(Video) EKSKLUSIF: 'Saya pernah ajak 8 lelaki untuk main secara G*** B***' - Kesilapan di masa lalu, punca gadis ini disahkan positif HIV
Sebut saja tentang penyakit HIV, pasti mengundang banyak persepsi jijik masyarakat terhadap penghidap penyakit ini yang sering dikaitkan dengan aktiviti dadah, seksual dan sebagainya. Akibatnya, golongan ini disisih masyarakat dan dilabel sebagai hukuman yang selayaknya untuk mereka.
Masyarakat sepatutnya sedar, stigma seperti itu bukan sahaja mematahkan semangat golongan ini untuk berubah ke arah yang lebih baik, malah boleh menjadi punca mereka bertindak membunuh diri. Sebaik-baiknya, bantulah mereka untuk terus bangkit menghadapi hari-hari mendatang dan jadikan sebagai pengajaran untuk generasi akan datang untuk mengulangi kesilapan itu.
Kesilapan di masa lalu membuatkan gadis muda berusia 26 tahun dari Selangor ini, Fitrah (bukan nama sebenar), menyesali perbuatannya yang terlalu bersosial sehingga menyebabkan dirinya disahkan positif HIV. Fitrah menyedari perkara itu selepas dia mengikuti rakannya ke pusat menderma darah dan doktor memaklumkan mengenai dirinya dijangkiti HIV.
Semuanya bermula dengan perkenalan dengan seorang lelaki di media sosial di mana dia menjalinkan hubungan walaupun sedar dirinya masih di bangku sekolah. Semenjak perkenalan dengan lelaki itu, dia rela membiarkan maruah dirinya diragut kerana perasaan sayangnya pada pasangannya melebihi segala-galanya. Malangnya, perhubungan mereka tidak bertahan lama apabila si dia secara tiba-tiba memutuskan perhubungan mereka.
"Kitorang putus, tak tahu dia putuskan saya sebab apa. Tiba-tiba dia minta putus dan diamkan diri terus. Saya rasa kecewa sebab saya dah bagi segalanya pada dia, sampai depress tak nak keluar rumah, duduk di rumah je. Kira tak nak kenal sesiapalah di luar," katanya.
Nasib malangnya tidak terhenti di situ apabila dia menjadi mangsa rogol bapa saudaranya sendiri. Fitrah tidak berani memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu kerana enggan menambahkan masalah keluarga yang sedang kucar-kacir.
"Pakcik saya ketuk pintu dan dia masuk bilik terus merogol saya tanpa rela. Nak beritahu ibu dan ayah, tapi takut sebab mereka pun waktu itu keadaan tengah kucar-kacir. Saya bimbang keadaan menjadi lebih teruk. Jadi saya ambil keputusan untuk diamkan diri.
"Sejak dari kejadian itu, saya dah mula keluar malam, kenal dengan kawan-kawan bersosial, ajak hisap barang. Sampai satu tahap saya sanggup menjual diri untuk mendapatkan duit untuk beli barang itu. Kiranya macam pelacur.
"Saya pernah ikut orang Arab balik ke rumah sewa dia dan kitorang buat macam mana yang saya pernah alami dulu. Orang Arab tu bagi banyak duit pada saya.
"Selain itu, saya pernah ajak kawan lelaki seramai lapan orang untuk main dengan saya secara G*** B***. Sebab waktu itu saya rasa nak melepaskan bosan. Masa buat benda tu, diorang tak pakai alat pelindung pun. Sebelum itu diorang pernah tanya nak pakai atau tidak, tetapi saya kata tak payahlah sebab tak rasa kepuasan itu. Itulah perkara yang paling teruk saya pernah buat sebelum ini," katanya.
TONTON VIDEO PERKONGSIAN PENUH PENGAKUAN FITRAH DENGAN BROS GANG TV
Bagaimanapun keadaan mula berubah apabila bapanya meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, Fitrah tidak berkesempatan untuk memohon maaf kepada bapanya atas segala kesilapan yang dia telah lakukan sebelum ini.
"Waktu itu saya sangat sedih, sampai rasa macam tak nak hidup lagi. Jadi saya ambil keputusan untuk berubah dan hentikan semua benda yang tidak elok itu.
"Kalau masa boleh diputarkan semula, saya tak nak kenal semua benda-benda tak elok ini, tak nak kecewakan keluarga, tak nak kecewakan ayah," katanya.
Apa yang berlaku pada Fitrah, wajarlah menjadi pengajaran kepada semua termasuk ibu bapa agar mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan terlalu leka dengan aktiviti sendiri sehingga anak-anak terabai dan kemudian terjebak dengan perkara-perkara tidak elok di luar mahupun di media sosial.
Selain itu, masyarakat perlu faham dan memberi sokongan dan penjagaan agar dapat menyedarkan pesakit bahawa masih ada yang mengambil berat mengenai mereka sekaligus memberi harapan serta semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.
Sumber: Bros Gang TV
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment