Penumpang bas Plusliner diarah lapor diri di hospital berdekatan, salah seorang penumpang disahkan positif Covid-19


Semua penumpang yang menaiki perkhidmatan bas ekspres PLUSLINER dari Johor Bahru ke Kuantan diminta melapor diri di hospital berdekatan selepas salah seorang daripada mereka didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, pejabat kesihatan daerah Kuantan ketika dihubungi enggan mendedahkan maklumat lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Sebelum ini, seorang lelaki dilaporkan menaiki bas tersebut yang berlepas dari Larkin Sentral pada jam 7.45 petang Isnin 16 Mac 2020, didapati menghidap virus tersebut.

Bas dengan nombor pendaftaran VDJ 2367 itu telah berhenti di stesen bas Endau, Mersing sebelum tiba di Terminal Sentral Kuantan.



Menurut sumber yang tersebar di media sosial, lelaki terbabit telah membuat pemeriksaan ujian saringan Covid-19 di Johor Bahru tetapi tidak menjalani kuarantin, sebaliknya terus menaiki bas ekspres menuju ke destinasi.

Sumber: The Star

Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.