Komander kapal perang tentera laut US enggan ambil suntikan vaksin Covid-19, dipecat!


Seorang komander kapal perang tentera laut yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atau melakukan swab test bagi membuktikan dia tidak dijangkiti virus berbahaya itu telah dipecat daripada tugasnya sebagai pegawai eksekutif  USS Winston Churchill. 


Komander Lucian Kins, 39, yang ditamatkan perkhidmatan pada Jumaat lalu adalah pegawai tentera laut pertama yang dipecat kerana enggan mengambil suntikan vaksinasi. 


Sebelum itu, Lucian dikatakan telah memohon pengecualian divaksinasi atas alasan keagamaan, namun pemohonannya telah ditolak menyebabkan dia sekali lagi membuat rayuan terhadap keputusan itu. 


Pentagon telah mewajibkan semua anggota perkhidmatan dan kakitangan tentera laut mengambil suntikan vaksin sehingga akhir November atau boleh memohon untuk dikecualikan dengan alasan kukuh. Beribu-ribu anggota perkhidmatan telah memohon pengecualian dengan alasan keagamaan, tetapi setakat ini tiada satu pun yang diluluskan. 


Tidak diketahui sama ada Lucian akan kembali menjawat jawatannya jika rayuannya diluluskan. Lucian sehingga kini masih belum mengulas lanjut mengenai pemecatannya itu. 



Jurucakap tentera laut, Lt. Komander Jason Fischer enggan mendedahkan dengan lebih lanjut punca sebenar Lucian dipecat. Dia bagaimanapun berkata, pemecatan itu dilakukan kerana Kapten Tentera Laut Ken Anderson, Komandar Skuadron 14 (Kapal Pemusnah), hilang keyakinan terhadap keupayaan Lucian untuk melaksanakan tugasnya selepas dia gagal mematuhi perintah yang sah. 


Sementara itu pegawai lain mendakwa, pemecatan itu adalah kerana Lucian menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan menolak melakukan ujian swab test bagi membuktikan dirinya tidak dijangkiti virus berbahaya itu. 


Sumber: Daily Mail



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.