'Kami menyesal, tolong jangan buat report polis' - Suspek kes buli dah goyang, mula merayu minta maaf


Lagi perkembangan terkini mengenai kes buli seorang pelajar di asrama sebuah sekolah di Perak. 


Susulan dari penularan video kes buli tersebut, beberapa pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes itu tampil membuat permohonan maaf melalui aplikasi WhatsApp dan merayu bermati-matian agar ibu bapa mangsa tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 


"Kami semua nak minta maaf sangat-sangat dekat pihak kau terutama Shaantesh (mangsa), ibu bapa Shaantesh dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat itu salah sangat-sangat. 


"Tolong sangat-sangat, kami merayu pada tuan dan puan Shaantesh jangan buat laporan polis sebab kami memang sangat-sangat menyesal," kata salah seorang suspek. 


Terdahulu seorang pengguna Twitter mendedahkan, antara pelajar yang terbabit dalam kes buli itu merupakan remaja berusia dari 13 hingga 15 tahun. 


Perakam video yang dikenali sebagai Zaf juga tampil memohon maaf di atas tindakannya membuat rakaman video tersebut. Malah dia juga merayu agar mangsa tidak membuat laporan polis serta berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi selepas ini. 


"Santesh, aku Zaf nak minta maaf sebab mengaibkan kau, sebab record kau apa semua. Aku harap sangat-sangat, tolonglah jangan report polis. Please la Santesh. Kau saja harapan, weh sumpah lepas ni kitorang tak kacau kau dah. 


"Apa je lagi do, satu Malaysia dah cari kitorang Santesh. Pleaselah, tolonglah maafkan kitorang. Banyak benda yang kami semua nak kena hadap. Aku kat situ, sumpah aku tak sentuh kau. Aku record je do, aku tak berani sentuh kau. Tolonglah, maafkanlah kami," katanya. 


Sementara itu, suspek yang lain berharap pihak keluarga Santesh sudi berjumpa agar mereka dapat membuat permohonan maaf secara bersemuka. 



Bagaimanapun tindakan semua suspek yang terbabit dalam kes itu sudah terlambat berikutan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan kertas siasatan telah dibuka. 


Sumber: Twitter Jabatan Netizen Malaysia


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.