'Tokei kedai CC paling bengap pernah aku jumpa' - Pekerja dakwa dia dan pelanggan dianiaya majikan


Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang pekerja terhadap majikan yang didakwa telah menganiaya dirinya dan seorang pelanggan mereka sehingga terpaksa membuat laporan polis. 

Status dan gambar yang dimuat naik Zhafir sejak 12.06 pagi semalam telah dikongsi lebih 4,319 kali dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam pemilik kedai siber dan top up itu. 

"Tokei kedai cyber cafe dan topup paling bengap pernah aku jumpa. Kerusi customer duduk patah (bukan sengaja). Dah jatuh, pastu kena bayar RM30 lagi. 

"Kalau customer itu tak bayar, tolak gaji pekerja yang jaga. Aduhai, kerusi dah 2-3 tahun kan, standardlah kalau patah pun. Ini tak, kita pula yang kena. 

"Tu la padan la dengan kedai hang kena tipu duit la, duit hilang la. Dah ada pekerja bagus, hang duk berkira, kedekut pula. Ha, padan," tulis Zhafir yang juga menyeru orang ramai menyebarkan dan memboikot kedai tersebut. 

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, lelaki terbabit meminta Zhafir bertanggungjawab di atas kerosakan jika pelanggan berkenaan tidak dapat membayar ganti rugi tersebut. Namun Zhafir menjelaskan kerusi itu patah sendiri dan bukannya disebabkan oleh pelanggan berkenaan. 

Jelas Zhafir lagi, dia sendiri melihat pelanggan berkenaan duduk dengan elok dan menasihatkan majikannya tidak mengenakan sebarang tuntutan ganti rugi kerana kerosakan itu sepatutnya ditanggung oleh pemilik premis. 

Malangnya, lelaki itu tetap berdegil dan menegaskan Zhafir tidak faham dan tidak mempunyai perniagaannya sendiri. Malah majikannya turut memberikan contoh-contoh kes yang tidak masuk akal. 

Enggan memanjangkan kes itu, Zhafir akhirnya dengan rela hati menanggung ganti rugi RM30 itu walaupun dengan hati yang tidak rela. Tidak berhenti di situ, majikannya mula menuduh Zhafir tidur sewaktu bekerja dan tidak bersyukur diberikan kemudahan menggunakan wifi percuma di premisnya. 

"Mai kerja pun boleh tidur. Main free lagi. Tak takut ke Allah nak tanya kat akhirat nanti? Bos memang tak redha. 

"Bagi wifi free pun tak ada terima kasih. Patutlah tak ada orang nak ambil hang bekerja dengan perangai macam ni. Orang dah ambil bekerja tetapi macam-macam nak kata kat bos. Hat baik-baik semua tak nampak, dok nampak hat jahat," kata majikannya. 

Zhafir menafikan semua dakwaan lelaki itu. Tidak puas hati dengan respon Zhafir, lelaki itu meminta dia tidak datang bekerja atas alasan Zhafir melawan kata-katanya sebagai majikan. 

"Kalau macam ni perangai hang, tak payah la mai kerja dah. Macam apa lagi perangai. Dalam banyak-banyak pekerja, tak pernah jumpa lagi perangai macam ni. Kerja nak melawan saja," kata lelaki itu. 

Zhafir kemudian mengatakan dia akan membuat laporan polis dan menyebarkan insiden itu di media sosial atas dakwaan menganiaya pekerja dan pelanggan. 












Dalam laporan polis yang dibuat Zhafir semalam di Balai Polis Kepala Batas, Zhafir mendakwa dia datang ke premis tersebut untuk menuntut gaji harian, namun hanya dibayar RM30.00, berbanding gaji harian yang dipersetujui sebelum ini RM60.00. 

Zhafir mendakwa gajinya dipotong RM30.00 kerana kerusi premis yang rosak tersebut sebagai kos ganti rugi. 

Tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya itu, Zhafir membuat laporan tersebut untuk mendapatkan gaji penuhnya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.