Celcom Anjur Kejohanan Game Telefon Pintar, Sediakan Hadiah RM1 Juta Untuk Dibedal
Kalau dulu-dulu ramai orang kata main game adalah aktiviti yang membuang masa, kini mereka mungkin sudah perlu mengubah persepsi tersebut.
Terbaru, Celcom sedang menganjurkan ‘mobile game tournament’ untuk pelanggan-pelanggannya dan menangi wang tunai sehingga RM1,000,000.
Memetik laman rasmi kejohanan tersebut, www.gamehero.my, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM250,000, tempat kedua RM150,000 dan tempat ketiga RM100,000.
Keratan gambar dari Gamehero.my |
Selain hadiah-hadiah yang disebut diatas, kejohanan ini juga turut menyediakan peluang memenangi topup percuma menerusi War Chests yang boleh dibuka setiap hari. Yup, bunyinya memang menarik.
Keratan gambar dari Gamehero.my |
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan untuk memenangi hadiah-hadiah ini. Caranya adalah dengan mendaftar di portal Gamehero.my serta muat turun permainan SKY INVASION 3D (yang boleh didapati di Play Store & App Store) dan mula bermain untuk menjadi pemain dengan markah tertinggi.
Sebagai promosi pengenalan, Celcom menawarkan pendaftaran percuma kepada mereka yang membuat pendaftaran awal. Promosi itu sah sehingga 6 April 2016.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lX56Nu .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Sumber : PisangBaik
btol ke tak
ReplyDeleteBetul ke? x pernah dengar kawan aku main game ni...
ReplyDeletetapi bila i share semua nak hadiah besar tu... gila betul...
hahaha,mesti lah gila,begitu byk duit.i pon nak menag duit tu.
Deletehadiah besar tapi bukan semua orang blh dpt,kena tgk luck juge.
Deleterasa senang main jee... tapi mati selalu...
Deletehahaha, blh tunjuk ajar mcm mana blh hebat lagi? aku nak sikit hadiah shj...
mmg siok bila dpt menang... apa phone you guna utk main ni?
ReplyDeletephone kecil screen jerr... selalu mati cepat... xD
hahaha... ajar kawan2 latih dulu... bila dah pandai baru menyertai pertandingan... ini lagi ada masa... jgn putus asal... kita blh menang...
ReplyDeletebetul betul, i sudah latih berapa minggu,ranking pun semakin naik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebaik la... seterusnya... aku pun nak kerja adik ku...
Deletemungkin dua2 pun dpt dlm list 100 sdh cukup...
jgn la bazir masa kat game mcm ni,tak begitu senang utk menang game ni.
ReplyDeletetak rasa susah main game ni... adik2 ku pun dpt score tinggi kot...
Deletecuba dulu... tapi biasa adik kecil hebat dlm main game2... blh adik2 masuk pertandingan ini?