'Saya tak susahkan sesiapa pun, kenapa perlu pertikaikan?' - Usahawan kosmetik kesal dikecam dan digelar 'setan' dan dikecam oleh netizen


Susulan viral tweet seorang wanita yang menggelar usahawan kosmetik tempatan sebagai 'setan' kerana terlalu obses untuk mendapatkan kulit putih sedangkan kulitnya sudah sedia ada putih, empunya badan, Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan, 22, tampil meluahkan rasa sedih dan kesalnya dengan tindakan wanita berkenaan. 

Memetik laporan mStar Online, Aisya menjelaskan dia terkejut dan sedih apabila ada individu yang tergamak melemparkan pelbagai cacian terhadapnya. 

Jelas Aisya, teks di Instastorynya itu bertujuan mengajak pengikut Instagramnya menyertai cabaran putih dalam tempoh sebulan. 

"Sebenarnya tujuan saya post tu sebab nak ajak pengikut di Instagram untuk menyertai cabaran putih dalam masa 30 hari sebelum sambutan Aidilfitri nanti. 



"Dalam hidup ni, kita sentiasa nak 'upgrade'. Yang kaya nak makin kaya, yang putih nak kulit lagi cerah, mulus dan sihat. 

"Bukannya saya tak bersyukur, bagi saya benda tu tak salah dan saya tak susahkan sesiapa pun. Bukannya saya ada minta netizen 'payung' supplement ke apa, kenapa perlu pertikaikan?" soalnya. 

"Memang agak marah, tapi saya tak buat apa-apa. Saya pun sengaja tak buka Twitter, tak nak sakitkan hati," katanya lagi. 

Aisya berkata, dia hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh pengikutnya. Bagi Aisya, sebaik-baiknya netizen yang mengecamnya fokus kepada kehidupan mereka sendiri daripada mengambil tahu tentang hal orang lain. 


Terdahulu, pengguna Twitter, @shsalmah memuat naik tweet, "ko nak skintone putih macam mana lagi setann," yang mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam Aisya. 

Namun dalam respon awal Aisya selepas mengetahui dirinya menjadi bahan bualan netizen, dia tidak kisah dan hanya mampu senyum sahaja. 


BERITA BERKAITAN:


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.