Gajah pijak pemburu haram sampai mayatnya hancur
Seorang pemburu haram maut dipijak seekor gajah sehingga hancur dalam kejadian yang berlaku di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.
Jurucakap Taman Negara Kruger, Isaac Phaahla berkata, mayat mangsa yang hanya tinggal cebisan itu ditemui pada 21 Oktober semasa pihak berkuasa sedang melakukan operasi perisikan mencegah pemburu haram.
"Seekor gajah memijak seorang pemburu sehingga muat, sementara yang lain melarikan diri. Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh oleh gajah dan ditinggalkan oleh rakan pemburu yang lain," katanya.
Telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa ditemui oleh penjaga hutan di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut mengesan rakan mangsa.
Dalam kejadian tahun lalu, sekumpulan singa dilaporkan membunuh seorang lelaki yang melakukan pemburuan haram di Kruger. Rakan mangsa segera menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kehilangan mangsa. Kepala mangsa tanpa badan hanya ditemui selepas tiga hari kemudian.
Sementara itu, populasi badak di kawasan itu dilaporkan turun 70 peratus selama satu dekad di bawah 4,000 ekor ekoran kegiatan pemburu haram. Bagaimanapun sejak dua tahun lalu, Taman Negara Kruger berjaya menangani kegiatan pemburu haram dengan menggunakan teknologi baru dan meningkatkan penguatkuasaan untuk menangkap pemburu haram sebelum mereka membunuh haiwan di taman negara itu.
Sumber: Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment