Lelaki Maut Diseret Kereta Api ETS
Nibong Tebal – Seorang lelaki maut digilis kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api di Perkampungan Jawi, Sungai Bakap, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa berusia lingkungan 30-an itu diseret kira-kira 10 meter sebelum dijumpai penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad, berkata pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui mayat tanpa kepala dan serpihan kepala yang berselerakan.
“Kita juga mendapati terdapat kesan pagar landasan dipotong dipercayai dijadikan laluan pintas di antara Perkampungan Jawi dan Kampung Titi Hitam,” katanya.
Shafee berkata, identiti mayat masih belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BH Online
Sumber : wartawanjalanan
Sumber : PisangBaik

Leave a Comment