'Kau check-in dengan perempuan itu dalam keadaan aku tengah mengandung anak kedua' - Isteri dedah suami curang dengan orang ketiga, siap jumpa tisu magic
Tular di media sosial, luahan kesal seorang wanita mengenai suaminya yang mengkhianati kepercayaannya dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga tatkala dia sedang berbadan dua, mengundang banyak perhatian netizen.
Wanita berkenaan turut menunjukkan bukti-bukti suaminya keluar dengan orang ketiga tersebut tanpa memikirkan dirinya yang sudah berkeluarga. Hal itu membuatkan dia terkilan dan tidak sanggup lagi meneruskan hubungan itu kerana jijik dengan perbuatan suaminya.
"Memang ikutkan apa yang aku buat ini salah, tetap apa yang mereka buat di belakang aku lagi salah sebenarnya. Dua tahun satu bulan tempoh perkahwinan, hancur disebabkan orang ketiga. Perempuan itu pun dengan bangga follow aku di Instagram sebab nak stalk hidup aku.
"Naluri isteri tidak pernah salah walaupun dia (orang ketiga) menutup muka suami aku. Aku tahu itu suami aku. Apa yang aku jumpa, bukti semua ada. Kau check-in dengan perempuan ini dalam keadaan aku tengah mengandung anak kedua (kandungan enam bulan). Anak pertama baru berusia 11 bulan dengna ada masalah jantungnya lagi. Yes, kau tak fikir anak-anak.
"Nak cakap aku tuduh bukan-bukan tak tahu cerita sebenar? Semua bukti aku dah ada. Nak menipu apa lagi korang berdua? Belum masuk bab nafkah kem ana apa ke mana. Aku pernah beritahu suami aku... ketum judi aku senyapkan lagi. Tetapi kalau sampai bab bersama dengan perempuan lain, sorry.. aku jijik!" tulisnya.
Menurutnya, dia pernah memberi peluang kedua buat lelaki itu kerana mengambil kira akan nasib anak mereka. Tetapi peluang yang diberikan itu disia-siakan dan tuhan mahu menunjukkan lelaki itu banyak menipunya.
Disebabkan tidak tahan dengan perangai suaminya, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan membiarkan orang ketiga bersama dengan suaminya. Dia juga sudah tidak mahu meneruskan perhubungan itu kerana letih bergaduh meminta penjelasan dari lelaki berkenaan yang dianggapnya sebagai penipu.
"Untuk orang ketiga itu, aku dah rasa bahagia yang kau rasa sekarang. Aku undur diri dengan anak-anak. Kau simpanlah jantan itu, tanggunglah dia. Tiba masa kau pula rasa apa aku rasa selama ini. Bahagia itu sekejap saja. Terima kasih sebab dah memusnahkan rumah tangga aku. Aku berterima kasih pada kau sebab dah memberi kekuatan untuk aku betul-betul pergi dari hidup dia, untuk meneruskan hidup aku dengan anak-anak aku," tulisnya.
Dalam posting terbarunya, dia memaklumkan dia dan anaknya telah dihalau keluar dari rumah.
"Aku bertahan demi anak aku. Aku sanggup sakit hati sebab aku fikir anak aku nak keluar masuk hospital untuk pembedahan jantung kedua dia nanti. Aku fikir dia perlu ayah dia nanti, tetapi macam ini yang aku dapat.
"Pergi Genting jadi kelindan lori konon. Lama dah dia dengan kau rupanya kan? Selama sebulan ini dia block Facebook, Instagram dan WhatsApp aku tanpa sebab. Aku nak cari suami aku suruh beli susu anak pun aku kena call orang yang ada di tempat kerja dia. Disebabkan kau je rupanya perempuan!
"Mengenai hal tisu magic memang bukan guna dengan saya sebab selama kahwin, memang dia tak pernah rasa nak beli pun benda itu. Memang saya jumpa dalam beg galas dia yang dia bawa ke hotal. Nak cakap dia guna dengan siapa? Kawan lelaki dia ke?" tulisnya.
Sumber: Facebook Pengadu
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment