'Mangsa retak di tengkorak' - Gagal tuntutan fasakh, suspek ajak geng belasah doktor


Viral di media sosial sebelum ini video seorang doktor dibelasah sekumpulan lelaki atas dakwaan 'main' dengan isteri kepada salah seorang suspek. Namun ada individu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan mangsa hanya membantu isteri suspek membuat laporan polis kerana dipukul. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan kes itu berlaku pada 23 Januari lalu di klinik ortopedik di hospital di Sungai Petani yang bermotifkan cemburu. 

Mangsa berusia 30 tahun itu bertugas di hospital itu didatangkan oleh suspek bersama tujuh rakannya untuk membelasah mangsa. 

"Suspek dipercayai cemburu dengan mangsa berikutan mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga seorang jururawat di hospital berkenaan. 

"Tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak padanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan mangsa. 

"Ekoran kejadian itu, mangsa dimasukkan ke wad kecemasan zon merah berikutan tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri dan luka pada muka. 

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami retak pada tengkorak iaitu pada bawah mata sebelah kiri, namun mangsa kini dilaporkan stabil," katanya. 

Suspek utama ditahan sehari selepas kejadian dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan dalam proses tindakan lanjut. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.