Dirogol suami ketika hamil, isteri bunuh suaminya & terus dipenjara selepas mengaku bersalah


Seorang wanita di Tamil Nadu, India ditahan polis kerana membunuh suaminya yang memaksa dia untuk melakukan hubungan intim ketika dia sedang hamil.


Lapor The Times of India, suspek berusia 21 tahun itu membunuh suaminya dengan cara mencampurkan racun serangga di dalam makanannya. Selepas kejadian itu, suspek, A Mythily, tampil menyerah diri kepada polis. 


Difahamkan, Mythily dan suaminya, N Nandha Kumar, baru saja mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu dan suspek kini sedang hamil lima bulan. 


Mythily merupakan isteri kedua mangsa, mengaku dia selalu diseksa oleh suaminya dan dipaksa melakukan hubungan intim walaupun mengetahui dirinya sedang hamil. 


Tidak tahan dengan perbuatan suaminya, suspek mengambil keputusan untuk meracun mangsa yang disahkan mati dalam kejadian yang berlaku pada 15 Februari 2021. 


Inspektor polis di Balai Polis Andhiyur, S Ravi berkata, Mythily terus disumbat ke dalam penjara biarpun dalam keadaan dirinya hamil, setelah dia dalam keterangannya mengaku telah membunuh suaminya. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.