Tak tahan dianiaya suami selama 10 tahun, isteri nekad bayar pembunuh upahan 100 juta untuk bunuh suaminya


Kesal kerana selalu dianiayai suami selama 10 tahun membuatkan seorang wanita di Kramat Jati, Jakarta Timur nekad untuk mengupah orang bagi membunuh suaminya. 


Wanita terbabit kemudian meminta adik kandungnya, Gugun Gunawan untuk membunuh suaminya yang dikenali sebagai Lucky Hutagaol. Enggan melakukannya seorang diri, Gugun menghubungi dua rakannya dari Purwakarta, Farhan dan Roby untuk membantunya melaksanakan jenayah itu. 


Pada hari kejadian, ketiga-tiga suspek yang telah menunggu di dalam rumah terus bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dari tiga suspek itu walaupun mengalami kecederaan parah. 


Mangsa kini sedang menjalani rawatan insentif di hospital dan keadaannya dilaporkan sangat kritikal. 


Setelah pihak polis mendapat laporan mengenai kes percubaan membunuh itu, satu pasukan polis dikerahkan menyiasat dan menangkap semua suspek terlibat. Tidak beberapa lama kemudian, semua suspek berjaya ditangkap dan dua daripadanya masih di bawah umur. 


Siasatan awal mendapati, si isteri telah menjanjikan bayaran sebanyak 100 juta rupiah (RM28,914) jika kesemua suspek berjaya membunuh suaminya itu. 


Ketika dibawa ke sidang media, suspek utama hanya mampu menundukkan wajahnya kerana malu. 


"Suspek kesal kerana selama 10 tahun mendirikan rumah tangga, dia kerap dianiaya oleh suami," kata jurucakap Polis Jakarta Timur dalam sidang media yang diadakan pada Rabu lalu, 25 November 2020. 




Suspek akan didakwa mengikut Akta 170 KUHP kerana melakukan penganiayaan terhadap orang lain sehingga menyebabkan kecederaan parah. Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun. - Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.