'She's happy, Alhamdulillah' - Ain Husniza gembira selepas berpindah ke sekolah swasta
April 2021, media sosial dikejutkan dengan pendedahan berani mati seorang pelajar perempuan yang mendakwa guru pendidikan jasmani membuat jenaka rogol semasa sesi pembelajaran di dalam kelas, sehingga menimbulkan rasa kurang senang golongan pelajar perempuan.
Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab melalui Twitternya memaklumkan anaknya, Ain Husniza, 17, telah berpindah ke sekolah baru (swasta).
Perkongsiannya itu mengundang banyak perhatian netizen yang turut menumpang gembira dan berharap segala urusannya di sekolah baru dipermudahkan.
She's happy 🙏 alhamdulillah.#AinHusniza #MakeSchoolASaferPlace #CempakaSchools pic.twitter.com/9BQsDM0hFv
— Saiful Nizam #MakeSchoolASaferPlace (@saifulnizam769) November 9, 2021
Terdahulu, pendedahan yang dibuat oleh Ain mendapat banyak perhatian dan liputan media, termasuk media antarabangsa. Ramai yang tampil memberi sokongan terhadap Ain dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit.
Tidak kurang juga dengan beberapa masalah timbul selepas pendedahan itu di mana ada beberapa individu yang mengancam mahu melakukan serangan seksual terhadap Ain. Tetapi masalah itu berjaya ditangani dengan campur tangan pihak berkuasa. Selain itu, Ain juga pernah diberi amaran kerana tidak hadir ke sekolah. Tetapi dia memberikan alasan bimbang akan tahap keselamatannya.
Pernah ditawarkan untuk bertukar ke sekolah lain, namun bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, dia akan mempertimbangkan tawaran itu kerana sekolah yang sedia ada sudah cukup bagus dan ramai guru yang membantu anaknya.
Sumber: Twitter Saiful Nizam Ab Wahab
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment