Taliban dituduh tembak mati polis wanita hamil 8 bulan


Seorang pegawai polis wanita yang sedang hamil 8 bulan maut ditembak oleh sekumpulan pejuang Taliban. Mangsa ditembak di bahagian kepala sehingga wajahnya sukar dikenali sambil disaksikan oleh suami dan anaknya. 


Menurut laporan BBC pada Selasa 7 September 2021, polis wanita bernama Banu Negar itu dibunuh oleh pejuang Taliban di kediamannya yang terletak di Ghor, Afghanistan pada Sabtu, 4 September 2021. 


Difahamkan, Banu merupakan bekas anggota polis yang bertugas di penjara Afghanistan sebelum Taliban kembali menguasai negara itu.


Namun menurut saksi kejadian memberitahu BBC bahawa, tiga lelaki bersenjata yang bercakap dalam bahasa Arab telah datang mengeledah rumah mangsa sebelum mengikat mereka sekeluarga. Mangsa telah dipukul dan ditembak di hadapan suami dan anak-anaknya. 


Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujaheed bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan Taliban tidak terbabit dalam insiden yang menimpa mangsa. 


"Kami mengambil maklum mengenai kejadian itu dan saya ingin mengesahkan bahawa Taliban tidak membunuh dia (mangsa), kami sedang menjalankan siasatan," katanya. 


Tambah Zabiullah, mangsa berkemungkinan dibunuh disebabkan dendam peribadi atau hal-hal lain, sambil menambah Taliban telah mengampunkan individu-individu yang pernah berkhidmat dengan pemerintah sebelum ini. 


Sumber: BBC



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.