'Saya masih tak boleh move on, menangis bila teringat dia' - Genap 100 hari pemergian arwah isteri, emosi Shuib masih terganggu


Walaupun sudah genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shahmira Muhammad atau Shuib, 37, mengakui masih belum dapat 'move on' dan emosinya seringkali terganggu. Malah, dia kerap menangis apabila terkenangkan arwah isterinya itu. 


"Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay, cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula, memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh 'move on' dan senang menangis apabila teringat dia. 


"Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. 


"Saya cuba untuk 'move on', tetapi perasaan saya, dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia," katanya. 



Shuib juga menjelaskan dia sehingga ke hari ini masih belum pernah mimpikan Allahyarham isterinya. Setakat ini, hanya anak ketiganya, Mateen, yang didatangi ibunya dalam mimpi selepas tiga hari arwah meninggal dunia. 


"Saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen sahaja yang ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi.


"Ya saya kurang makan sebab tak lalu, sudah tiga bulan tak ada selera makan. Kalau dengan arwah dulu, dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit," katanya. 


Terdahulu Shuib mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik untuk anak keempatnya, Ayash Affan yang berusia tiga bulan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah yang diadakan di dewan tempat tinggal mereka.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.