'Hai awak, saya polis tadi. Saja la, nak kenal boleh?' - Gadis dakwa diganggu anggota polis yang mengambil nombor telefonnya di sekatan jalan raya
Viral di media sosial wanita mengadu mengenai seorang anggota polis menahannya ketika melalui sekatan jalan raya, mengambil maklumat termasuk nombor telefonnya dan tidak beberapa lama kemudian menghantar mesej untuk berkenalan dengannya.
Azie (@nnadzifah) turut memuat naik gambar screenshot mesej anggota terbabit yang diterima dari WhatsApp di Twitter.
Menurut Azie, sebelum itu dia dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang dapur dan ditahan dalam sekatan jalan raya. Ditanya mengenai destinasinya, Azie memaklumkan dia perlu pergi ke kedai untuk membeli barang dapur dan serta-merta diarahkan untuk berhenti di tepi jalan.
Azie mendakwa, anggota terbabit mengambil semua maklumat dirinya seperti nombor kad pengenalan, lesen dan nombor telefon.
Beberapa minit kemudian, anggota itu menghubunginya melalui WhatsApp dan menyatakan hasratnya untuk berkenalan.
"Hai awak, tengah beli barang ke? Saya polis tadi. Saja la, nak kenal boleh?" mesej anggota berkenaan.
*roadblock*
— azie (@nnnadzifah) February 11, 2021
polis: nak gi mana ni
saya: beli barang dapur jap
polis: ok berenti tepi jap
*polis jot down semua information, nombor ic, nombor phone, lesen*
polis a few mins later: pic.twitter.com/wiamTvoDpg
Bagaimanapun, perbuatan anggota itu menimbulkan rasa tidak selesa dan jelas sekali menyalahgunakan kedudukan dirinya sebagai penjawat awam untuk mengambil maklumat peribadi orang awam bagi tujuan yang tidak sepatutnya.
Perkara itu turut mendapat perhatian daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kemudian meminta Azie untuk tampil memberi maklumat mengenai kejadian itu untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Azie berharap PDRM menangani insiden itu secara menyeluruh di mana perlu wujud budaya kerja yang positif dalam gerakan organisasi dengna mengambil kira etika, nilai dan integriti selari dengan nilai dan falsafah dalam gerakanan organisasi itu sendiri.
Sumber: Twitter Azie (@nnnadzifah)
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment