'Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula' - Bella sedia terima semula bekas suami, Aliff


Kenyataan Bella Astillah yang tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula bekas suaminya, mengejutkan ramai netizen. Tetapi bagi Bella, jika itu adalah jalan yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, maka dia akan terima biarpun ramai yang akan bercakap mengenai keputusannya itu. 

"Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 29 Januari 2020. 

Bella berkata, dia tidak pernah membenci Aliff Aziz, malah hubungan mereka baik.

"Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan," katanya. 

Bagi Bella, perpisahan yang berlaku telah banyak mengubah bekas suaminya itu menjadi orang yang lebih baik. Meskipun tidak meletakkan harapan 100 peratus, Bella cuba 'go with the flow'. 

"Saya susah nak dekat dengan lelaki lain. Saya percaya, perpisahan itu mengajar dan mematangkannya. Saya percaya apa yang berlaku banyak mengubah dia.

"Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan mencuri waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff. 

"Di sana, Aliff sebenarnya sedang sakit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan. 

"Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila," katanya yang turut terkejut perkara seperti itu masih berlaku pada zaman ini. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.