'Sebab dia berani, kau upah dia RM50? Si*l apa kau?' - MK K-Clique nak sumbang RM50,000 kepada pakcik yang diaibkan dalam video viral
Anggota kumpulan K-Clique, Muhammad Hairi Amin atau nama popularnya MK, turut menyelar tindakan usahawan, Carl Samsudin, yang dianggapnya tidak beradab dengan gelandangan warga emas dijadikan sebagai contoh kegagalan hidup di depan khalayak lain pada ceramah motivasi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) baru-baru ini.
MK dalam kenyataan di Instastory semalam meminta orang ramai yang mempunyai info mengenai lelaki warga emas berkenaan untuk tampil berkongsi maklumat kerana dia berhasrat untuk memberi sumbangan RM50,000 berbanding Carl Samsudin memberi RM50.
"Sebab dia berani, kau upah dia RM50? Si@l apa kau? Saya bukan orang kaya, keluarga saya bukan orang kaya, siapa ada info pakcik ini, saya bagi pakcik ini RM50,000. Mentang-mentang kau kaya, kau berjaya, cakap ikut sedap mula kau ja," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut MK berkata, apa yang berlaku dalam video viral itu adalah melampau dan tidak boleh diterima. Meskipun Carl dalam kenyataannya hari ini menjelaskan dia tidak menghina mahupun marah warga emas berkenaan, tetapi bagi MK caranya tidak kena.
"Bukan style aku mau ikut masuk campur hal-hal isu semasa ni. Tapi ini kes macam over betul cara kau layan pakcik tu. Jangan ingat bila berjaya, kau senang-senang mau buat apa kau mau buat. Macam tiada otak, pakcik tu orang tua lagi.
"Saya dari keluarga susah, orang susah, saya nampak pakcik tu macam saya nampak bapa saya. Niat sama cara tu nda ngam la. Minta maaf emosi sangat. Fikiran tak betul. Saya terima teguran dan nasihat semua. Ada jalan yang betul dan lebih baik untuk tolong.
"Maafkan saya, saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Tapi yang ini saya ikut tolong. Pakcik sabar jap, kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu," katanya.
Sementara itu, pelakon Puteri Sarah Liyana juga berkongsi video kesempatannya bertemu dengan warga emas berkenaan yang berusia 64 tahun. Menurutnya Puteri Sarah, warga emas berkenaan sememangnya sedih dengan apa yang berlaku pada hari kejadian.
"Takpe pakcik, ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan influencer itu. Tindakan itu sangat biadab.
"Alhamdulillah syukur berkesempatan berjumpa dengan pakcik ini. Pakcik ini memang sedih dan malu dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan tadi. 64 years old guys, imagine parents kita yang kena sound macam tu. Masha-Allah.
"Walau sekaya mana pun kita, sehebat mana pun kita, janganlah kita kurang ajar dengan orang tua. Ingat, kita bukannya selalu di atas. Nanti kita akan di bawah juga," katanya.
Sumber: IG MK, IG Puteri Sarah Liyana
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment