Pemandu Ford Ranger direman, polis minta netizen jangan buat spekulasi
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan berhubung kes pemandu Ford Ranger dibelasah kerana merempuh mati penunggang motosikal.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.20 pagi di Jalan Kebun, Klang hari ini, penunggang motosikal Nuovo LC, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, maut di tempat kejadian, manakala penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27, dan Muhammad Anas Mokti, 27 parah.
Siasatan mendapati, kereta Ford Ranger yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar dua motosikal terbabit sebelum terbabas ke longkang.
Ekoran kejadian itu, pemandu Ford Ranger itu direman untuk membantu siasatan.
Ujian pernafasan (saringan awal) yang dilakukan terhadap pemandu Ford Ranger itu juga menunjukkan kadar alkohol di dalam darahnya adalah pada tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment