Finalis AJL, Sufian Suhaimi Dikecam Lepas Tweet ‘I’m Gay’

KUALA LUMPUR – “Saya lelaki normal dan meminati wanita, dan salah seorangnya ialah pelakon Elfira Loy,” kata finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ketika menafikan tuduhan gay.

Sufian Suhaimi, 25, menyampaikan lagu Terakhir, mengulas tweetnya “I’m gay and this is not a tweetjack” yang tersebar sehingga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dipandang serong.

Jelasnya, tweetnya itu dinaikkan di Twitter lima tahun lepas sewaktu telefonnya digodam seorang rakan tanpa disedarinya.

Namun anak jati Pontian, Johor itu tidak memandang perkara itu sebagai masalah serius.

“Perkara seperti menggodam atau mengenakan rakan lain adalah perkara biasa.

“Lagi pun ia menjadi tular [kelmarin] mungkin disebabkan saya mulai dikenali ramai,” kata Sufian.-Suara.TV

Sumber : wartawanjalanan

Sumber : PisangBaik

No comments

Powered by Blogger.