'Sejak dari tu, aku tidur di ruang tamu...'


Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 

Assalamualaikum min. Aku nak kongsi pengalaman sendiri selama duduk kat rumah sewa kat Sri Petaling, Kuala Lumpur dulu. Rumah tengah pekan pun kena ganggu. Kalau lihat pada keadaan rumah kat taman tu, ramai yang tak percaya.

Tahun 2004, aku mula masuk menumpang rumah sewa pakcik aku. Tak ingat tahun bila diorang baru beberapa bulan dapat baby boy, dah kena gangguan. Baby kerap menangis, mula dari waktu Asar sampai sebelum Subuh. Sudah seminggu berubat di sana sini, takde kurang. Aku pun terheret sekali sebab tak boleh tidur. Pergi kerja dengan mata koyak.

Sampailah hari last tu, aku tak tahan. Aku duduk angkat tangan arahkan ke baby sambil baca ayat kursi. Tak tahu entah berapa kali ulang tak habis-habis sampai aku perasan rupanya tak masuk-masuk ke ayat 'Wala ya uduhu hifzuhuma'. Tak tahu macam mana boleh ulang. Jadi aku fokus semula dan baca sampai habis. Alhamdulillah baby terus berhenti menangis macam dah lepas satu beban berat, settle.

Selang beberapa tahun selepas itu, makcik aku sakit. Dah macam-macam tempat diorang pergi berubat sebab syak terkena buatan orang. Satu hari itu, rumah berbau hanyir macam darah. Rupa-rupanya keliling rumah dah ditabur dengan garam dan lada hitam. Aku pesan kat diorang hati-hati tabur garam sebab boleh melukakan jin. Aku syak memang ada yang dah terluka pada masa ni.

Keadaan makcik aku bertambah teruk akibat terkena gangguan itu. Makcik aku dari tidur dalam bilik, berpindah tidur di luar depan ruang tamu. Katanya ada benda datang duduk kat tepi dia, lepas tu tak boleh tidur. Beli kerusi malas, tidur pula di kerusi itu. Katanya benda itu ada datang lagi. Keadaan kat dalam rumah memang kacau waktu tu. Rutin harian memang terganggu. 

Pakcik aku setiap hari tanya aku, "Ada tak dengar bunyi air paip kat bilik air terbuka? Kat singki?". Kadang-kadang dia tanya, "Ada dengar bunyi benda jatuh atas atap macam nak roboh bumbung? Bunyi cakaran kat papan?" Aku tak dengar pun semua bunyi itu tetapi yang aku dengar setiap malam adalah bunyi perabot kayu ditolak atau ditarik dan bunyi guli jatuh di atas lantai simen. Setiap malam antara jam 2-4 pagi. Memang aku tidur lambat sebab edit gambar, duduk depan komputer. Betul-betul tepi dinding rumah sebelah. 

Masa ini dalam hati aku fikir, "Jiran ni memang tak ada kerja ke nak kemas rumah pukul 2-3 pagi? Gila ke apa?". Dekat sebulan juga aku menghadap bunyi itu. Sampailah satu hari pakcik aku cerita malam tadi makcik aku ada nampak lembaga hitam besar berdiri betul-betul di tepi kepala dan dok tenung dia saja. 

Makcik minta tolong aku bawakan dia pergi berubat kat Darussyifa. Tetapi masih belum dapat sembuh dari gangguan itu. jadi diorang pun buat keputusan untuk keluar dari rumah itu dan balik ke kampung di Johor. Jadi, kes makcik aku dianggap selesai. 

Yang tak selesai aku ni ha, kena hadap pula syaiton nirrojim ini yang tertinggal kat rumah tu. Entah kenapa terdetik satu malam tu nak buat carian kat Google pasal bunyi-bunyian yang aku dengar. Rupa-rupanya hrmmm, meremanglah bulu roma. Sudahlah aku tinggal seorang diri kat rumah tu dengan keadaan rumah yang seram macam tu. 

Sejak dari itu aku tidur di ruang tamu. Kelibat jangan cakaplah, memang kerap nampak. Bunyi perabut dengan guli pula semakin kurang kedengaran sebab aku amalkan doa pendinding. Punyalah kerap aku amalkan sampaikan nak masuk tandas pun terbaca. Memang nampak kesan doa pendinding ini sebab aku dah tak diganggu. 

Tetapi bila aku adik aku datang Kuala Lumpur cari kerja pula kena ganggu. Macam-macam dia nampak. Kelibat paling banyak warna hitam. Ada sekali tu dia kejutkan aku bangun Subuh. Dia kata, dia ingatkan aku dah bangun masuk bilik mandi dan dia memang pasti nampak aku masuk bilik air masa dia kat dapur tengah buat sarapan. 

Dia kerap rasa ada benda yang memandang semasa dia sedang menonton tv, dari atas daun pintu bilik makcik aku dulu. Pernah juga nampak lembaga hitam besar macam kucing melompat ke rumah jiran sebelah semasa baru pulang dari kerja sekitar waktu maghrib. Nampak sekali imbas. Tetapi adik aku duduk kat rumah tu pun tak lama sebab dia berhenti kerja dan balik ke kampung.

Tahun 2014, aku ambil keputusan untuk tamatkan kisah bujang dan bawa isteri aku masuk ke rumah misteri itu. Lalu bersambung lagi cerita dari mulut isteri aku pula. Aku dah cuba buat macam-macam untuk menghilangkan gangguan ini tetapi tak boleh sebab 'diorang' dah berkampung di kawasan rumah tu. Selepas tiga tahun didesak isteri, kami akhirnya tinggalkan rumah itu. Kali terakhir aku lalu rumah itu masih tiada penghuni baru. Dulu sebab aku tak pindah keluar masa awal-awal terkena gangguan, tuan rumah percayakan aku jaga rumah dia. 

Pesan aku, kalau nak menyewa sila selidik dulu siapa penyewa sebelum itu. Jika ga alif jim alif ha tu lebih baik cari yang lain sebelum terkena. 

Sumber: Khairul Abu Bakar

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.