(Video) 'Pakai Honda HR-V RM104K tapi tak mampu bayar tol RM1.30' - Driver nekad langgar palang tol di Plaza Tol Semenyih


Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda HR-V berharga RM104,000.21 melanggar palang tol setelah gagal melakukan aksi cucuk rapat kenderaan di hadapannya viral di media sosial. 


Lapor Kosmo, kejadian itu berlaku di Plaza Tol Semenyih kelmarin dan video tersebut dimuat naik di Twitter oleh Shahidatul yang memandu di hadapan kereta Honda HR-V berkenaan. 


Difahamkan, pemandu terbabit bertindak memecut laju dan mengekori kereta Shahidatul dengan rapat ketika tiba di plaza tol tersebut untuk mengelakkan membayar caj tol yang dikenakan. Namun, perbuatannya itu gagal apabila palang tol turun sebaik saja kenderaan Shahidatul melepasi jarak imbasan. 


"Kes cucuk dekat Plaza Tol Semenyih, berlaku pagi tadi jam 9 pagi. A successful attempt pulak tu. Saya tak perasan dia cucuk sebab rushing nak pergi kerja. Dah lepas baru nampak. Tol RM1.30 je pun, nak juga cucuk demi tak nak bayar tol. Minta semua cari sampai dapat! Nombor plat BMU1124," tulis Shahidatul.


Hal itu tidak menghalang pemandu terbabit yang kemudian nekad merempuh palang tol dan meneruskan pemanduannya seperti tiada apa yang berlaku. 



Di media sosial, netizen mengutuk pemandu Honda HR-V terbabit yang disifatkan sebagai tidak berotak dan tindakannya bukan sahaja mementingkan diri, juga boleh menyebabkan kemalangan. 


"Dah biasa buat ni, mungkin rutin harian kot. Share la ramai-ramai kasi famous sikit. Tak nak bayar tol, kayuh je la basikal," kata Badrul. 


"Sepatutnya pihak tol bekerjasama dengan JPJ untuk maklumat dan saman RM5,000 untuk kesalahan pertama. Masa owner nak hidupkan cukai jalan, lesen, insurans, automatik kena block. Settle saman RM5,000 baru boleh renew semua. Kesalahan kali kedua, saman RM15,000. Gantung lesen setahun. Kesalahan kali ketiga, sita terus kenderaan pemilik dan saman RM50,000 serta gantung lesen 5 tahun," kata Zizoul. 


Sumber: Shahidatul, Dashcam Owners Malaysia



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.