'Saya hanya beri dia kasih sayang' - Itu alasan lelaki berusia 53 untuk merogol anak angkatnya


Seorang lelaki di Aceh berusia 53 tahun ditahan polis kerana tergamak merogol anak angkatnya yang masih berusia 10 tahun beberapa kali. 


Ketika ditahan, suspek menafikan tuduhan itu dan sebaliknya berkata apa yang dia lakukan terhadap mangsa sekadar salah satu cara dia memberi kasih sayang.


Jurucakap Polis Simelue, M. Rizal berkata, suspek telah mencabul dan merogol anak angkatnya itu sebanyak sepuluh kali dengan menggunakan cara pujukan. 


Di atas pertuduhan itu, suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 13 tahun. 


Turut dirampas beberapa bahan bukti seperti pakaian tidur, tiga pasang seluar dalam milik suspek dan mangsa. 


Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada guru di sekolah yang kemudian membuat laporan polis. 


Mangsa mendakwa dia dirogol oleh suspek di dalam biliknya. 


Polis masih menjalankan siasatan dan suspek direman untuk siasatan lanjut. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.