'Macam mana awak boleh ambil duit saya dari akaun bank, tanpa pengetahuan saya?' - Nyaris rugi RM2,250, akaun bank diceroboh scammer


Bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan bank secara online, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ada scammer yang cuba mengambil kesempatan untuk merembat wang dalam akaun bank dengan pelbagai helah dan tipu daya. 

Baru-baru ini, seorang lelaki nyaris kehilangan RM2,250 selepas akaun banknya diceroboh oleh individu yang memberikan alasan kononnya tersilap ambil dan mahu memulangkan semula wang tersebut.

20 MAC 2020, ada scammer yang dah berjaya menceroboh masuk dalam akaun online banking saya. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh tahu username dan password Maybank2u saya. 

Scammer call minta nombor TAC, katanya nak refund balik duit yang dia tersalah ambil dalam akaun saya sebanyak RM2,250. Pada asalnya saya tak layan dan tamatkan panggilan terus. Scammer call lagi dan dia suruh saya semak dalam akaun bank kalau tak percaya. 

Saya buka Maybank2u, terkejut tengok dalam akaun memang ada transaksi keluar sebanyak RM2,250 dan baki tinggal RM21.00 sahaja. Sedangkan masa kerja overtime kelmarin saya buka Maybank2u, tengok duit baki ada RM2,000+ lagi. Saya jadi panik. 

Scammer itu call lagi dan desak suruh saya bagi no TAC segera sebab dia nak pindahkan duit saya semula ke dalam akaun. No TAC memang dah masuk dalam telefon saya, tinggal saya nak bagi atau tidak. 

Saya tanya, macam mana dia boleh ambil duit saya tanpa pengetahuan saya? Dia kata dia tersilap dan sekali lagi desak beri no TAC segera dan kalau tidak, duit itu tidak akan dapat dipindahkan ke dalam akaun saya lagi. 

Saya kata nak confirmkan dulu dengan pihak Maybank. Tetapi dia tak bagi dan katanya dia adalah wakil dari pihak Maybank untuk tolong refund semua duit saya itu segera dan perlu dilakukan segera. Kalau lambat, duit itu tidak akan dapat dipindahkan. 

Saya call Maybank dan pegawai bank tanya ada bagi nombor TAC kepada sesiapa, saya jawab tak. 

"Selagi awak tak bagi nombor TAC kepada sesiapa, duit awak takkan hilang walaupun nampak dalam akaun simpanan macam hilang," katanya. 

Jadi, Maybank ajar step by step cara macam mana nak pindahj ke saving account semula. Agak rumit sikit sebab scammer dah block online banking saya. 

Bila dah settle semua dan duit RM2,250 sudah masuk ke dalam akaun saya, staff Maybank pun block semua sebab akaun ini dah tak selamat. 

Scammer ini memang pandai, bila dia dah berjaya ceroboh dalam online banking kita, dia akan transfer duit kita itu dari saving ke tempat lain tetapi masih ada dalam akaun kita, cuma bukan di bahagian saving, menyebabkan kita nampak dalam akaun ada RM21.00 dan masa itu kita akan jadi gelabah dan panik sebab sah-sah duit memang dah tak ada dalam akaun. 

Saya hampir terberi nombor TAC kepada scammer bila berada dalam keadaan panik. 

Sekarang Maybank dah block akaun dan kad ATM saya. Duit tak dapat nak ambil langsung. Kena pergi ke cawangan Maybank untuk buat kad baru dan daftar semula Maybank2u. 

Maybank nasihatkan, jangan bagi nombor TAC kepada sesiapa dan jangan bagi nombor kad ATM kepada sesiapa. Kalau tidak, duit akan dipindahkan ke akaun orang lain. 

Ingat ye, nombor TAC adalah nombor pengesahan transfer duit dari akaun kita kepada akaun orang lain. Bukannya akaun orang lain kepada akaun kita. Jadi, jangan bagi kepada sesiapa. Kalau ada nombor TAC tiba-tiba masuk ke dalam telefon kita, itu bermakna akaun bank kita telah diceroboh oleh scammer. Jadi, cepat-cepat call pihak bank. 

Sumber: Hisham


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.