Mael XPDC Rebah Bukan Sebab Nazak

Menjadi tukar di media media sosial kononnya vokalis kumpulan XPDC, Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim sedang nazak selepas ditemui rebah di rumahnya, di Johor.

Bagaimanapun, pengurusnya, Yazid memberitahu Mael sebenarnya dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor awal pagi Rabu kerana penyakit gout dan dia berada dalam keadaan yang stabil di bawah pemerhatian doktor.

“Mael hanya mendapatkan rawatan di wad kecemasan kerana serangan gout dan keadaannya stabil, bukan nazak seperti yang dikecohkan oleh segelintir pihak.

Mael XPDC

“Doktor terpaksa memasukkan air ke dalam badan Mael kerana keadaan dirinya yang agak lemah ketika tiba di hospital,” kata Yazid kepada portal BH Online.

Tambah Yazid, dia juga tidak pasti sama ada Mael akan terus ditahan di wad ataupun dibenarkan pulang ke rumah kerana masih belum berjumpa dengan penyanyi itu.

Mael mengalami penyakit gout sejak setahun yang lalu dan dia sering ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

The post Mael XPDC Rebah Bukan Sebab Nazak appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.