Kejam, Bayi Di Tanam Hidup-Hidup Diselamat Orang Awam

Bayi yang tidak berdosa ditanam hidup-hidup oleh individu yang tiada sikap perkemanusiaan. Nasib baik, sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha ternampak kaki bayi tersebut sebelum mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung.

Selepas digali, bayi itu masih hidup tetapi dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,” kata jurucakap hospital terbabit.

Kakitangan hospital tersebut menamakannya sebagai Dharitti dan akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital.

Kawasan di mana bayi itu ditemui, didiami kebanyakannya oleh penduduk miskin dan keluarga di situ berharap untuk memiliki anak lelaki dengan harapan apabila besar, si anak dapat membantu ibu bapanya.

Mereka juga dikatakan cuba mengelak daripada membesarkan anak perempuan dan atas sebab itulah bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa, hanya disebabkan dia dilahirkan sebagai perempuan.

Sementara itu, polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit.

The post Kejam, Bayi Di Tanam Hidup-Hidup Diselamat Orang Awam appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.