Remaja perempuan 13 tahun dakwa dirogol kekasih & dua rakannya dalam kereta



Polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, manakala dua lagi rakannya sedang diburu kerana dipercayai terbabit dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun. 


Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 4 pagi, 24 Oktober mendakwa dia telah dirogol secara berkumpulan oleh tiga lelaki terbabit.


Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek pertama yang berasal dari Guar Cempedak, untuk membantu siasatan. Dua lagi suspek iaitu remaja berusia 15 tahun dan lelaki dewasa berusia 28 tahun sedang giat diburu polis. 


Siasatan awal mendapati, mangsa pada jam 6.30 petang, 23 Oktober lalu telah menghubungi teman lelakinya yang dikenali sebagai 'Kecik' untuk bertemu. 


Jam 9 malam, suspek bersama dua rakannya datang mengambil mangsa menaiki kereta Proton Waja di Pasaraya Aneka Gurun, sebelum dibawa menyaksikan kegiatan lumba haram di Kuala Sedaka. 


Sampai di kawasan ban Batu 17 berhampiran sawah padi, suspek memberhentikan kenderaan dan mengajak angsa melakukan hubungan seks di bahagian tempat duduk penumpang belakang, sementara dua lagi rakannya menunggu di luar. 


Selepas itu, suspek kedua pula masuk ke dalam kereta dan mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Tetapi mangsa menolak untuk berbuat demikian menyebabkan dia ditarik dan dirogol. Suspek ketiga pula memaksa mangsa melakukan seks oral.


Mangsa kemudian dihantar semula ke Pasaraya Aneka Gurun dan terus menghubungi dan menceritakan mengenai kejadian itu kepada bapanya sebelum dibawa ke balai untuk membuat laporan polis. 


Mangsa juga dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan pemeriksaan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa. 


Teman lelaki mangsa kini direman untuk siasatan dan dua lagi suspek sedang diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 375B/377C Kanun Keseksaan.


Sumber: Utusan Malaysia



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.