Wanita maut ditikam pasangan sejenis selepas mabuk minum arak cap tikus
Seorang gadis berusia 20 tahun mengaku telah menikam kekasihnya (sama jenis), Okvini Rundengan, 22, sehingga mati di bilik rumah sewa mereka di Kota Manado, Sulawesi, Indonesia pada jam 8.30 malam Rabu, 29 September 2021.
Siasatan awal polis mendapati, suspek, Margaretha Wane, telah menikam mangsa menggunakan gunting dan suspek mengakui dia tidak sengaja kerana pada ketika itu dia mendakwa mangsa terlebih dahulu mahu menyerangnya menggunakan gunting tersebut.
Kronologi kejadian berlaku ketika pasangan itu bertengkar semasa sedang menggoreng pisang, kerana mangsa cemburu dan mengesyaki Margaretha dakwanya cuba menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki tulen.
Mangsa sempat keluar dari rumah sewa dan masuk semula lalu menyerang suspek menggunakan tangan dan gunting. Mereka kemudian bergelut dan cuba merampas gunting itu sehingga senjata itu tertusuk di bahagian dada kiri mangsa.
"Dia terus mengambil gunting dan mahu menyerang saya. Saya takut, saya cuba menarik gunting itu yang kemudian ditarik oleh dia dengan kuat sehingga tertusuk pada dadanya. Saya tidak sengaja," kata Margaretha ketika disoal siasat oleh polis.
Margaretha turut mengaku pada waktu kejadian, mereka sedang mabuk setelah minum minuman keras cap tikus dan bir Bintang.
Ketua Polis Daerah Urban Wanea, Arie Nayoan turut mengesahkan pengakuan suspek.
"Awalnya gunting itu dipegang oleh mangsa, lalu berlaku kejadian tarik-menarik dan akhirnya gunting diambil oleh suspek dan tertikam pada dada mangsa," katanya.
Setelah kejadian itu, mangsa sempat dibawa oleh suspek ke hospital berdekatan sambil dibantu oleh beberapa penyewa lain. Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan kerana pendarahan teruk.
Margaretha mengaku dia sudah menjalinkan hubungan dengan mangsa selama 1 tahun 3 bulan. Margaretha sebagai perempuan dan mangsa sebagai lelaki kerana sering berpenampilan seperti 'tomboy'. Rambutnya pendek dan diwarnakan serta tidak berhias seperti kebanyakan wanita.
Selama menjalinkan hubungan, mereka kerap berpindah dan menetap di rumah sewa terkini sejak 21 Mac 2021.
Sumber: Istimewa
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment