampuan menjadi halangan yang menjejaskan keputusan itu,” katanya.
The post China mahu beri insentif wang galak rakyat tambah anak kedua appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lQYKkW .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
Leave a Comment