RM1 juta hadiah dalam permainan Celcom Game Hero

Celcom hari ini melancarkan Celcom Game Hero, pertandingan permainan mudah alih yang menawarkan hadiah berjumlah RM1 juta, nilai paling besar seumpamanya di Malaysia. Semua pengguna Celcom boleh menyertainya dan mula mengumpul markah paling banyak, untuk memenangi pertandingan ini.

Celcom Game Hero dihasilkan dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd, yang menghasilkan aplikasi permainan mudah alih di dalam pertandingan ini. Ia bermula dengan permainan ‘Sky Invasion 3D’, sebuah permainan tembak-menembak menaiki kapal terbang yang tidak asing lagi.

Permainan ‘Sky Invasion 3D’ boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Appstore secara percuma. Tetapi untuk bermain, pengguna Celcom perlu melanggannya pada kadar RM3 seminggu. Khas untuk pengenalan, pengguna yang baru mendaftar boleh menikmati permainan ini secara percuma dari hari ini sehingga 6 April 2017.

Acara pelancaran Celcom Game Hero disempurnakan oleh Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Acara ini turut dihadiri oleh Norman H’ng, Penasihat Kandungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bersama Michael Kuehner, CEO Celcom Axiata Berhad dan Dato’ Lion Peh, CEO Techninier.

Fasa pertama Celcom Game Hero melalui permainan ‘Sky Invasion 3D’ akan berlangsung selama 4 bulan. Pemenang dah hadiah akan diumumkan pada penghujung tarikh pertandingan. Permainan baru dengan genre berbeza akan diperkenalkan untuk fasa seterusnya.

Jika anda berminat untuk memenangi hadiah yang ditawarkan ini, segera melawat laman web www.gamehero.my untuk mendaftar dan mula memungut markah. Setiap hari, pemain akan menerima GEM percuma yang membolehkan mereka membuka kotak misteri yang mengandungi hadiah seperti tambah nilai prabayar Xpax. Muat turun adalah percuma, tetapi permainan ini memerlukan langganan RM3 seminggu.

Maklumat lanjut seperti terma dan syarat pertandingan, boleh dirujuk di laman web www.gamehero.my.

The post RM1 juta hadiah dalam permainan Celcom Game Hero appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lXqO3S .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp



Sumber : PisangBaik

11 comments:

  1. betulkah hanya menyertai pertandingan dah boleh memang hadiah yang dibagi seperti tunai yang banyak..aku nak tahu sesiapa yang ada menyertai pertandingan ni boleh bagitau tak macam mana nak menyertai pertandingan ni..heihei berminat jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti game hero tournament kan yg kau maksudkan ni sebab lately ramai yg cakap pasal ni. Try kau g kat website game hero utk lagi banyak info. Se7en Gear game ada dalam tournament game hero kali ni.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. gaming ni agak menarik tau sebab games ni memang ada sediakan hadiah yang istimewa untuk menunggu pemenang ..jadi kawan aku pun menyejak aku bersama-sama untuk menyertai tournement ni

      Delete
    4. Gane Se7en Gear ni bosan kot, game lain lagi okay kalau nak buat game tournament ni. Lagipun kena bayar charge mahal mana laa mampu. Memang laa dpt hadiah duit bagai tapi charge nak main game pun mahal jugak.

      Delete
    5. aku rasa main games pun nak tengok kamu yang berminat main games yang jenis macam mana..bagi aku se7en gear game ni memang ada cabaran kat aku semasa mainnya, lagipun games ni pun sediakan hadiah yang istimewa tau tapi pemenang round satu games ni dah diumunkan jadi aku pun berminat nak jadi pemenang yang seterusnya

      Delete
  2. games yang dianjurkan oleh celcom ? maksudnya games tempatan? adakah kamu rasa games tempatan boleh menarik pemain untuk main gamesnya? kalau bagi aku, aku rasa games ni xsyok untuk main tau sebab baru diperkenalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde masalahnya jika ni permainan tempatan , tapi perasan x game ni dia membuka kepada pengguna celcom dan xpax je....klaw cam ni , ramai juga yang xleh join game ni la

      Delete
    2. sebenarnya I pun menghadapi masalah ni sebelum ni , tapi I amik satu kad Celcom extra sebab I xnak guna data I jadi sediakan je la satu sim kad lagi untuk main game je , good idea also

      Delete
    3. Berbaloi laa kalau beli simcard celcom sbb nak masuk game hero tournament ni sebab jarang2 je ada game tournament mcm ni. Lagipun hadiah wang tunai banyak macam ni susah nak dpt. Ni ada peluang mcm ni kan, why not give it a try.

      Delete
    4. hmm, aku tahu ni masa untuk menyertai tournament ni agak panjang, kalau aku xsilap tournament ni bermula dari 12.01pm, 7 July 2017 sampai 12.00 pm 6 Nomvenber 2017, jadi aku rasa kamu xpayah risau kalau nak meyertai tournament tapi dah nak sampai tarik tutup

      Delete

Powered by Blogger.