'Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan saya' - Ucapan happy anniversary lelaki ini buat isterinya viral
Prinsip susah senang bersama itu merupakan salah satu kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. Jika memiliki pasangan yang sanggup menghadapi saat susah dan senang bersama, ia merupakan satu bonus buat kita.
Muhamad Hariz melahirkan rasa syukurnya kerana memiliki seorang isteri yang sanggup bersusah payah dengannya. Dia dan isterinya sudah bercinta semenjak zaman persekolahan lagi. Baginya, kejayaan yang dimiliki hari ini adalah kerana semangat yang tidak putus-putus diberikan oleh isterinya.
Dia juga meninggalkan pesanan agar setiap pasangan menghargai pasangan masing-masing kerana di sebalik kebahagian isteri dan suami ada rezeki yang menanti.
HAPPY Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu saya bukan siapa-siapa pun, harta pun tak ada apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan-cebisan ayat yang manis. Kahkahkah!
Saya malu gila masa tu dah la bawa awek nak dating lepas tu menyusahkan pulak. Tapi saya tengok dia okay je, tak ada nak merungut atau malu. Dia just cool dan ubah topik perbualan supaya saya tak stress dan lupakan perasaan malu tu. Pada ketika itu, masa zaman sekolah.
Selepas tu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu saya diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua dan selalu rosak. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup.
Setelah tunggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup dan dia dengan saya naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (kami tak jadi balik ke Kota Bharu). Dia tak ada pun marah pasal kereta tu dan tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha.
Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan saya. Dia hanya beri sokongan je pada saya untuk terus maju. Dia tak pernah perkecilkan kebolehan saya, sebab tu saya hargai dia sangat-sangat. Syukur sangat-sangat.
Kawan-kawan yang dulu pandang rendah tu, sekarang cuba merapat kembali. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Sekarang kami hanya rapat dengan orang yang ada ketika kami susah sahaja, sebab kami memang menghargai orang yang ada ketika kami dalam kesusahan.
Saya dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh-gaduh tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu. Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan banyak sangat, hanya orang yang rapat sahaja yang tahu. Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana.
Hari tu saya pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup saya.
“Perempuan diuji bila lelaki tidak mempunyai apa-apa, lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya.”
Siapa sayang pasangan dia? Cerrr tag, saya cabar awak kalau betul-betul sayangkan dia.
Sumber: Muhammad Hariz
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment