'Kalau silap, dia boleh betulkan' - Ketua Armada tak pasti Najib dah berbini baru, tapi ramai dah ucap tahniah
Media sosial dihangatkan dengan penularan gambar Najib bersama wanita yang didakwa isteri keduanya. Spekulasi itu bertambah panas apabila Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengucapkan tahniah kepada bekas perdana menteri itu secara terbuka di media sosial.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal berkata, sekiranya perkara itu tidak benar, Ahli Parlimen Pekan boleh jawab dan menafikan serta-merta.
"Kalau saya silap, dia boleh jawab dan betulkan. Tetapi kalau betul, baguslah. Saya doakan kebahagiaan dia," katanya.
Wan Ahmad Fayhsal terdahulu memuat naik ucapan itu di ruang komen Facebook Najib yang memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Sama ada benar atau tidak, Wan Ahmad Fayhsal berkata, terpulang kepada Najib sendiri untuk menjawab cerita di sebalik gambar tersebut kerana bukan hanya dia, malah ramai rakyat Malaysia yang mahu tahu akan kesahihan dakwaan itu.
"Bukan saya sahaja, satu Malaysia pun tertanya-tanya. Setakat ini Datuk Seri Najib pun belum menjawab menjelaskannya. Saya tiada apa-apa motif pun, perkara baik apa salahanya. Kena tanya tuan badan itu sendiri (sahkan). Kalau betul, saya doakan dia bahagia," katanya.
Selain itu, timbul pula dakwaan yang mengatakan gambar itu berkemungkinan besar telah disunting berikutan postur tangan wanita berkenaan seperti kabur.
"Macam photoshop je gambar ni. Asal tangan bini dia kabur? Posture tangan pun pelik," kata netizen.
Untuk pengetahuan umum, Najib pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada 1976 semasa berumur 23 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada 1987,.
Najib kemudian berkahwin dengan Rosmah Mansor dan dikurniakan dua cahaya mata.
Menurut laporan MalaysiaKini, dakwaan yang sama pernah tersebar kononnya Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun. Wanita itu bagiamanapun tampil membuat penafian dan laporan polis.
Sumber: Malaysia Post, MalaysiaKini
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment